omniture

ICBCCS Melancarkan ETF Pertama Menjejaki Indeks S&P China 500

UCITS ETF pertama yang dapat menyediakan akses untuk seluruh kategori saham ekuiti China
- ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited ("ICBCCS"), dengan kerjasama WisdomTree, melancarkan UCITS ETF pertamanya bagi menjejaki Indeks S&P China 500 yang merangkumi semua, yang menawarkan perlindungan luas terhadap semua kategori ekuiti China.
- ETF baharu ini ialah dana fizikal yang memiliki sekuriti sandaran, termasuk saham A dalam pesisir yang tersenarai. Ini merupakan ETF pertama yang disenaraikan oleh Eropah yang menggabungkan pendedahan terhadap semua kategori saham ekuiti China dalam satu UCITS ETF, seraya menawarkan instrumen akses pasaran yang unik dan berkesan kepada pelabur.
- China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia dan negara dengan berat indeks pasaran baru muncul yang tertinggi selain merupakan negara kelapan dengan berat indeks pasaran global tertinggi berdasarkan tanda aras semua negara.
- Indeks S&P China 500 adalah unik dari segi kedua-duanya termasuk 500 syarikat Cina terbesar dan paling cair, selain menggunakan proses pemilihan saham mengikut peraturan bagi menyasarkan berat sektor yang mewakili ekuiti Cina yang amat luas.
ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
2016-08-02 12:12 735

LONDON, 2 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, ICBCCS mengumumkan (dengan kerjasama penaja dana dagangan bursa dan produk dagangan bursa WisdomTree) pelancaran UCITS ETF yang menjejaki Indeks S&P China 500 yang tersenarai dalam Bursa Saham London.

Baru-baru ini, WisdomTree and ICBCCS bersetuju menjalin kerjasama produk global yang membolehkan kedua-dua syarikat bersama-sama melancarkan, memasarkan dan mengedarkan ETF menjejaki Indeks S&P China 500 di seluruh dunia.

Indeks S&P China 500 menggunakan proses berdasarkan peraturan bagi menilai ekonomi dan pasaran ekuiti kedua terbesar di dunia itu. Indeks tersebut menyenaraikan ciri-ciri utama bagi seluruh pasaran ekuiti Cina, termasuk saham A dan saham H, serta senarai antarabangsa lain, menggunakan kebanyakan sekuriti yang besar dan cair. Penggunaan proses pemilihan saham berasaskan sektor seraya membolehkan indeks memperlihatkan peruntukan sektor pada tahap indeks China yang luas. Kaedah ini membolehkan indeks tersebut memperlihatkan dengan lebih jelas tentang perubahan dalam ekonomi Cina dan indeks ekuiti yang lain, yang hanya terhad kepada kategori saham yang disenaraikan,

Laura Lui, Ketua Bahagian Indeks & Pelaburan Kuantitatif di ICBC Credit Suisse Asset Management (International) mengulas:

"Kerjasama produk peringkat global antara ICBCCS dan WisdomTree ini akan menyediakan peluang penting untuk kedua-dua syarikat kami. WisdomTree telah mengukuhkan pengaruhnya dalam dunia ETF dan memiliki rekod prestasi yang hebat sebagai pengeluar ETF. Ini melengkapi pemahaman mendalam ICBCCS terhadap pasaran China, dan kami bersama-sama akan menyediakan penyelesaian baharu kepada pihak pelabur melibatkan instrumen yang pelbagai, telus dan cekap bagi memanfaatkan peluang di China."

Nizam Hamid, Pakar Strategi ETF di WisdomTree Europe berkata:

"Akses pasaran kepada ekuiti Cina telah sekian lama menjadi isu bagi pihak pelabur dan pelancaran UCITS ETF yang merangkumi kesemua kategori saham yang relevan dalam satu produk membawakan faedah yang besar. Ia menyediakan langkah yang menjimatkan kos terhadap proses peruntukan indeks yang luas, di samping menghilangkan beban berkaitan operasi dan pentabiran yang biasanya dikaitkan dengan akses terhadap saham A. Jalinan kerjasama dengan ICBCCS membolehkan pelabur Eropah memperoleh satu produk yang telus dan cair untuk dilaburkan di China."

"S&P Dow Jones Indices berbesar hati kerana melesenkan Indeks S&P China 500 untuk WisdomTree dan ICBC Credit Suisse," kata Alex Matturri, Ketua Pegawai Eksekutif S&P Dow Jones Indices. "Ekuiti Cina kekal sebagai bahagian utama dalam strategi pelaburan jangka panjang dan kami komited untuk menyediakan penanda aras yang bebas serta telus agar dapat memenuhi kehendak pelabur di seluruh dunia."

State Street di Luxembourg dilantik bagi menyediakan perkhidmatan pentadbiran dana dan hak jagaan untuk ETF yang berada di Luxembourg.

Nota untuk Editor 

Latar Belakang ICBC Credit Suisse Asset Management

ICBC Credit Suisse Asset Management Company Limited merupakan satu usaha sama antara Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Credit Suisse. Firma ini merupakan salah satu pengurus aset terbesar di Tanah Besar China dan juga merupakan pakar pelaburan khusus untuk menyediakan penyelesaian pengurusan aset kepada China dan RMB dalam ICBC Group. Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, firma ini berpegang pada falsafah "Penciptaan Nilai melalui Pelaburan Berhemah". Setakat akhir Mac 2016, firma ini menggajikan kira-kira 570 kakitangan dan memiliki RMB960 bilion aset bawah pengurusan, menyediakan perkhidmatan pengurusan dan khidmat nasihat berkualiti terbaik untuk lebih 13 juta pelanggan institusi dan juga runcit.

Latar Belakang WisdomTree Europe Ltd. 

WisdomTree Investments, Inc., menerusi anak-anak syarikatnya di A.S. dan Eropah, termasuk WisdomTree Europe Ltd yang berpangkalan di London, ialah penaja serta pengurus aset bagi dana dagangan bursa ("ETF") dan produk dagangan bursa ("ETP"). WisdomTree menawarkan produk-produk yang merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, mata wang, komoditi dan strategi alternatif. Melalui WisdomTree Europe Ltd, ia menaja UCITS ETF WisdomTree dan MENINGKATKAN ETP ringkas serta memanfaatkannya. Kini, WisdomTree memiliki kira-kira $40.8 bilion (setakat 22 Julai 2016) aset bawah pengurusan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wisdomtree.com.

WisdomTree® ialah nama pemasaran untuk WisdomTree Investments, Inc. dan anak-anak syarikatnya di seluruh dunia.

Maklumat Perhubungan Media ICBCCS
ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co. Ltd.
+852-3975-3675
enquiries@icbccs.com.hk

Source: ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Joint ventures New products/services