omniture

XOS perkenal fleX-Beam™: sistem pengujaan terbaharu

XOS
2016-07-26 22:00 505

Sistem baharu memberikan reka bentuk fleksibel dan prestasi terunggul

EAST GREENBUSH, New York, 26 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- XOS (xos.com), penyedia utama bagi optik canggih dan subsistem OEM, hari ini mengumumkan pelancaran sistem pengujaan terbaharu, iaitu fleX-Beam. fleX-Beam menyediakan penyelesaian pancaran sinar-X yang bersepadu sepenuhnya yang mampu mengekalkan prestasi X-Beam XOS yang terkenal, di samping memberikan tahap kefleksibelan baharu: dari segi reka bentuk, penyepaduan dan kebolehkhidmatan. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang fleX-Beam, sila kunjungi kami secara dalam talian di https://xos.com/flex-beam.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160718/390687

fleX-Beam menyediakan sumber pengujaan—sejajar dengan optik Polikapilari yang terunggul dalam industri—yang memberikan tahap kestabilan dan keamatan yang tiada tandingan. Penyelesaian yang bersepadu sepenuhnya ini adalah kompak dan mudah disepadukan ke dalam mana-mana instrumen atau sistem. 

"Kami teruja dengan tahap kefleksibelan dan prestasi tawaran baharu fleX-Beam," kata Ning Gao, Ph.D., Pengurus Produk XOS untuk Optik Sinar-X dan Subsistem. "Perubahan terkini terhadap rangkaian produk X-Beam kami dibangunkan dengan memberi penekanan terhadap ciri-ciri penyepaduan dan kebolehkhidmatan."

Ciri-ciri fleX-Beam

Ciri-ciri fleX-Beam adalah seperti berikut:

  • Prestasi yang terunggul dalam industri dengan kesan yang lebih kecil dan profil lebih rendah untuk integrasi yang lebih mudah  
  • Pilihan untuk pengguna menukar sumber optik atau sinar-X dan menyelaraskan sistem dengan mudah dalam lapangan tanpa perlu menghantar komponen atau seluruh instrumen ke kilang
  • Reka bentuk yang amat kompak, dilengkapi bekalan kuasa bervoltan tinggi, kipas penyejuk terbina dalam, dan pengatup/penapis, selain sumber dan optik yang diinginkan.

Bagi mengetahui lebih lanjut sejauh mana reka bentuk fleksibel dan prestasi terunggul fleX-Beam XOS boleh membantu anda, sila kunjungi kami secara dalam talian di https://xos.com/flex-beam or call 1-518-880-1500.

Latar Belakang XOS

XOS ialah pengeluar utama bagi penganalisis sinar-X kegunaan khusus, yang menawarkan penyelesaian analisis unsur yang dapat meningkatkan tahap keselamatan awam dan kecekapan pengguna untuk industri-industri seperti petroleum, produk pengguna dan pematuhan alam sekitar. Bagi kegunaan dalam industri petroleum, XOS menawarkan penganalisis mudah dibawa, penganalisis makmal dan penganalisis proses dengan ketepatan yang tiada tandingan dengan hanya menekan butang. XOS turut menawarkan penganalisis yang dapat mengesan unsur toksik dalam produk pengguna dan alam sekitar. Optik canggih XOS dan subsistem OEM dapat meningkatkan ketepatan, kelajuan dan resolusi ruang, di samping mengurangkan saiz, tahap kerumitan dan juga kos instrumen. XOS: analisis lebih baik adalah amat penting.

Source: XOS
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals New products/services