omniture

Northstar Meneruskan Pengembangan Antarabangsa Dengan Pengambilan Pekerja Penting dan Pembukaan Pejabat di Dubai

NorthStar Financial Services (Bermuda) Limited
2016-07-26 20:34 514

HAMILTON, Bermuda, 26 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Northstar Financial Services (Bermuda) Limited berbesar hati mengumumkan pembukaan pejabat di Dubai dan pelantikan Sanjeev Chowdhury sebagai Wakil Utama. Terletak di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai, pejabat tersebut ditubuhkan untuk menyokong penasihat kewangan yang menyediakan penyelesaian pelaburan antarabangsa firma tersebut di Timur Tengah dan Afrika. Sebelum ini, En. Chowdhury memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pengaruh Sun Life International di Timur Tengah, dan sebelum itu pernah bekerja di Standard Chartered serta ABN AMRO cawangan Dubai.

Naib Pengerusi Northstar, Mark Rogers, yang menerajui inisiatif Timur Tengah dan Afrika firma tersebut, mengulas: "Saya gembira apabila Sanjeev membuat keputusan untuk menyertai Northstar dan saya teruja dengan segala yang mampu kami capai di rantau ini. Terdapat jurang dalam pasaran bagi penyelesaian pelaburan yang dicuba dan diuji untuk pelanggan antarabangsa. Produk menarik daripada Northstar dan pasukan yang amat berpengalaman adalah ciri-ciri yang sangat ideal sebagai usaha untuk membantu Penasihat Kewangan mengisi jurang tersebut."

Sanjeev Chowdhury mengulas: "Saya berasa teruja untuk bekerjasama sekali lagi dengan bekas rakan sekerja saya, Mark dan Alejandro Moreno di Northstar. Kini, dengan firma yang dikawal selia oleh DFSA dan mempunyai pejabat di DIFC, saya berharap dapat terus mengukuhkan aktivitinya di Timur Tengah dan juga Afrika."

Latar Belakang Northstar

Ditubuhkan pada tahun 1998, Northstar sentiasa memberi tumpuan untuk menyediakan penyelesaian kewangan demi menepati keperluan pelanggan bukan AS dan menawarkan pelbagai pelan pelaburan kadar tetap dan boleh berubah yang menarik kepada kumpulan pelanggan global. Produk kadar tetap firma menawarkan kadar faedah yang dijamin berpatutan berserta pilihan perlindungan tambahan yang utama. Produk boleh berubah Northstar memberi pelabur dengan akses kepada pelbagai pilihan dana, bermula dengan pilihan pengurus aset terkemuka, berserta pemindahan percuma tanpa had antara pilihan pelaburan dasar. Semua produk Northstar memberi pelanggan dengan perlindungan akaun berasingan, syarat kecairan yang banyak dan pelbagai tempoh komitmen, serta faedah struktur amanah Bermuda, yang mengandungi jaminan kewangan, privasi dan kefleksibelan pemindahan kekayaan yang dipertingkat. Menerusi kerjasama dengan pilihan rakan kongsi pengedaran yang luas seperti bank dan institusi kewangan lain, Northstar memiliki pelanggan yang berada di lebih 100 buah negara.

Northstar pakar dalam produk pelaburan yang direka untuk membantu warganegara bukan A.S. mencapai matlamat kewangan mereka. Northstar menawarkan pelbagai pelan pelaburan kadar boleh berubah serta tetap dalam struktur amanah Bermuda dan produk firma dijual secara global melalui rangkaian bank, pengedar keselamatan dan pengantara kewangan lain. Produk Northstar tidak disediakan kepada rakyat AS atau warganegara atau penduduk Bermuda. Sesetengah produk Northstar mungkin tidak disediakan untuk bakal pelabur dalam bidang kuasa tertentu. 

Northstar dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Kewangan Bermuda dan merupakan Syarikat Akaun Berasingan.

Northstar Financial Services (Bermuda) Ltd. +1-441-296-1351, northstarbermuda@nfs.bmhttp://www.northstarfinancialservices.bm 

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160725/392536
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160725/392538

Source: NorthStar Financial Services (Bermuda) Limited
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion Personnel announcements