BEIJING, 26 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa suria berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan, setakat pertengahan Julai tahun ini, penghantaran produk PV monohabluran syarikat sejak sepuluh tahun lalu berjaya mencapai jumlah 7GW.
Prestasi penghantaran yang kukuh adalah hasil komitmen JA Solar yang bersungguh-sungguh terhadap pembangunan produk suria berkecekapan tinggi. JA Solar ditubuhkan pada tahun 2005, dan memulakan proses pengeluaran pada Mac 2006. Syarikat ini fokus terhadap penyelidikan dan pembangunan produk sel monohabluran dan telah memperoleh pengalaman luas dalam bidang ini. Sejak tahun 2010, JA Solar telah menjadi salah satu pengeluar sel suria yang utama dan pengeluar sel monohabluran jenis P yang terbesar di dunia. Teknologi sel bertaraf dunia membolehkan JA Solar mengeluarkan modul PV dengan tahap kecekapan penukaran tinggi, output kuasa yang tinggi serta tahap keandalan yang juga tinggi. Setelah perniagaan utamanya beralih daripada sel kepada modul, penghantaran modul monohabluran JA Solar mencecah 500MW pada tahun 2013, menjadikan syarikat ini sebagai pembekal modul monohabluran jenis P terbesar di dunia. Pada tahun 2014, syarikat ini menghantar lebih 1GW modul monohabluran dan angka bagi tahun 2016 dijangka mencecah hampir 2GW.
Percium, dilancarkan pada tahun 2013 sebagai produk utama, ialah modul monohabluran berkecekapan tinggi yang dikeluarkan oleh JA Solar. Modul Percium memasukkan sel menggunakan teknologi Pemancar Dipasifkan dan Sel Belakang ("PERC") dan sel PERC daripada JA telah memberi penambahbaikan berterusan dari segi kecekapan penukaran sejak tiga tahun lalu. Pada Jun 2014, jumlah pengeluaran bagi sel Percium berkecekapan tinggi bermula, menjadikan JA Solar sebagai peneraju industri dalam memberikan kecekapan penukaran purata sebanyak lebih 20% bagi sel jenis P yang dihasilkan secara besar-besaran. Rangkaian produk Percium kini mencapai purata kecekapan penukaran sehingga 21%; purata output kuasa bagi 60 modul sel melebihi 295W manakala 72 modul sel melebihi 345W. Modul Percium mempunyai ciri-ciri prestasi rendah cahaya, pekali suhu yang lebih rendah, pengecilan cahaya yang lebih rendah, dan rintangan PID yang lebih baik. Apabila dibandingkan, modul ini menjana lebih 2% kuasa elektrik bagi setiap kadar "watt" berbanding modul monohabluran konvensional.
Pada tahun 2015, China melancarkan satu inisiatif, dikenali sebagai projek "Front Runner" yang bertujuan untuk menggalakkan transformasi industri PV dan memacu industri demi membangunkan produk berkecekapan lebih tinggi dan berkos lebih rendah bagi setiap watt. Ini pastinya dapat menyediakan peluang pertumbuhan penting untuk JA Solar. Sebagai salah satu pengeluar di China yang mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan modul PV monohabluran berkecekapan tinggi secara besar-besaran, JA Solar menyediakan modul 422MV untuk projek demonstrasi teknologi PV termaju peringkat kebangsaan di Datong, wilayah Shanxi, termasuk modul monohabluran 303MW. Fasa pertama projek ini melibatkan jumlah kapasiti sebanyak 1GW, dengan JA Solar menyediakan 42% modul yang diperlukan, manakala modul monohabluran merangkumi lebih 30% daripada projek keseluruhan. Selain itu, JA Solar mengeluarkan lima jenis modul PV yang dapat memenuhi atau melangkaui standard "Front Runner" China.
"JA Solar ialah salah satu pengeluar produk PV monohabluran dengan sejarah paling lama, dan juga merupakan pembekal modul monohabluran jenis P terbesar di dunia," kata En. Jian Xie, Presiden JA Solar. "Kejayaan penghantaran modul monohabluran 7GW ini memperlihatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti produk tersebut dan populariti produk berkecekapan tinggi kami dalam pasaran. Ketika trend modul monohabluran di China semakin pulih, kami berhasrat untuk terus meningkatkan rekod prestasi kami terhadap inovasi teknologi, dengan matlamat untuk mencapai kecekapan penukaran yang lebih baik dan proses pengeluaran yang dipertingkat. JA Solar berbangga dapat memainkan peranan penting dalam usaha transformasi dan penambahbaikan sektor PV serta pengeluaran China."