RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 2 Ogos 2016/PRNewswire/ --
G2A.COM, pasaran digital yang paling pesat berkembang di dunia, telah memainkan peranan penting dalam Forum Polonii Amerykanskiej (Kongres Poland-Amerika) pertama yang diadakan luar dari Amerika Syarikat.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160731/394393 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160731/394394 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160731/394395 )
Bartosz Skwarczek, CEO dan pengasas bersama G2A.COM, mewakili syarikat sempena Pusat Pameran Kongres di Rzeszow, Poland, pada hari Selasa dan mengagumkan peserta dengan kisah G2A, memperincikan perjalanan syarikat bermula daripada peringkat awal yang serba kekurangan, kini menjadi jenama antarabangsa yang memenangi anugerah, serta menggariskan matlamat, rancangan masa hadapan, peluang untuk terus memajukan G2A selain dasar syarikat untuk sentiasa "membuka pintu" terhadap kerjasama bersama rakan kongsi dan pembangun.
Pembuat keputusan perniagaan AS yang utama mengetahui tentang jenama popular seluruh dunia yang bekerjasama dengan G2A hari ini dan lebih satu juta transaksi dibuat di G2A Marketplace setiap bulan. Terdapat juga minat yang tinggi terhadap kisah syarikat, apabila dalam tempoh lima tahun, syarikat ini telah berubah daripada hanya beberapa orang pekerja dan kini menggajikan lebih 640 orang pakar profesional dari 31 buah negara.
Ini adalah kali pertama Forum Poland-Amerika mengambil bahagian dalam acara ini di Poland. Peserta kongres terdiri daripada Persatuan Pembina Kontraktor Poland-Amerika dan Dewan Perniagaan Poland-Amerika. G2A membentangkan penyelesaian pencetakan 3D G2A 3D+ mereka dan projek Realiti Maya mereka yang dikenali sebagai G2A Land yang menampilkan pengalaman menaiki roller coaster yang menakjubkan, lapangan menembak, panggung wayang dan dunia hidupan laut. Pengalaman ini ditingkatkan lagi melalui pemakaian Kaca Mata Oculus bagi mendapatkan kesan 3D.
Bahagian akhir acara, ialah Panel Perbincangan Terbuka bertajuk: "Cara untuk menjadikan Poland sebagai peneraju dalam revolusi digital ". CEO, Bartosz Skwarczek, menyatakan: "Jika kita mengambil kira tentang masa terdekat ini, terutamanya melalui perspektif pendigitan, kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku dalam tempoh lima atau 10 tahun seterusnya. Ini kerana internet berkembang dengan pesat dan mendadak. Satu-satunya perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan membuka minda kita dan berinteraksi dengan teknologi, menerimanya dan mencubanya."
"G2A melihat potensi yang amat besar dalam Kongres Poland-Amerika, terutamanya berkenaan capaiannya kepada semua individu. Sewaktu kami bermula enam tahun lepas, kami perlu menentukan laluan kami sendiri. Kini, terdapat sumber bantuan dan sokongan yang mengagumkan untuk warga Poland yang mahu memulakan perniagaan peringkat global, sama ada di AS, atau mana-mana negara lain yang mempunyai masyarakat Poland."
Menekankan tentang saiz dan populariti pasaran permainan digital, Konsulat Jeneral Republik Poland di New York - Cik Sabina Klimek menambah: "Permainan video, The Witcher menyumbang sebanyak lima peratus bagi eksport Poland ke AS."
Penglibatan G2A dengan inisiatif Poland-Amerika adalah meluas dan melibatkan golongan belia, dengan kejayaan saintis muda daripada Subcarpathian tempatan, sekolah Poland, Franciszek Leja State School, yang berada dalam senarai sepuluh teratas bagi edisi "BotBall", iaitu program robot pendidikan yang ditaja oleh NASA. Pasukan berbakat daripada Grodzisko Gorne (Poland), yang ditaja dan disokong oleh G2A.COM ini, telah diiktiraf bagi dua kategori: Kejuruteraan Cemerlang dan Kerjasama/Penyegerakan Robot Cemerlang.
Peringkat akhir pertandingan berlangsung di Florida, AS, dan salah satu cabaran terbesar untuk mereka adalah untuk membiayai kos perjalanan ke AS. Oleh itu, G2A mengambil peluang untuk menyokong inisiatif tersebut, seperti yang dinyatakan oleh Bartosz Skwarczek, "Wang tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk mencapai matlamat ".
G2A.COM ialah pasaran permainan digital paling pesat berkembang di dunia dan merupakan syarikat antarabangsa yang pernah memenangi beberapa anugerah, merangkul tujuh anugerah peringkat antarabangsa setakat ini bagi tahun 2016.
http://www.gbeawards.com http://www.stevieawards.com http://f-x-a.co.uk/
Maklumat perhubungan: Jacqueline Purcell, jpurcell@g2a.com
Sumber: G2A.com