omniture

Moet Hennessy Meraikan Kejayaan Solar Impulse

Moet Hennessy SNC
2016-07-27 20:50 640

ABU DHABI, UAE, 27 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Setelah lebih setahun sejak jelajah seluruh dunia bermula, Solar Impulse kembali ke Abu Dhabi bagi menggapai apa yang mustahil.

Sebagai Rakan Rasmi Solar Impulse dan Rakan Penganjur Pusat Kawalan Misi di Monaco, Moet Hennessy mengiringi Solar Impulse pada setiap jelajah seluruh dunia yang dibuat.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7813551-moet-hennessy-solar-impulse/

Setelah melakukan perjalanan selama 48 jam dari Cairo dalam kokpit satu penumpang, Juruterbang, Pencetus Idea dan Pengerusi Solar Impulse, Bertrand Piccard disambut oleh Andre Borschberg, Juruterbang, CEO dan Pengasas Bersama Solar Impulse di Abu Dhabi. Tiga belas tahun setelah memulakan impian asal untuk melakukan perjalanan ke seluruh dunia dengan hanya menggunakan kuasa suria, impian mereka menjadi kenyataan.

Christophe Navarre, Pengerusi dan CEO Moet Hennessy, menyaksikan ketibaan tersebut di Pusat Kawalan Misi di Monaco. Ketika berbual bersama Andre Borschberg menerusi telefon sejurus selepas ketibaan Bertrand Piccard, beliau mengucapkan, "Tahniah! Anda berjaya! Ia merupakan satu perjalanan yang panjang dan langkah penting untuk manusia sejagat. Kami amat berbangga dan berbesar hati dapat menjadi rakan kerjasama." Beliau turut disertai oleh Serge Telle, Menteri Perancis bagi Negeri Monaco dan Raymond Clerc, Pengarah Misi Solar Impulse bagi menawarkan minum ucap selamat Moet & Chandon kepada seluruh pasukan bagi mengiktiraf seluruh usaha hebat mereka dan nilai yang dikongsi bersama Solar Impulse serta Moet Hennessy: semangat perintis dan juga perhatian terhadap bumi.

"Meraikan Kemampanan" 

Solar Impulse dan Moet Hennessy berusaha meningkatkan kesedaran terhadap potensi besar teknologi bersih. Kedua-duanya meraikan usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik.

Kesemua wain dan minuman beralkohol Moet Hennessy berasal daripada hasil bumi. Setiap satu daripada 22 jenama yang terdapat dalam portfolio Moet Hennessy mematuhi dasar terhadap alam sekitar yang proaktif bagi menjamin kesinambungan warisan ini untuk beberapa abad akan datang. Kesemua ladang anggur bagi Champagne Maisons Moet Hennessy- Moet & Chandon, Veuve Clicquot, Dom Perignon, Ruinart, Krug dan Mercier - menerima dua pengiktirafan iaitu "Ladang Anggur Lestari" dan "Nilai Alam Sekitar yang Tinggi" pada tahun 2014. Hennessy Cognac merupakan syarikat pertama daripada sektor wain dan minuman beralkohol dunia yang menerima perakuan tersebut pada tahun 1998 menerusi Sistem Pengurusan Alam Sekitarnya, yang kemudiannya diperbaharui setiap tiga tahun. Estet Moet Hennessy menggalakkan kepelbagaian bio, perlindungan terhadap habitat tempatan dan pemuliharaan air di seluruh dunia.'

Semangat Perintis 

Selain menjadi penginovasi dalam pembangunan mampan, Moet Hennessy terkenal kerana membawakan pembaharuan dari segi geografi dan untuk manusia sejagat. Dari awal, setiap jenama berusaha mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dan berkongsi produk mereka bersama pengguna baharu di serata dunia. Penghantaran pertama Veuve Clicquot ke Rusia dibuat pada tahun 1780. Penghantaran pertama Hennessy ke Amerika Syarikat pula dibuat pada tahun 1794. Moet Hennessy merupakan syarikat Perancis pertama yang memulakan penanaman anggur di negara yang jauh – bermula dengan Chandon yang membuih di Mendoza, Argentina pada tahun 1959 kepada pelancaran wain merah baru-baru ini di Shangri-La, China tahun ini.

Pada masa kini, Moet Hennessy mengeksport 95% daripada hasil pengeluarannya dan merupakan pengeluar serta pengeksport utama dunia bagi wain dan minuman beralkohol mewah.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160726/392899 )

Sumber: Moet Hennessy SNC

Source: Moet Hennessy SNC
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Leisure/Travel/Hotels Travel