omniture

Kumpulan Genting Umumkan Rancangan Projek Transformasi Baru Di Sepanjang Jalur Las Vegas

Genting Group
2013-03-05 11:33 214

--Projek di tapak Echelon akan membawa puluhan ribu pekerjaan dan berbilion dolar dalam pembangunan ekonomi ke Nevada Selatan

LAS VEGAS, 5 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Pemimpin-pemimpin  Nevada, termasuk Gabenor Brian Sandoval dan Pemimpin Majoriti Senat Amerika Syarikat Harry Reid, hari ini bersama-sama Pengerusi Kumpulan Genting KT Lim memngumumkan rancangan projek transformasi pembangunan baru di tapak Echelon di sepanjang Jalur Las Vegas. Pagi ini, Genting telah mengumumkan bahawa ia telah memperolehi parsel seluas 87 ekar itu daripada Boyd Gaming Corporation, yang akan digunakan untuk membina 'Resorts World Las Vegas,' destinasi peranginan Genting yang pertama di Las Vegas.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130304/CL70362)

"Kami sungguh berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Negeri Nevada, daerah Clark dan Bandar Las Vegas kerana menyertai kami dalam mengumumkan apa yang akan menjadi satu penambahan yang hebat kepada destinasi peranginan utama di Amerika Syarikat,"  kata KT Lim, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Genting. "Ini merupakan hari yang hebat bagi Genting, Las Vegas, dan Negeri Nevada, dan kami berharap agar dapat menggunakan sepenuhnya peluang baru yang mengujakan ini."

"Kemasukan salah satu daripada peneraju pembangun pusat peranginan perjudian dunia ke Nevada adalah satu petunjuk baik bahawa Las Vegas dan The Strip (Jalur Las Vegas) berada di landasan yang baik dalam tahun 2013 dan seterusnya," kata Gabenor Brian Sandoval. "Kumpulan Genting dan Resorts World Las Vegas akan membawa beribu-ribu pekerjaan baru ke negeri kami dan akan membantu kami meneruskan kebangkitan ekonomi kami pada landasan yang betul menuju kejayaan. Saya ingin mengalu-alukan Genting ke negeri Nevada, dan kami menantikan pelancaran projek dinamik baru ini."

Resorts World Las Vegas akan menjadi destinasi peranginan bertaraf dunia dengan 3,500 bilik dalam fasa pertama, di samping 175,000 kaki persegi ruang perjudian dalam beberapa tingkat, dan beberapa ruang makan dan beli belah yang mewah. Hotel peranginan ini juga akan mempunyai ruang konvensyen tambahan untuk pertunjukan dagangan Las Vegas, membantu bandar itu menarik perantau perniagaan antarabangsa dengan fokus khas terhadap acara perniagaan-ke-perniagaan dan persidangan. Semasa proses pembinaan dan operasi, Resorts World Las Vegas akan membawa berpuluh ribu pekerjaan ke Selatan Nevada untuk bertahun-tahun yang akan datang.

 "Las Vegas merupakan standard emas dalam dunia perjudian, pusat peranginan dan hiburan, dan projek ini merupakan penambahan yang hebat kepada industri yang berada di Las Vegas dan Nevada. Projek sebesar dan sehebat ini bukan sahaja akan menarik lebih ramai pengunjung ke negeri kami, tetapi juga akan menjadi satu perangsang kepada ekonomi Nevada dalam bentuk pekerjaan dan pembangunan semula dan pertumbuhan ekonomi Nevada Selatan yang berterusan," Senator Harry Reid (D-NV) berkata.

 "Ini merupakan peluang yang tiada tolok bandingan untuk menunjukkan apa yang telah menjadikan jenama Resorts World terkenal di seluruh dunia selama berdekad-dekad," tambah Lim.

Kumpulan Genting kini mempunyai kemudahan perjudian yang dilesenkan di Malaysia, Filipina, United Kingdom, Singapura, Bahamas dan New York.

Maklumat lanjut tentang Kumpulan Genting dan Resorts World Las Vegas boleh didapati di www.genting.com.

Resorts World Las Vegas dikendalikan oleh Kumpulan Genting, sebuah syarikat global yang ditubuhkan pada 1965, mengendalikan pusat-pusat perangingan destinasi di Amerika, Malaysia, Filipina, Singapura, United Kingdom, dan di keempat-empat lautan dengan pemilikan 45% ke atas jenama-jenama Norwegian Cruise Line dan Star Cruises. Genting mempunyai lebih 40 tahun pengalaman membangunkan dan mengendalikan pusat peranginan destinasi yang secara keseluruhannya memberikan pekerjaan kepada kira-kira 60,000 orang dan menawarkan pengalaman percutian yang tiada bandingan kepada lebih 50 juta pengunjung setahun.

 

Source: Genting Group
Related Links:
Keywords: Construction/Building Gambling/Casinos Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services Real estate transactions