omniture

Seegene bakal Memperkenalkan Pembangunan Automatik bagi Cerakin PCR Multipleks Masa Sebenar secara in silico

-- Reka bentuk cerakin tersuai khusus yang mengurangkan tempoh dan kos pembangunan dengan ketara
-- Mencari bakal rakan strategik tempatan dalam diagnostik molekul
Seegene
2016-08-03 09:00 744

SEOUL, Korea Selatan, 3 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Seegene, Inc. (096530.KQ), pembangun utama bagi teknologi PCR masa sebenar yang multipleks, mengumumkan ia telah memperkenalkan pembangunan automatik pertama dunia bagi cerakin PCR multipleks masa sebenar secara in silico.

PCR pada masa sebenar ialah kaedah terbaik dalam diagnostik molekul, namun proses pembangunannya adalah rumit disebabkan tempoh pembangunan yang panjang dan kos yang tinggi. Menerusi penyelesaian pembangunan secara in silico, SGsilico, Seegene mampu mempermudah proses pembangunan cerakin PCR masa sebenar dan berhasrat untuk meluaskan penggunaannya dalam diagnostik molekul.

Penyelesaian yang automatik ini dapat memendekkan tempoh pembangunan cerakin dengan ketara, yang biasanya mengambil masa antara 3-12 bulan, menjadi kurang daripada seminggu. Selain itu, kos bagi proses pembangunan dapat dikurangkan serendah satu persepuluh daripada pembangunan biasa. Setelah pelanggan memberikan sasaran pengesanan, pelanggan akan disediakan dengan kit cerakin tersuai khusus yang sedia digunakan dan dikonfigurasikan sepenuhnya termasuk nukleotida oligo, enzim yang dioptimum dan persekitaran PCR masa sebenar yang multipleks. Dengan mengambil kira kesemua faktor yang terlibat untuk membangunkan set oligo paling optimum terhadap sasaran yang diberikan, kadar kegagalan pembangunan adalah amat rendah. Ini membolehkan pelanggan serta merta menggunakan cerakin tersuai khusus daripada Seegene dalam kajian mereka tanpa melibatkan proses pembangunan yang rumit.

Seegene mendigitalkan berteknologi PCR masa sebenar yang proprietari, memudahkan proses cerakin dengan oligonya yang bersifat sejagat, dan kesemua ini dirangkumkan ke dalam penyelesaian pembangunan secara in silico. Ini menghasilkan SGsilico, iaitu pembangunan cerakin PCR masa sebenar yang automatik daripada Seegene.

Seegene menawarkan teknologi proprietari yang terbaik dalam kategorinya, DPO™, TOCE™, and MuDT™, penguatan serentak dan pengesanan yang kuantitatif terhadap beberapa sasaran tanpa menjejaskan kekhususan, kepekaan dan kebolehulangan. Kesemua ini merupakan satu-satunya teknologi PCR masa sebenar yang kini disediakan bagi menjamin maklumat multipleks yang tinggi dan kuantitatif. Seegene menjalankan proses pendigitan terhadap kesemua teknologi ini yang dapat berfungsi dengan baik bersama pelbagai peralatan PCR.

Selain itu, Seegene turut membangunkan sistem oligo berlabel pendarfluor sejagat yang baharu, SGoligo yang boleh digunakan terhadap kesemua sasaran yang berbeza tanpa mengira jenis sasaran dan dijangka dapat membantu mengurangkan kos dengan banyak.

Ini membolehkan Seegene membangunkan rangkaian produk yang lengkap termasuk pembangunan cerakin PCR masa sebenar tunggal kepada multipleks yang tersuai khusus secara in silico. Selain pasaran diagnostik semasa, Seegene merancang untuk memperluas pasaran sasaran secara progresif, yang melibatkan penyelidikan dan pasaran gunaan lain.

Menurut Dr. Jong-Yoon Chun, Pengasas dan CEO Seegene, "Setakat ini, SGsilico merupakan penyelesaian terbaik dari segi kemudahan penggunaan, penjimatan masa dan keberkesanan kos bagi pembangunan cerakin. Penyelesaian ini dapat digunakan dalam bidang penyelidikan seperti penyakit berjangkit, kanser dan penyakit genetik yang lain. Teknologi Seegene juga dapat dimanfaatkan dalam pelbagai bidang diagnosis bukan manusia seperti keselamatan makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan." Dr. Chun menambah, "Ini akan menjadi teknologi standard yang akan menggantikan teknologi PCR masa sebenar yang sedia ada." 

Seegene memiliki beberapa anak syarikat di Amerika Syarikat, Kanada, Itali dan Timur Tengah, serta cawangan di Jerman, dan juga Usaha Sama (JV) di Mexico. Seegene berhasrat untuk menjalin kerjasama strategik bersama bakal rakan kongsi yang mempunyai rangkaian perniagaan tempatan dan seluruh negara.

Maklumat Perhubungan

Untuk maklumat lanjut, layari www.seegene.com atau hubungi Jason Bae (jasonbae@seegene.com, Tel: 82-2-2240-4081)

Source: Seegene
Related Stocks:
Korea:096530
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services