omniture

Jadual Realiti Maya Secara Langsung sempena Perlawanan International Champions Cup Disiarkan

NextVR
2016-07-26 16:37 584

NextVR, Relevent Sports dan International Champions Cup menyiarkan tiga perlawanan bola sepak bertaraf dunia secara langsung melalui VR untuk penonton dunia tertentu

LAGUNA BEACH, California, 26 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- NextVR, peneraju bagi teknologi penyiaran realiti maya aksi secara langsung dan Relevent Sports, sebuah syarikat usaha sama bagi bidang sukan dan hiburan multinasional yang fokus terhadap teknologi baharu, mengumumkan jadual siaran VR secara langsung bagi tiga perlawanan International Champions Cup (ICC).

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160725/392717
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160725/392716LOGO

ICC membawakan bersama pasukan antarabangsa terbaik dari seluruh dunia menerusi perlawanan padan gilir, dan kamera realiti maya pula akan merakam aksi daripada pelbagai sudut. Para penonton berpeluang menonton suapan menerusi kamera yang diletakkan di tempat duduk penonton, di tepi padang, bahagian tengah padang atau di belakang gol.

Perlawanan VR secara langsung adalah seperti berikut:

  • 27 Julai: Liverpool lwn. Chelsea, Stadium Rose Bowl (Pasadena, California)
  • 30 Julai: Real Madrid lwn. Chelsea, Stadium Michigan (Ann Arbor, Michigan)
  • 3 Ogos: Real Madrid lwn. Bayern Munich, Stadium MetLife (East Rutherford, New Jersey)

"Inilah yang kami lakukan. Kami meletakkan para peminat di kawasan tepi padang, berhampiran atlet paling berbakat di dunia dan membolehkan mereka merasakan seolah-olah mereka berada di situ," kata Brad Allen, Pengerusi Eksekutif NextVR. "Kami berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Relevent Sports dan ICC bagi membawakan pengalaman ini kepada kumpulan peminat sukan paling terkenal di dunia."

Perlawanan tambahan, iaitu Leicester City lwn. Paris Saint-Germain bakal berlangsung pada 30 Julai di StubHub Center di Carson, Calif., disediakan mengikut permintaan sepanjang minggu setelah acara tersebut berlangsung. Leicester City dan Paris Saint-Germain merupakan juara bertahan bagi liga masing-masing dan perlawanan tersebut bakal menjadi salah satu kejohanan terbaik.

Cara menonton ICC secara Realiti Maya

Pengalaman realiti maya bagi perlawanan ICC 2016 ini boleh ditonton secara percuma menerusi saluran ICC pada platform NextVR, yang kini boleh disesuaikan dengan set kepala Gear VR. Bagi mendapatkan arahan terperinci, sila ke NextVR.com/GO.

Latar Belakang NextVR: NextVR membolehkan transmisi bagi kandungan realiti maya secara langsung dan dalam tempoh masa yang panjang dengan kualiti siaran – menerajui usaha VR secara langsung mengikut permintaan bagi menjadi pengalaman arus perdana untuk acara sukan, konsert, tayangan filem dan banyak lagi. Dilancarkan pada tahun 2009, NextVR memperoleh lebih 36 paten atau paten yang masih menunggu kelulusan terhadap rakaman, mampatan, transmisi dan paparan kandungan realiti maya. Platform NextVR membolehkan kandungan yang imersif sepenuhnya disiarkan dengan kualiti paling sempurna menerusi sambungan Internet di rumah dan secara mudah alih masa kini. NextVR diasaskan oleh para veteran dalam teknologi pengimejan stereoskopik, pembangunan perisian dan pembuat filem yang merangkul anugerah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nextvr.com.

Latar Belakang Relevent Sports

Relevent Sports menyediakan pendekatan yang inovatif untuk mengukuhkan peranan sukan bola sepak di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Relevent Sports menyiarkan perlawanan dan kejohanan terbaik dalam sukan bola sepak yang menampilkan kelab-kelab bola sepak terbaik, pasukan serta pemain bertaraf antarabangsa.

Latar Belakang International Champions Cup

International Champions Cup ialah perlawanan bola sepak musim panas yang diadakan setiap tahun anjuran Relevent Sports, menampilkan kelab-kelab bola sepak terbaik dari serata dunia. Sebagai aset penting Relevent Sports dan RSE Ventures, International Champions Cup menyediakan pengalaman terbaik dalam sukan bola sepak di lokasi-lokasi sukan ikonik di Amerika Utara, Australia, Eropah dan juga China.

International Champions Cup telah menjadi tuan rumah bagi beberapa perlawanan paling ikonik di dunia, termasuk perlawanan bola sepak yang paling banyak menerima jumlah penonton dalam sejarah A.S., apabila seramai 109,318 peminat menyaksikan perlawanan antara Real Madrid dan Manchester United di "Big House" (Stadium Michigan), University of Michigan. Sepanjang empat tahun sejarahnya, Real Madrid, Manchester United dan Paris Saint-Germain kesemuanya pernah memenangi perlawanan secara langsung dalam kejohanan tersebut.

Maklumat Perhubungan Media NextVR:
Karena Bibbins, untuk NextVR
Burson-Marsteller
(310) 309-6663
Karena.bibbins@bm.com

Source: NextVR
Related Links:
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports