omniture

RS Components Lancarkan Rasberry Pi Edisi Terhad Percuma untuk Raikan Ulangtahun Pertama Komputer Bersaiz Kad Kredit itu

RS Components
2013-03-05 10:00 185

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Mac 2013 /PRNewswire/ -- 

RS akan mengedarkan 1,000 unit papan peringatan Model B kepada badan amal, pendidikan dan penggemar Raspberry Pi selepas lebih sejuta unit terjual di seluruh dunia

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar ulung dunia bagi produk elektronik dan penyenggaraan, meraikan ulangtahun pelancaran Raspberry Pi dengan pelancaran edisi terhad papan komputer kos rendah bersaiz kredit kad itu.

(foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/03/04/20130304115550368822.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Hanya 1,000 papan Raspberry Pi Model B, Revisi 2 telah dihasilkan oleh RS dalam warna biru yang eksklusif. Setiap papan edisi terhad dicop dengan nombor siri dan dibekalkan dalam kotak penyampaian istimewa bersama dengan bekas pengguna yang berwarna biru kristal dan sijil ketulenan yang ditandatangani oleh Eben Upton, Pengarah Eksekutif Yayasan Raspberry Pi. Bekas biru kristal edisi terhad tersebut telah direka dan didermakan oleh pakar rekaan dan pembuatan produk One-Nine-Design.

Papan edisi terhad itu bukanlah untuk jualan umum, dan akan dikeluarkan oleh RS melalui beberapa saluran, dengan kebanyakannya didermakan secara terus kepada badan amal yang berkaitan dengan belia dan pendidikan di seluruh dunia.

Antara Mac dan Jun 2013, penggemar Raspberry Pi di seluruh dunia akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan untuk cuba memenangi salah satu daripada papan ulangtahun itu. Pertandingan pertama akan diadakan di Twitter selama empat minggu bermula 1 Mac, dengan para peserta dipelawa mengetengahkan idea rekaan dan aplikasi untuk Rspberry Pi mereka dengan menghantar tweet kepada @RSElectronics menggunakan #bluepi. Setiap minggu, 10 cadangan terbaik akan dipilih oleh sebuah panel yang terdiri daripada Eben Upton dan lain-lain pakar teknologi, dan akan dianugerahi dengan satu Rasberry Pi edisi terhad.

"Raspberry Pi telah menakjubkan dunia teknologi, dengan lebih satu juta papan telahpun digunakan oleh pemprogram yang baru dan yang berpengalaman, serta penggemar elektronik," kata Glenn Jarrett, Ketua Pemasaran Produk Global di RS Components. "Kami ingin memperingati ulangtahun pertama dengan versi peringatan istimewa ini, yang menggambarkan semangat Raspberry Pi dan menggalakkan inovasi dan pemprograman kreatif, memberikan manfaat kepada ramai orang yang kebiasaannya tidak mempunyai capaian kepada teknologi seperti ini."

Eben Upton, Pengarah Eksekutif Yayasan Raspberry Pi, menambah, "Tahun ini merupakan tahun yang menakjubkan bagi kami di Raspberry Pi, dan kami sungguh gembira kerana rakan-rakan kami di RS Components telah memilih untuk meraikan ulangtahun ini dengan kemurahan hati."

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar ulung produk elektronik dan penyenggaraan dunia. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan dari 2,500 pembekal yang ternama, termasuk alat elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, dan komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents tersenarai dalam Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2012, ia telah memperoleh pendapatan berjumlah GBP1.27 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://designspark.com/eng/knowledge-item/latest-raspberry-pi-blogs

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Hubungan Awam – Asia Pasifik
Email: soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745 

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Email: rscsg@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components New products/services