omniture

InComm Mengukuhkan Kehadiran di Asia Melalui Pengambilalihan Terkini

InComm
2016-08-01 09:00 754

Kerjasama yang cemerlang membawa kepada pengambilalihan perniagaan pengagihan prabayar ValuAccess

ATLANTA, 1 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- InComm, sebuah syarikat perkhidmatan produk dan transaksi prabayar terkemuka, hari ini mengumumkan ia telah mengambil alih perniagaan pengagihan prabayar Hong Kong iaitu ValuAccess, yang merupakan pembekal utama bagi program nilai tersimpan, program kesetiaan dan pemprosesan transaksi kepada peruncit Asia.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141120/159878LOGO

Sebelum pengambilalihan ini, InComm dan ValuAccess telah mencapai kejayaan yang jelas dalam pasaran Hong Kong melalui kerjasama yang dibentuk pada tahun 2012 yang menggabungkan capaian global InComm dengan wawasan ValuAccess yang terbukti terhadap keperluan pengguna dan pasaran peruncitan Hong Kong. Kerjasama ini memberi pengguna tempatan dengan pelbagai pilihan produk termasuk kad prabayar, kad hadiah dan program nilai tersimpan lain, di samping meningkatkan jualan serta trafik pelawat laman web untuk peruncit yang terlibat. Kejayaan berterusan ini dan pertumbuhan penting dalam perniagaan akhirnya membawa kepada transaksi ini.

"Pengambilalihan ini mengukuhkan kehadiran antarabangsa InComm dan mengesahkan komitmen kami terhadap pasaran Asia," kata Frank Monaco, selaku Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, Antarabangsa di InComm. "Asia terus menjadi fokus strategik yang penting untuk InComm dan ini akan membolehkan kami untuk terus berkembang daripada kejayaan kami ini ke seluruh rantau."

"InComm merupakan rakan kongsi yang hebat untuk ValuAccess tahun demi tahun," kata Alistair Gordon, selaku CEO ValuAccess Limited. "Kami akan terus menyokong InComm dengan mengagihkan produk kad hadiah nilai tersimpan tempatan kami melalui rakan kongsi edaran runcit mereka dan memberikan sokongan pemprosesan tempatan."

Latar Belakang ValuAccess

ValuAccess diasaskan pada tahun 2006 dan beribu pejabat di Hong Kong. Syarikat ini menyediakan nilai tersimpan berjenama kreatif, kad hadiah dan program kesetiaan untuk pasaran Asia Pasifik yang berkembang pesat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://www.valuaccess.com.

Latar Belakang InComm

Memanfaatkan penyepaduan menyeluruh terhadap sistem terminal tempat jualan peruncit, InComm menyediakan hubungan kepada pelbagai pembekal perkhidmatan yang membolehkan pengguna menjalankan perniagaan harian di lebih 500,000 terminal edaran runcit. Pengguna boleh mengaktifkan produk prabayar, membayar bil, menikmati diskaun waktu nyata melalui kad keahlian, membeli barangan digital dalam kedai atau menambah dana kepada akaun dalam talian, dan InComm sentiasa bersedia untuk memberi peluang bagi memperoleh hadiah yang unik, melayan pembeli yang sibuk, memberikan nilai tambahan melalui program kesetiaan dan melayan pengguna yang berurus niaga secara tunai. Dengan 206 paten global, InComm beribu pejabat di Atlanta dan beroperasi di 31 buah negara. Ketahui lebih lanjut di www.incomm.com atau berhubung dengan kami di www.twitter.com/incomm, www.facebook.com/incomm, www.linkedin.com/company/incomm atau www.incomm.com/blog.

Source: InComm
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Retail Acquisitions, mergers, takeovers