omniture

Genie Network bekerjasama dengan Global Cloud Xchange untuk pertingkat Keselamatan dan Prestasi Rangkaian

Genie Networks
2016-07-26 08:00 574

TAIPEI, Taiwan, 26 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Genie Network, peneraju dalam khidmat kebolehlihatan trafik dan penyelesaian perlindungan DDoS, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Global Cloud Xchange (GCX), sebuah subsidiari Reliance Communications, untuk mengukuhkan kecekapan rangkaian dan mengoptimumkan prestasi padanan di seluruh persekitaran IT bagi memenuhi permintaan terhadap akses Internet selamat di seluruh global.

GCX mengendalikan salah satu rangkaian kabel dasar laut terpanjang di dunia serta rangkaian darat dan juga Mereka menawarkan portfolio yang komprehensif, khas buat syarikat pengendali, perusahaan, dan media baharu. Menawarkan platform Cloud X yang berkualiti tinggi kepada perusahaan di seluruh dunia, GCX memerlukan sebuah prasarana canggih untuk menempatkan, memproses, dan mengangkut data misi kritikal dengan selamat dan terjamin. Dengan memanfaatkan peralatan pengurusan rangkaian GenieATM, GCX kini boleh mendapatkan maklumat berguna hasil satu analisis yang menyeluruh ke atas trafik rangkaian, padanan, dan kejanggalan trafik sambil mengoptimumkan prestasi rangkaian dan kecekapan kos.

"Landskap ancaman yang semakin kompleks bermakna perusahaan kini amat memerlukan satu persekitaran yang konsisten dan selamat. Kami sentiasa memastikan bahawa rangkaian kami sentiasa meneraju industri dalam melindunginya daripada ancaman siber," kata Wilfred Kwan, Ketua Pegawai Operasi, Reliance Communications (Enterprise) & Global Cloud Xchange. "Penambahan Genie Network ke dalam senarai vendor mempamerkan komitmen kami dalam menyediakan keselamatan dan darjah pengesanan risiko yang dipertingkat kepada perniagaan di seluruh dunia."

Buat masa ini, GenieATM digunakan oleh penyedia Internet utama di seluruh dunia. "Kami sangat berbesar hati dengan jalinan hubungan bersama GCX untuk menyokong prasarana rangkaian mereka," kata Julie Liu, Naib Presiden Rancangan Strategi & Pemasaran untuk Genie Networks. "Dengan memajukan kefungsian dan prestasi produk kami, Genie menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian yang menyeluruh buat pelanggan kami demi memenuhi keperluan mereka pada masa kini dan hadapan.

Portfolio GenieATM mengandungi penyelesaian berasaskan aliran untuk menghimpunkan data trafik di seluruh rangkaian, serta sebagai langkah perlombongan data dan pengesanan kejanggalan. Ia direka khas buat rangkaian berkelas pengendali berkapasiti besar dan berprestasi tinggi. Ia juga boleh menjana pelbagai laporan trafik secara automatik serta mengesan kejanggalan dalam rangkaian, serangan DoS/DDoS, dan penghalaan luar biasa daripada rangkaian dalaman mahupun luaran; pemberitahuan akan dihantar ke semua pengendali rangkaian untuk tindakan yang tepat pada masanya. Selain itu, GenieATM juga menyediakan perkakasan Snapshot dan Forensik yang menyokong integrasi peranti pihak ketiga untuk memintas sebarang kejanggalan trafik dalam rangkaian.

Latar Belakang Genie Networks

Genie Network ialah sebuah syarikat teknologi ulung yang menyediakan penyelesaian rangkaian dan keselamatan bagi mengoptimumkan prestasi dan mengurangkan kos operasi dalam rangkaian yang besar. Sila layari genie-network.com untuk maklumat lanjut.

Source: Genie Networks
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Contracts