omniture

Penerjun Udara Luke Aikins Mendarat Sempena Terjunan Bersejarah Pada Ketinggian 25,000 Kaki-Tanpa Payung Terjung atau Pakaian Bersayap- Untuk "STRIDE GUM PRESENTS HEAVEN SENT"

Mondelēz International
2016-08-01 16:23 348

Boleh ditonton melalui http://strideheavensent.tumblr.com/ppv  sehingga 6 Ogos

LOS ANGELES, 1 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Hujung minggu minggu ini, penerjun udara bertaraf dunia, Luke Aikins selamat mendarat di kawasan gurun California Selatan selepas membuat terjunan dari pesawat pada ketinggian 25,000 kaki tanpa menggunakan payung terjun atau pakaian bersayap untuk kempen STRIDE GUM PRESENTS HEAVEN SENT*. Penerjun yang merupakan seorang suami dan bapa berusia 42 tahun itu disambut oleh keluarga dan rakan-rakan yang menyaksikan Aikins melaksanakan misi yang hampir mustahil itu.

Pencapaian bersejarah itu disiarkan SECARA LANGSUNG melalui FOX. Bagi mereka yang tidak dapat menonton acara istimewa itu, anda boleh menonton melalui dalam talian di http://strideheavensent.tumblr.com/ppv sehingga 6 Ogos.

Sebagai penerjun udara generasi ketiga, Aikins telah membuat 18,000 terjunan dan pernah menjalankan pelbagai aksi terjunan udara. "Saya terus mencabar diri saya dari segi fizikal dan mental, yang belum pernah saya lakukan sebelum ini," kata Aikins. "Namun begitu, saya perlu buktikan yang ia mampu dilaksanakan."

Jenama Stride Gum daripada Mondelēz International, Inc. merupakan penaja bagi pengalaman aksi bersejarah secara langsung itu. "Luke komited dalam mengambil risiko dan mencabar diri sendiri," kata Laura Henderson, ketua bahagian keuntungan kandungan & media global di Mondelēz International. "Beliau gemarkan cabaran yang di luar jangkaan dan rakan kerjasama seperti inilah yang kami mahukan sempena pelancaran kempen Stride Gum baharu kami yang memfokuskan cabaran luar biasa."

Acara tersebut dianjurkan bersama Chris Talley daripada Precision Food Works dan juga Jimmy Smith daripada Amusement Park Entertainment. "'Heaven Sent' bukan sekadar pencapaian penerjunan udara yang mengagumkan," kata Smith. "Luke membuktikan kepada semua yang menonton tentang apa yang mampu anda capai sekiranya anda mengejar dan percayakan impian anda."

*Jangan mencuba, mencipta atau mengulang semula. Penerjun udara profesional dengan latihan yang menyeluruh.

LATAR BELAKANG MONDELĒZ INTERNATIONAL
Mondelēz International, Inc. (NASDAQ: MDLZ) ialah sebuah syarikat makanan snek bertaraf global, dengan pendapatan bersih bagi tahun 2015 mencecah kira-kira $30 bilion. Sebagai pengusaha yang mencetuskan detik-detik kegirangan buat 165 buah negara, Mondelēz International merupakan peneraju dunia bagi biskut, coklat, gula-gula getah, gula-gula dan minuman berserbuk, dengan jenama-jenama yang memperoleh hasil berbilion-bilion dolar seperti biskut Oreo, LU dan Nabisco, coklat Cadbury,Cadbury Dairy Milk dan Milka, serta gula-gula getah Trident. Mondelēz International juga merupakan anggota penting Standard and Poor's 500, NASDAQ 100 serta Dow Jones Sustainability Index. Layari www.mondelezinternational.com atau ikuti kami melalui Twitter di www.twitter.com/MDLZ.

Latar Belakang Amusement Park Universe
Syarikat-syarikat kami mengeluarkan kandungan dan hiburan yang berunsur kreatif, produk berteknologi dan unik, model perniagaan serta hubungan berjenama, selain perkhidmatan pengiklanan terkini dengan gaya lama. Untuk maklumat lanjut, layari www.amusementparkinc.com atau www.amusementparkent.com atau kunjungi @HeavenSentAPE melalui Twitter.

 

Source: Mondelēz International
Related Stocks:
NASDAQ:MDLZ
Keywords: Food/Beverages Retail Sports