omniture

Wix Melancarkan Pro Gallery Dan Jalin Kerjasama Dengan Condé Nast Menerusi Inisiatif Menyokong Jurugambar Baharu

Wix.com Ltd.
2016-07-26 20:00 444

Pengguna Wix Berpeluang Mengambil Gambar Muka Hadapan BRIDES atau Condé Nast Traveler, atau Membantu Penggambaran Muka Hadapan Vanity Fair

NEW YORK, 26 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Wix.com Ltd. (Nasdaq: WIX) melancarkan Wix Pro Gallery baharu ke seluruh dunia, yang menyediakan fungsi lebih canggih untuk jurugambar menghasilkan portfolio dalam talian yang mengagumkan. Bagi mempromosikan komuniti jurugambar global, Wix bekerjasama dengan Condé Nast dan hari ini mengumumkan satu pertandingan yang pertama diadakan bagi memberi peluang kepada pengguna Wix mengambil gambar untuk muka hadapan majalah BRIDES atau Condé Nast Traveler, ataupun membantu penggambaran muka hadapan majalah Vanity Fair.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160722/392110  
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160722/392109 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160722/392111

Melalui pertandingan yang dilancarkan hari ini, pengguna boleh menghantar laman sesawang portfolio Wix percuma mereka bagi membolehkan hasil kerja mereka dinilai oleh pengarah kreatif dan editor gambar Condé Nast, termasuk Susan White, pengarah fotografi Vanity Fair, Jenifer Walter, pengarah kreatif BRIDES, dan Yolanda Edwards, pengarah kreatif Condé Nast Traveler.

Sebaik sahaja tempoh penghantaran tamat, editor daripada setiap majalah akan menilai kesemua penyertaan dan tiga pengguna Wix akan dipilih, seorang jurugambar bagi setiap jenama. Pemenang akan dihantar untuk satu lawatan ke lokasi penggambaran dan kisah mereka akan turut dipaparkan dalam majalah tersebut.

"Condé Nast ialah sebuah syarikat yang terkenal dengan kandungan yang luar biasa dan kebolehan mengenal pasti serta memupuk bakat kreatif terbaik," kata Josh Stinchcomb, pengarah urusan 23 Stories. "Kami teruja kerana dapat menjalin kerjasama dengan Wix dalam projek ini, dan menyediakan platform untuk jurugambar baharu memaparkan hasil kerja mereka kepada berjuta-juta pengguna."

Pemohon boleh melayari Wix.com/LookStunning bagi menghantar portfolio mereka sebelum hari Selasa, 9 Ogos 2016. Tiga pemenang akan dimaklumkan manakala hasil penilaian dan pemilihan oleh para hakim akan disiarkan pada hari Khamis, 25 Ogos 2016.

Wix.com Tingkatkan Keunggulan Kebolehan Kreatif dengan Paparan dan Kawalan Imej Canggih Wix Pro Gallery – Membolehkan Jurugambar dan Pereka Menghasilkan Portfolio Dalam Talian yang Mengagumkan

Wix membantu berjuta-juta jurugambar dan pereka menerusi kawalan dan kefleksibelan kreatif yang tiada tandingan terhadap gambar mereka melalui Wix Pro Gallery. Jurugambar profesional kini boleh mengakses penyelesaian serba lengkap dan terbaik itu bagi memuat naik dan mengurus kualiti imej secara dalam talian sambil menjadikan laman sesawang portfolio mereka #LookStunning.

Maklumat lanjut tentang Wix Pro Gallery di sini: http://www.wix.com/wix-lp/pro-gallery

Ketahui apa yang diperkatakan oleh para jurumgambar tentang Wix Pro Gallery: http://www.wix.com/lookstunning/covershoot#!testimonials/d83yi

"Wix Pro Gallery ialah kemajuan terkini menerusi matlamat kami untuk menyediakan platform yang berwawasan kepada lebih 88 juta pengguna kami di seluruh dunia. Menerusi kemajuan terkini ini, kami terus menekankan bahawa Wix sememangnya pilihan terbaik buat individu kreatif memaparkan hasil kerja mereka," kata Omer Shai, Ketua Pegawai Pemasaran Wix. "Jurugambar memerlukan fungsi paparan khusus bagi memaparkan imej profesional mereka dan kami teruja kerana dapat menyediakan penyelesaian tersebut. Memahami keperluan reka bentuk pelanggan kami mendorong teknologi kami untuk menyediakan penyelesaian yang tiada tandingan."

