omniture

Penyelesaian iNOP Koonsys Mendapati Potensi Penjimatan Purata 11.8 % dalam Rangkaian Penghantaran Telekomunikasi

Koonsys Radiocommunications
2016-07-26 09:00 487

BUDAPEST, 26 Julai 2016 /PRNewswire/ --

Perisian baharu daripada syarikat kejuruteraan tanpa wayar Koonsys, iNOP (Pengoptimuman Rangkaian pintar) ialah satu penyelesaian pengoptimuman rangkaian penghantaran telekomunikasi yang unik bagi mengoptimumkan penjimatan kos sambil meningkatkan kapasiti rangkaian. Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) terpaksa menghadapi tekanan kerja berganda: pemerolehan pelanggan dengan perbelanjaan bulanan yang lebih rendah dan pelaburan berterusan dalam penyesuaian teknologi baharu demi memenuhi keperluan pelanggan. Usaha mengenal pasti sejauh mana MNO dapat menjimatkan OPEX rangkaian mereka, sambil menggunakan CAPEX dengan bijak bagi meningkatkan kapasiti rangkaian dengan ketara menjadi Matlamat Utama MNO.

Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

 http://www.multivu.com/players/uk/7886751-koonsys-inop-telecom-transmission-networks/

Apa yang digelar sebagai rangkaian penghantaran ini, yang menghubungkan stesen pangkalan dengan pusat-pusat pensuisan, biasanya tidak dapat dilihat oleh pelanggan. Rangkaian mudah alih yang tidak dapat dilihat ini benar-benar mempengaruhi kadar persaingan antara MNO. Kos untuk membangunkan dan mengendalikan rangkaian penghantaran dan juga kapasiti memberi kesan ketara terhadap harga, kelajuan dan tanggapan kualiti perkhidmatan internet mudah alih secara keseluruhan.

Kajian pasaran Koonsys yang terbaharu menunjukkan keputusan yang agak mengejutkan dari segi rangkaian penghantaran.

iNOP yang menggunakan algoritma pengoptimuman matematik yang kompleks menekankan bahawa walaupun pihak pengendali rangkaian terdahulu memberi tumpuan khusus terhadap segmen RAN (Rangkaian Akses Radio), terdapat juga penjimatan yang ketara dalam rangkaian penghantaran telekomunikasi: 9.8% pautan penghantaran ini dapat dihentikan serta merta, selain hampir setiap sambungan keempat (26.4%) perlu dikaji semula dan diubah.

Perisian analisis tersebut mendapati purata potensi penjimatan adalah sebanyak 11.8% bagi rangkaian penghantaran telekomunikasi OPEX, selain dikenal pasti memiliki kapasiti peningkatan potensi berganda. Menurut pemimpin kewangan yang terlibat dalam kajian (82%), data ini menunjukkan pengurangan kos pengendalian yang besar, manakala usaha memanfaatkan potensi tersembunyi berhubung pertumbuhan kapasiti juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan CAPEX. Hal ini khususnya apabila dikaitkan dengan jangkaan pasaran mudah alih oleh pakar bahawa dalam beberapa tempoh akan datang, penghantaran teknologi akan melibatkan 50% daripada kesemua perbelanjaan rangkaian (CAPEX dan OPEX).

"iNOP dapat membantu menyelesaikan masalah sebenar MNO yang mengalami tekanan kerja berganda: mengurus keperluan kapasiti rangkaian dan mengurangkan kos. Melalui jalinan kerjasama dengan jurutera pengendali rangkaian, penjimatan dua angka boleh dicapai," kata Krisztian Novak, BDO strategik Koonsys.

Latar Belakang Koonsys  

Sebagai pembekal perkhidmatan kejuruteraan tanpa wayar terunggul bagi perancangan serta pengoptimuman RAN dan TRM, Koonsys Radiocommunications menyediakan perkhidmatan buat MNO dan pengendali rangkaian tanpa wayar di Eropah Tengah serta mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia.

Maklumat perhubungan:  

Krisztián Novák
Pengarah pembangunan perniagaan strategik
Koonsys Ltd.
Telefon Bimbit: +36-70-3697602
knovak@koonsys.hu
http://www.koonsys.hu
http://www.inop.hu

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160715/390024 )

Source: Koonsys Radiocommunications
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services