omniture

Bangunan Empire State Dan iHeartMedia Meraikan 90 Tahun Muzik Ikonik Daripada Tony Bennett Dengan Pertunjukan Lampu Dan Pameran Seni

Empire State Realty Trust, Inc.
2016-08-03 09:02 570

NEW YORK, 3 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) dan iHeartMedia hari ini mengumumkan kerjasama mereka berhubung satu pesta bagi meraikan Pemenang Anugerah Grammy® sebanyak 19 kali dan sumbangan penting legenda Tony Bennett terhadap industri muzik Amerika sejak 90 tahun lalu pada hari Rabu, 3 Ogos 2016.

Pesta yang diadakan termasuk pertunjukan muzik diiringi lampu Bangunan Empire State yang dinamik, majlis pencahayaan menara Bangunan Empire State kehormat bersama Tony Bennett serta penampilan khas oleh penyanyi/penulis lirik yang pernah meraih Anugerah Grammy®, Lady Gaga, selain paparan tetingkap yang menarik, menampilkan karya seni asal Tony Bennett khusus untuk legasi beliau dalam kawasan Lobi Fifth Avenue Bangunan Empire State bermula pada 3 Ogos hingga 6 September.

Acara-acara Bangunan Empire State itu akan berlangsung bersempena dengan perjumpaan bintang-bintang ternama di Rainbow Room yang terkenal di 30 Rockefeller Plaza. Lady Gaga akan "membuat penampilan drastik" bagi memulakan pertunjukan muzik yang diiringi lampu, khas untuk Bennett.

Direka oleh pereka pencahayaan terkenal dunia, Marc Brickman, pertunjukan lampu ini akan disegerakkan secara langsung dengan gabungan beberapa lagu paling terkenal Tony Bennett menerusi 106.7 LiteFM iHeartMedia pada jam 8:45 malam EST. Aneka lagu ini termasuklah:

  • "Because of You"
  • "Steppin' Out (With My Baby)"
  • "I Left My Heart In San Francisco"
  • "Cheek to Cheek" (menampilkan Lady Gaga)

Ekoran daripada persembahan langsung ini, video rasmi bagi seluruh pertunjukan lampu tersebut boleh ditonton di halaman YouTube Bangunan Empire State dengan mengakses pautan berikut: www.youtube.com/esbnyc.

Acara ini memberikan peluang kepada penduduk tempatan, pelawat dan peminat dari seluruh dunia untuk meraikan kerjaya hebat Tony Bennett apabila Bangunan Empire State menyalakan latar langit Bandar Raya New York bagi memberi penghormatan kepada seorang penghibur Amerika yang paling disayangi.

"Kami sentiasa mencari sebab yang sesuai untuk berkongsi salah satu pertunjukan muzik diiringi lampu kami yang hebat ini dengan Bandar Raya New York serta seluruh dunia," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan CEO, Empire State Realty Trust. "Tony Bennett sememangnya sebab yang selayaknya untuk mengadakan pertunjukan tersebut, dan kami teruja untuk bekerjasama sekali lagi dengan iHeartMedia serta Marc Brickman untuk membantu memeriahkan acara ini menerusi sambutan hebat kami sendiri terhadap sumbangan luar biasa beliau kepada dunia."

"Membesar di Bandar Raya New York, ia merupakan satu kegembiraan apabila Bangunan Empire State meraikan kerjaya muzik saya dan mengadakan persembahan lampu dan muzik yang indah ini, serta berlangsung pada hari yang amat istimewa dalam hidup saya," kata Tony Bennett.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan metropolitan besar New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat itu meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 31 Mac 2016, terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 724,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Latar Belakang iHeartMedia
Dengan 245 juta pendengar setiap bulan di A.S., 87 juta unik digital bulanan, lebih 75 juta pengikut media sosial dan 196 juta pengguna bulanan bagi Total Traffic and Weather Network, iHeartMedia mempunyai capaian terbesar bagi mana-mana outlet radio atau televisyen di Amerika. Ia memberikan perkhidmatan untuk lebih 150 pasaran melalui 858 stesen radio milik sendiri, manakala stesen dan kandungan radio syarikat boleh didengari melalui AM/FM, radio digital HD, radio satelit, menerusi Internet di iHeartRadio.com serta tapak web stesen radio syarikat, pada aplikasi mudah alih iHeartRadio, dalam papan pemuka auto yang dipertingkat, pada tablet dan telefon pintar serta melalui konsol permainan. iHeartRadio, iaitu platform radio digital iHeartMedia merupakan perkhidmatan audio semua dalam satu No. 1 dengan lebih 700 juta muat turun; ia memperoleh 20 juta pengguna berdaftar yang pertamanya lebih pantas berbanding mana-mana perkhidmatan digital dalam sejarah Internet dan memperoleh 70 juta pengguna lebih pantas berbanding mana-mana perkhidmatan radio atau muzik digital lain, malah lebih pantas daripada Facebook. Operasi syarikat terdiri daripada penyiaran radio, dalam talian, mudah alih, digital dan media sosial, konsert dan acara langsung, pensindiketan, perkhidmatan penyelidikan muzik dan perwakilan media bebas. iHeartMedia merupakan sebahagian daripada iHeartMedia, Inc. (OTCBB: IHRT). Lawati iHeartMedia.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat.

Latar Belakang Tony Bennett
Tiada individu lain dalam industri muzik Amerika yang popular ini yang pernah merekodkan kecemerlangan dalam tempoh yang lama dan sehebat Tony Bennett. Pemenang Anugerah Grammy sebanyak 19 kali ini telah menjangkaui banyak generasi, dan merupakan penyumbang besar kepada lagu Amerika berpengaruh pada abad ke-20. Lagu-lagunya yang tersenarai dalam carta teratas termasuklah "Because of You," "Rags to Riches," dan lagu popular beliau, "I Left My Heart in San Francisco." Bakat dan populariti beliau menjangkaui tujuh dekad, dan merupakan antara yang paling lama dalam industri muzik Amerika. Album tahun 2006 dan 2011 beliau iaitu Duets dan Duets II, masing-masing, termasuk persembahan bersama Barbra Streisand, James Taylor, Billy Joel, Elton John, Paul McCartney, Stevie Wonder, Michael Bublé, Bono, Lady Gaga dan mendiang Amy Winehouse. En. Bennett telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Grammy pada tahun 2001 dan menjadi penerima kehormat Kennedy Center pada tahun 2005. Sebagai seorang pelukis yang diraikan, tiga daripada hasil kerja asal beliau ditempatkan dalam koleksi kekal Smithsonian Institution. Dilahirkan di Queens, N.Y., pada tahun 1926, En. Bennett pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera semasa Perang Dunia ke-2 dan berarak bersama Martin Luther King Jr. di Selma semasa pergerakan hak awam. Seorang dermawan yang berdedikasi, beliau telah mengumpulkan jutaan dolar untuk Yayasan Diabetes Juvenil. Pada tahun 1999, beliau dan isteri, Susan Benedetto, mengasaskan Exploring the Arts untuk mengukuhkan peranan seni dalam pendidikan awam. Hari ini, ETA telah bekerjasam dengan 33 sekolah tinggi awam di Bandar Raya New York dan Los Angeles serta menubuhkan Frank Sinatra School of the Arts di kampung halaman Tony, Astoria Queens menerusi jalinan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan NYC. Tony Bennett menyambut ulang tahun kelahiran beliau kali ke-90 pada 3 Ogos 2016.

Kenyataan Jangkaan
Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan". Kenyataan jangkaan boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "mungkin", "bakal", "patut", "ingin", "kira-kira", "berniat", "merancang", "pro forma", " menganggarkan", "mempertimbangkan", "menyasarkan", "terus", "akan" atau "menjangkakan" atau maksud berlawanan bagi semua perkataan dan frasa ini atau perkataan atau frasa yang serupa. Faktor-faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan kejadian masa hadapan berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau dipertimbangkan dalam kenyataan jangkaan itu: faktor-faktor ini terkandung dalam (i) Laporan Tahunan Syarikat dalam Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, termasuk yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko," "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Keputusan Operasi," "Perniagaan," dan "Harta Tanah" dan (ii) laporan berkala masa depan yang difailkan oleh Syarikat di bawah Akta Sekuriti dan Pertukaran 1934, seperti yang dipinda. Walaupun kenyataan jangkaan mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Syarikat, ia tidak menjamin sebarang prestasi masa depan. Syarikat menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara umum mana-mana kenyataan jangkaan bagi mencerminkan perubahan dalam andaian atau faktor-faktor tersirat, atau maklumat, data atau kaedah baharu, kejadian masa depan atau perubahan lain selepas tarikh siaran media ini, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang. Bagi perbincangan lanjut tentang hal ini dan faktor-faktor lain yang boleh memberi kesan kepada keputusan, prestasi, atau urus niaga masa depan Syarikat, lihat seksyen bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan risiko-risiko lain yang dijelaskan dalam dokumen yang difailkan selepas itu oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran. Bakal pelabur tidak seharusnya terlalu bergantung kepada mana-mana kenyataan jangkaan, yang dibuat hanya berdasarkan maklumat sedia ada pada Syarikat (atau kepada pihak ketiga yang membuat kenyataan jangkaan itu). 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT OTC:IHRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Music Real Estate