omniture

Parallel Wireless Dipilih oleh Telefonica bagi Menyokong Inovasi Digital

Parallel Wireless
2016-07-26 21:00 518

Teknologi HetNet yang Terbukti Bakal Memudahkan Ketersambungan di Kawasan Bandar dan Luar Bandar 

NASHUA, New Hampshire, 26 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., perintis dalam memastikan penggunaan rangkaian selular adalah mudah dan menjimatkan kos seperti mana Wi-Fi, hari ini mengumumkan satu jalinan kerjasama dengan Telefonica I+D, satu unit inovasi daripada salah satu penyedia telekomunikasi terbesar di seluruh dunia. Perjanjian yang dimeterai akan membolehkan percubaan dibuat bagi penyelesaian RAN (vRAN) maya Parallel Wireless untuk menyediakan perkhidmatan digital di kawasan bandar yang padat penduduknya, dan juga kawasan pedalaman dalam pasaran Eropah serta Amerika Latin.

Berpangkalan di Madrid, Sepanyol, Telefonica merupakan peneraju dunia bagi pasaran telekomunikasi dan berada di 21 buah negara serta mempunyai lebih 320 juta akses di serata dunia.

Pengendali mudah alih terus berinovasi bagi mencari cara baharu untuk menghubungkan orang ramai di pelbagai kawasan menerusi rangkaian yang dapat mengurus peningkatan permintaan trafik yang semakin meningkat. Dunia yang terus terhubung akan membolehkan perkhidmatan tanpa wayar generasi baharu berkembang dan terus mengubah kehidupan moden. 

Jalinan kerjasama baharu ini akan memajukan usaha inovasi Telefonica yang berterusan, termasuk Rangkaian Heterogen (HetNet) kawasan pedalaman dan bandar. Parallel Wireless akan menyediakan liputan yang rendah kos yang membantu pengurusan spektrum secara berkesan. Perkhidmatan ini akan memanfaatkan kelebihan unik vRAN Parallel Wireless dengan ciri-ciri mudah dipasang, kefleksibelan angkut balik termasuk jaringan tanpa wayar yang berdaya tahan dan juga pengaturan rangkaian pada masa sebenar.

Steve Papa, Pengasas dan CEO, Parallel Wireless, berkata, "Sebagai salah satu penyedia komunikasi yang inovatif, Telefonica memahami potensi sebenar peningkatan liputan dengan capaian global ialah dengan mengguna pakai seni bina rangkaian baharu seperti pemayaan. Kami berbangga kerana terpilih untuk proses percubaan inovasi ini bagi menghubungkan yang tidak terhubung sebelum ini tanpa membuat pelaburan modal yang besar berkaitan pengaturan rangkaian legasi. Liputan tanpa wayar yang rendah kos akan merangsang pertumbuhan ekonomi, menambah baik infrastruktur dan mengurangkan kos pengguna bagi menjamin akses ketersambungan menerusi penggunaan teknologi terbaik, tanpa membiarkan sesiapa pun ketinggalan."

Latar Belakang Parallel Wireless
Parallel Wireless membawa konsep baharu ke dalam pasaran infrastruktur tanpa wayar, bagi membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi menggunakan rangkaian selular yang mudah dan berkesan kos seperti mana Wi-Fi perusahaan, sama ada untuk kawasan luar bandar, syarikat perusahaan, keselamatan awam, M2M, Bandar Pintar, mahupun bandar yang padat penduduknya. Kini, syarikat ini terhubung atau dalam proses percubaan dengan pengendali terkemuka yang utama di lima buah benua. Hasil inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless diiktiraf menerusi penerimaan 23 anugerah industri dan pencalonan untuk tersenarai sebagai syarikat teknologi baharu terbaik "Fierce 15". Berhubung dengan Parallel Wireless melalui LinkedIn dan Twitter

Sebarang maklumat lanjut tentang Telefonica I+D, sila layari: http://www.tid.es/  

Source: Parallel Wireless
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Contracts Hispanic-oriented news New products/services Trade show news