omniture

Merck Bakal Menyediakan Perkhidmatan Pembangunan dan Pengeluaran Hujung-ke-Hujung Provantage® kepada Y-mAbs untuk Sebatian Antibodi Utama

Merck
2016-08-01 20:00 591

- Termasuk penskalaan dan pengeluaran ubat-ubatan GMP bagi peringkat akhir pembangunan klinikal

- Antibodi menyasarkan tumor otak peringkat lanjut dan refraktori dalam kalangan pesakit kanak-kanak

DARMSTADT, Jerman, 1 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, bakal menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pengeluaran Hujung-ke-Hujung Provantage® kepada Y-mAbs Therapeutics, Inc. bagi menyokong peringkat akhir pembangunan klinikal antibodi monoklonal.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160727/393609

Antibodi tersebut yang menyasarkan neuroblastoma tumor leptomeningeal refraktori dan pontin glioma merebak secara intrinsik ialah rawatan terkini yang berpotensi membantu pesakit kanak-kanak. Berikutan pemindahan rangkaian sel utama Y-mAbs kepada Merck, segala perkhidmatan akan melibatkan penskalaan dan pengeluaran GMP bagi antibodi yang kini berada pada peringkat terakhir pembangunan klinikal.

"Kanser otak pediatrik ialah satu bidang terapeutik yang khususnya mencabar yang kini dilihat berada dalam situasi yang amat mendesak," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan CEO, Life Science. "Melalui perkhidmatan Provantage® kami yang akan menawarkan pendekatan yang bertemplat dan tangkas terhadap pembangunan dan pengeluaran antibodi tersebut, kami berharap dapat mempercepatkan kemajuan terapeutik yang inovatif untuk pesakit yang memerlukan."

"Menerusi perjanjian kami bersama Merck, Y-mAbs mengambil langkah penting agar selari dengan komitmen kami untuk menjadikan rawatan pediatrik baharu ini dapat disediakan untuk kanak-kanak yang menghidap kanser peringkat lanjut dan mengancam nyawa," kata Thomas Gad, Pengasas, Presiden dan Ketua Pembangunan Perniagaan dan Strategi, Y-mAbs. "Kami berharap dapat menyediakan produk ubatan cGMP dalam ujian percubaan klinikal yang dirancang menjelang separuh pertama tahun 2017. Kami komited untuk membolehkan produk imunoterapi utama ini tersedia untuk para pesakit yang menghidap penyakit yang mengancam nyawa di seluruh dunia."

Penyelesaian Hujung-ke-Hujung Provantage® daripada Merck ialah himpunan produk dan perkhidmatan yang komprehensif, membolehkan syarikat-syarikat biofarmaseutikal mempercepatkan perkembangan molekul untuk kegunaan klinikal dan dapat dikomersialkan. Pakej siap guna tersebut merangkumi pembangunan proses, pengeluaran cGMP, reka bentuk kemudahan, peralatan untuk kilang pengeluaran rintis, latihan berkaitan proses dan peralatan, perkongsian teknologi, kelayakan peralatan dan penubuhan untuk dikomersialkan.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 buah negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Syarikat ini memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries