omniture

Nuctech Muktamadkan Langkah Keselamatan Sukan Olimpik Rio 2016 Sebelum Pemeriksaan Lokasi Acara Minggu Hadapan

Nuctech
2016-08-01 09:22 916

RIO DE JANEIRO, 1 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Lebih 250 pengimbas keselamatan Nuctech dipasang menjelang akhir minggu ini sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016 tidak lama lagi di Rio de Janeiro, Brazil. Pengimbas tersebut berfungsi untuk membuat 90% pemeriksaan keselamatan sempena Sukan Olimpik Rio manakala ujian penerimaan oleh Badan Kehakiman Brazil akan mula dibuat untuk lebih satu juta pemeriksaan keselamatan sepanjang acara tersebut.

Pengimbas keselamatan daripada Nuctech dipasang dan dinyahpepijat di lokasi-lokasi acara Sukan Olimpik Rio.
Pengimbas keselamatan daripada Nuctech dipasang dan dinyahpepijat di lokasi-lokasi acara Sukan Olimpik Rio.

Pengimbas Nuctech akan menjamin keselamatan bagi empat lokasi acara sukan utama iaitu Barra, Deodoro, Maracana dan Copacabana, selain perkampungan Olimpik, dibantu oleh lebih 2,000 kakitangan keselamatan tempatan yang dilatih untuk menjalankan operasi mereka. Seramai 100,000 orang hadirin dijangka akan memenuhi stadium Maracana bagi acara perasmian dan penutupan. 

Pengimbas Nuctech ditempatkan di lokasi-lokasi acara Sukan Olimpik Rio dan sedia digunakan.
Pengimbas Nuctech ditempatkan di lokasi-lokasi acara Sukan Olimpik Rio dan sedia digunakan.

Nuctech menyediakan dua model utama untuk Sukan Olimpik Rio, iaitu pengimbas sinar-X CX6040BI untuk mengimbas barang-barang peribadi dan juga pengimbas sinar-X CX100100T untuk pemeriksaan kargo. Kedua-dua model ini menggunakan sistem pengimejan sinar-X rendah radiasi berserta penjana sinar-X yang dipertingkat, manakala pengesan yang ditambah baik mampu mengimbas pada tahap resolusi lebih tinggi dengan algoritma imej yang tepat.

Penggera akan terpadam secara automatik sekiranya bahan letupan, kamera tersembunyi atau barangan yang tidak boleh ditembusi oleh sinar-X dikesan. Sistem ini juga mampu mengenal pasti dan menyelaras menggunakan warna terhadap barangan organik dan tidak organik dengan berkesan. Bagi memastikan persekitaran yang selamat sepanjang acara Sukan tersebut, segala peralatan dan pasukan teknikal di lokasi acara akan menjalankan operasi selama 24 jam sehari.

"Sebagai pembekal produk dan perkhidmatan keselamatan berteknologi tinggi, wawasan dan matlamat utama Nuctech adalah 'untuk mewujudkan dunia yang lebih selamat'," kata Zhiqiang Chen, CEO Nuctech.  

"Menerusi perhatian yang meluas serta penyertaan daripada para atlet dan hadirin dari seluruh dunia, Nuctech berbesar hati dan lebih daripada bersedia untuk mendedikasikan perkhidmatan keselamatan terbaik kami untuk acara bertaraf antarabangsa yang begitu berprestij ini."

Latar Belakang Nuctech

Nuctech Company Limited (Nuctech) ialah pembekal bertaraf global bagi penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan serta pemeriksaan termaju. Menerusi inovasi yang bebas dan usaha memenuhi kehendak pelanggan, Nuctech menyediakan teknologi paling canggih, produk dan penyelesaian bersepadu untuk industri pemeriksaan keselamatan kepada pelanggan daripada lebih 140 buah negara seluruh dunia, mencakupi penerbangan awam, kastam, landasan kereta api, lebuh raya, logistik, badan kehakiman dan acara awam.

Hubungi: Wei Cheng
Tel: +86 10 5095 2921
E-mel: chengwei@nuctech.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160729/0861607521-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160729/0861607521-b

Source: Nuctech
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Sporting Events Sports Contracts