Syarikat Diiktiraf kerana Melangkaui Jangkaan Pelanggan terhadap Kualiti
NOVI, Michigan, 27 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Maxion Wheels, satu unit daripada Iochpe-Maxion S.A, meraih penghormatan tertinggi daripada Ford Motor Company semasa majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Dunia Ford Tahunan kali ke-18 pada 19 Mei 2016 apabila Maxion menerima anugerah hasil daripada kualiti kecemerlangan global tertinggi yang diberikan.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160726/392912
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/215114LOGO
"Anugerah Kecemerlangan Dunia Ford memberi peluang kepada kami untuk mengiktiraf pembekal yang memperlihatkan komitmen yang kukuh terhadap kualiti, prestasi dan kerja berpasukan," kata Thai-Tang, naib presiden kumpulan, pembelian global, Ford Motor Company. "Maxion Wheels telah membantu Ford mencapai kecemerlangan sepanjang tahun, dan kami amat bertuah memiliki mereka sebagai sebahagian daripada pasukan One Ford."
"Anugerah Kecemerlangan Dunia Ford meraikan komitmen Maxion Wheels yang berusaha memenuhi dan melangkaui jangkaan pelanggan kami," kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Global Maxion Wheels, William Wardle. "Kami berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh Ford terhadap kebolehan kami mencipta, mengeluarkan dan menyediakan hanya produk berkualiti terbaik; ini merupakan satu bukti yang kukuh terhadap usaha yang diberikan oleh kakitangan Maxion yang menghasilkan roda pada setiap hari."
Maxion Wheels membekalkan roda keluli dan aluminium kepada Ford Motor Company menerusi 15 daripada 22 kilang pengeluaran globalnya.
LATAR BELAKANG MAXION WHEELS
Maxion Wheels ialah pengeluar roda terkemuka untuk kereta penumpang, trak ringan, trak dan juga treler komersial. Syarikat ini turut mengeluarkan roda untuk kenderaan dalam sektor pertanian dan ketenteraan, serta untuk kegunaan luar lebuh raya yang lain. Berpengalaman selama lebih 100 tahun dalam pembuatan roda dan menggajikan lebih 10,000 kakitangan di seluruh dunia, Maxion ialah pengeluar roda terbesar dunia yang mengeluarkan hampir 60 juta roda setahun. Syarikat ini berkhidmat untuk pelanggan OEM globalnya menerusi 22 kilang pengeluaran yang berada di 12 buah negara di lima buah benua, selain memiliki pusat teknikal yang canggih di benua Amerika serta Eropah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi laman sesawang Maxion Wheels melalui http://www.maxionwheels.com.