KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Julai 2016 /PRNewswire/ -- MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) telah melantik CH2M sebagai penasihat teknikal untuk membantu dalam kerja-kerja teknikal berkenaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), setelah selesai menjalankan pemilihan melalui proses tender terbuka baru-baru ini.
Berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura yang disaksikan kedua Perdana Menteri, pelantikan CH2M bersama rakan perunding PwC, akan menyokong MyHSR memajukan lagi pembangunan projek, terutamanya dalam perancangan dan reka bentuk infrastruktur HSR serta membantu dalam aspek pengurusan projek.
Ketua Eksekutif MyHSR Corporation, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal mengalu-alukan penglibatan CH2M dalam projek ini berkata, "Kami menjangka akan berhadapan dengan pelbagai cabaran teknikal dalam perlaksanaan projek dan pelantikan ini akan mengukuhkan lagi persediaan syarikat. MyHSR akan memanfaatkan penglibatan CH2M, yang mempunyai kepakaran dan pengalaman membangunkan projek HSR di serata dunia untuk projek KL-SG ini."
Pengarah Projek CH2M Mark Loader menambah, "CH2M adalah sebuah syarikat ternama dalam bidang kejuruteraan di Malaysia, dan telah bertapak di Kuala Lumpur semenjak tahun 1960-an. Kami mempunyai pemahaman yang mendalam berkenaan cabaran pelaksanaan projek ikonik ini berdasarkan pengalaman kami daripada projek High Speed 1 dan 2 di UK. Pasukan kami akan bekerjasama erat dengan pasukan MyHSR melalui kombinasi kepakaran rel antarabangsa dan pemahaman tempatan kami untuk menawarkan kepimpinan dan kepakaran yang diperlukan until memastikan kejayaan projek ini."
Mengenai MyHSR Corporation Sdn Bhd
MyHSR Corporation adalah sebuah Syarikat Bertujuan Khas (Special Purpose Vehicle – SPV) bagi projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. MyHSR juga merupakan ejen pelaksana projek HSR bagi pihak Kerajaan Malaysia. MyHSR telah membantu Kerajaan dalam usaha merekabentuk struktur pelaksanaan projek seperti unsur-unsur komersial dan teknikal projek Kuala Lumpur – Singapura HSR. Berhubung dengan MyHSR di www.myhsr.com.my
Mengenai CH2M
CH2M menerajui industri perkhidmatan profesional dalam menyampaikan hasil penyelesaian yang manpan bagi memanfaatkan masyarakat, alam sekitar dan ekonomi dengan pembangunan infrastruktur dan industri. Dengan cara ini, CH2M membuat perubahan positif yang menyediakan perkhidmatan perundingan, reka bentuk, kejuruteraan dan pengurusan untuk pelanggan dalam pasaran air; alam sekitar dan nuklear; pengangkutan; tenaga dan perindustrian, daripada infrastruktur ikonik kepada program global seperti Sukan Olimpik. Merupakan di antara Syarikat Paling Beretika di Dunia dan firma terulung bahagian perundingan alam sekitar dan pengurusan program, CH2M pada 2016 menjadi firma perkhidmatan profesional pertama diberi penghormatan dengan Anugerah Pingat Emas oleh Pusat Alam Sekitar Sedunia untuk usaha memajukan pembangunan mampan. Hubungi CH2M melalui www.ch2m.com ; LinkedIn; Twitter; dan Facebook.
For media enquiries, please contact:
| Contact: Lee Yip Cheong MyHSR Corporation Sdn Bhd |
Contact: Tom Doerr CH2M, Transportation |