Jurugambar kini dapat memaparkan imej, video dan teks mereka, kesemuanya dalam satu galeri melalui laman sesawang mereka dengan kawalan sepenuhnya terhadap kualiti imej dalam talian mereka. Ciri-ciri utama Wix Pro Gallery termasuk:

  1. Tetapan Imej Canggih. Pengguna kini dapat memaparkan imej mereka dalam kualiti terbaik secara dalam talian, dengan kawalan sepenuhnya terhadap kualiti dan ketajaman imej di lokasi, galeri dan tahap imej.
  2. Tinggi Prestasi. Pengguna boleh memaparkan beribu-ribu imej dan video berkualiti tinggi tanpa menjejaskan prestasi laman sesawang.
  3. Ciri Mudah Alih Dioptimumkan. Gambar pengguna dioptimumkan ke tahap kualiti terbaik bagi setiap peranti mudah alih dan sistem pengendalian, agar imej kelihatan menarik pada sebarang peranti mudah alih.
  4. Perlindungan Klik Kanan. Kini pengguna lebih yakin imej mereka adalah selamat daripada dimuat turun melalui klik kanan.
  5. Mudah Berkongsi & Berinteraksi. Kini pengguna boleh memberi peluang kepada pengunjung laman web mereka untuk memilih dan menyukai gambar kegemaran mereka dan berkongsi hanya dengan satu klik.
  6. Video & Teks. Pengguna boleh menyesuaikan galeri mereka dengan video yang dimainkan secara automatik serta kotak teks yang warna warni.

"Jurugambar dan pereka profesional mencipta hasil seni yang menarik dan menghabiskan masa menyempurnakannya menggunakan instrumen profesional pada komputer mereka. Apabila imej ini dimuatkan ke dalam laman sesawang, kualiti imej adalah lebih rendah daripada yang diharapkan," kata Ronny Elkayam, ketua Wix Photography. "The Wix Pro Gallery dapat mengatasi isu ini dengan menyediakan instrumen galeri paling profesional yang disediakan dalam laman web. Dengan tetapan imej yang canggih, jurugambar dapat mengawal kualiti dan ketajaman setiap gambar. Imej dilindungi menerusi fungsi perlindungan terbina dalam dan terhasil semula dengan sempurna pada sebarang peranti, termasuk peranti mudah alih. Galeri mudah disesuaikan dan juga mudah dikongsi."

Latar Belakang Wix.com Ltd.
Wix.com ialah sebuah platform pembangunan laman web berasaskan awan yang utama, memiliki lebih 88 juta pelanggan berdaftar dari seluruh dunia. Wix ditubuhkan dengan keyakinan bahawa Internet seharusnya boleh diakses oleh sesiapa jua agar dapat membangun, mencipta dan menyumbang. Melalui langganan secara percuma dan premium, Wix memperkasakan berjuta-juta syarikat, organisasi, golongan profesional dan individu untuk membawakan perniagaan, jenama dan aliran kerja mereka ke dalam talian. Wix ADI, Wix Editor dan App Market yang amat tersusun membolehkan pengguna membangunkan serta mengurus ruang digital yang bersepadu sepenuhnya dan juga dinamik. Ibu pejabat Wix terletak di Tel Aviv manakala pejabatnya berada di Be'er Sheva, San Francisco, New York, Miami, Berlin, Vilnius serta Dnepropetrovsk.

Kunjungi kami: melalui blog, Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, Pinterest dan Google+

Kunjungi beberapa pelanggan Wix kami yang mengagumkan di sini: http://www.wix.com/stories/

Latar Belakang Condé Nast:
Condé Nast ialah sebuah syarikat media utama yang terkenal dalam penghasilan kandungan berkualiti tertinggi untuk khalayak yang paling berpengaruh di dunia. Mampu menarik lebih 100 juta pengguna menerusi bahan cetakan, digital dan jenama video yang terkemuka dalam industri, portfolio syarikat ini terdiri daripada judul media paling ikonik: VogueVanity Fair, Glamour, Brides, Self, GQGQ Style, The New YorkerCondé Nast TravelerAllureArchitectural DigestBon Appétit, Epicurious, WiredWGolf Digest, Golf World, Teen Vogue, Ars Technica, The Scene, Pitchfork dan Backchannel. Divisyen terbaharu syarikat, Condé Nast Entertainment dilancarkan pada tahun 2011 bagi menghasilkan filem, program televisyen dan video digital yang premium.

Untuk maklumat lanjut, sila layari condenast.com dan ikuti @CondeNast melalui Twitter.

Kesemua Tanda Dagangan adalah Kepunyaan Pemilik Masing-masing

Sara Parker
sara.parker@wix.com
+1-646-640-7205

Mari Dwyer
Pengurus Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat
Condé Nast
mari_dwyer@condenast.com
+1 212-286-2021

Source: Wix.com Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:WIX
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Magazines Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service