omniture

Huawei Lancar Seni Bina Pusat Data Generasi Akan Data bagi Era Awan

Huawei Enterprise
2013-03-01 23:48 213

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global, hari ini dengan rasminya melancarkan Pusat Data Pengagihan Awan (DC2, "DC kuasa dua"), seni bina pusat data generasi akan datang yang direka untuk menangani keperluan pusat-pusat data dalam era Awan ini.  Pelancaran hari ini meletakkan Huawei sebagai syarikat pertama dalam industri yang memperkenalkan seni bina teknikal DC2.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130227/HK66485 )

Dengan pembangunan perniagaan dan pengendali, seni bina pusat data terdahulu yang berselerak dan bersendiri, tidak lagi mampu mendokong perubahan aplikasi perkhidmatan.  Mengambil peluang atas pengetahuan mendalam tentang pelanggannya, Huawei memperkenalkan seni bina DC2 yang inovatif, yang berjaya menyepadukan pusat data yang berselerak, berlapis-lapis dan pelbagai ke dalam satu pusat data pengagihan awan yang baru, dan seterusnya membantu pelanggan meningkatkan penggunaan sumber, kecekapan pengurusan dan melindungi pelaburan.

Christian Perry, Penganalisa Kanan di firma penganalisa Technology Business Research (TBR) berkata: "Inovasi berterusan Huawei dalam pusat data digambarkan dengan jelas dalam Penanda Aras Pusat Data bagi suku Ketiga 2013 TBR, yang mana Huawei mendapat markah tertinggi dalam pusat data, berdasarkan strategi kewangan, ayuh-ke-pasaran, dan pengurusan sumbernya.  Strategi syarikat yang membentuk awan di persekitaran seni bina moden pusat data dengan inisiatif DC2 menggambarkan trend yang semakin dapat dilihat dalam pasaran dan memenuhi keperluan pelanggan untuk mendapatkan pengurusan yang lebih baik dan fleksibel."

"Sebagai sebahagian daripada usaha Huawei menangani cabaran pengkomputeran awan yang dihadapi oleh pusat data, seni bina DC2 membolehkan kos operasi pemilikan (TCO) direndahkan, meningkatkan kefleksibelan IT dan menggalakkan kecekapan pengurusan pusat data dengan mengoptimumkan penjadualan dan penggunaan sumber yang menyokong perniagaan pelanggan dengan berkesan," ujar Chen Shijun, Pengurus Besar Penyelesaian Pusat Data IT Huawei.

Terdapat dua teknologi penting dalam DC2.  FusionSphere Huawei yang dibolehkan oleh OpenStack memastikan seni bina ini terbuka.  Ia menyokong peranti IT cucuk-dan-main dengan pelbagai antara muka dan produk maya.  ManageOne Huawei menjalankan pengurusan bersepadu pusat-pusat data yang berselerak dan berlapis-lapis, termasuklah pusat yang mempunyai cawangan terpencil.

Huawei merupakan penginovasi aktif di bidang pusat data dalam tempoh lebih dari satu dekad.  Menjelang suku keempat 2012, Huawei telah membantu pelanggan global membina lebih daripada 260 pusat data, 35 daripadanya adalah pusat data awan, termasuklah Pusat Maklumat Negeri Cina, Hospital Digital kerajaan Ghana dan Pangkalan MaklumatMudah Alih Antarabangsa Cina yang menggunakan ruang lebih daripada 300,00 meter persegi dan merupakan salah satu pusat data terbesar di dunia.

Untuk mendapatkan maklumata lanjut tentang DC2, sila lawati: http://enterprise.huawei.com/en/solutions/IT-solutions/cloud-data-centers/theme/hw-204610.htm

Mengenai Huawei

Huawei adalah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global.  Dengan dedikasi kami terhadap inovasi yang berpusatkan pelanggan dan perkongsian yang teguh, kami telah membina faedah hujung-ke-hujung dalam rangkaian telekom, peranti dan pengkomputeran awan.  Kami komited dalam mencipta nilai tambah maksima kepada pengendali telekom, perniagaan dan pelanggan dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang berdaya saing.  Produk dan penyelesaian kami telah dilaksanakan di lebih 140 buah negara, memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada satu pertiga penduduk dunia.  Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati Huawei atas talian: www.huawei.com

Ikuti kami di Twitter: www.twitter.com/huaweipress dan YouTube: http://www.youtube.com/user/HuaweiPress

Source: Huawei Enterprise
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services