ATLANTA, 28 Julai 2016 /PRNewswire/ -- FOCUS Brands (www.focusbrands.com) mengalu-alukan Ken Chen sebagai Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Asia Pasifik. Untuk jawatan baharu beliau, Ken akan terus mengembangkan perniagaan runcit semasa FOCUS Brands dalam pasaran sedia ada, serta meluaskan portfolio di China, Australia, Indonesia dan lain-lain. Buat masa ini, Cinnabon® dan Auntie Anne's® menerajui usaha pertumbuhan antarabangsa, diikuti dengan Carvel®, Moe's Southwest Grill® dan Schlotzsky's®.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160722/392317
Ken Chen membawa bersamanya dua puluh tahun pengalaman dalam perundingan pengurusan. Terkini, beliau pernah berkhidmat selama dua belas tahun di L.E.K. Consulting, menerajui amalan produk pengguna China, fokus dalam membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia dalam usaha penembusan pasaran ke China dan Asia serta strategi pertumbuhan. Ken bertanggungjawab menyediakan maklumat dan instrumen strategik kepada pelanggan bagi menjamin kejayaan dalam segmen perniagaan China yang kompleks.
Nicolas Boudet, Presiden Focus Brands International, mengulas, "Kami amat berbesar hati mempunyai individu yang mempunyai pengalaman rantau yang luas dalam pasukan kami. Ken merupakan tambahan penting ke dalam keluarga FOCUS Brands, bagi membantu kami meningkatkan prestasi perniagaan untuk francais antarabangsa kami, serta menembusi wilayah Asia Pasifik baharu demi meluaskan capaian pengguna jenama ini. Pengalaman beliau adalah amat penting untuk mencapai usaha pertumbuhan global kami."
Ken tinggal di Shanghai bersama isteri, Jamie dan anak lelaki beliau, Johann.
Latar Belakang FOCUS Brands
FOCUS Brands Inc. yang berpusat di Atlanta, merupakan pemberi francais dan pengendali bagi lebih 4,500 kedai aiskrim, kedai roti, restoran dan kafé di Amerika Syarikat, Daerah Columbia, Puerto Rico, dan 60 buah negara asing menerusi jenama Carvel®, Cinnabon®, Schlotzsky's®, Moe's Southwest Grill®, Auntie Anne's®, McAlister's Deli® dan Seattle's Best Coffee® bagi beberapa pangkalan tentera selain dalam pasaran antarabangsa tertentu.
Hubungi: Loryn Franco | lfranco@focusbrands.com | 404-257-7004