omniture

Cloud4C (Sebuah Syarikat Kumpulan CtrlS) Mengumumkan Kerjasama Premium Global Dengan SAP untuk Awan Perusahaan SAP HANA(R) (HEC)

Cloud4C
2016-08-05 17:30 649

SINGAPURA, 5 Ogos 2016 /PRNewswire/ --

Cloud4C - penyedia perkhidmatan awan awam Tahap-4 dan terurus yang pertama di dunia, mengumumkan kerjasama pembekal bertaraf premium di peringkat global bersama SAP bagi menyediakan perkhidmatan infrastruktur untuk Awan Perusahaan SAP HANA®. Awan Perusahaan SAP HANA ialah perkhidmatan awan peribadi dan selamat yang diuruskan sepenuhnya oleh SAP dengan sokongan rakan global. Kini, ia ditawarkan untuk syarikat-syarikat yang menjalankan aplikasi bermisi kritikal dalam perkhidmatan awan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160804/395631LOGO)

SAP bercadang untuk memanfaatkan Cloud4C - infrastruktur IT dan perkhidmatan terurus yang bertaraf premium untuk meluaskan ketersediaan perkhidmatan Awan Perusahaan SAP HANA ke seluruh rantau Asia Pasifik dan seterusnya ke pasaran global. Sebagai permulaan, kerjasama tersebut akan melibatkan dua fasa – ia akan dimulakan di India, Thailand, dan kemudiannya akan diperluas ke Asia Tenggara, diikuti dengan Australia serta New Zealand. Objektif utama kerjasama ini adalah untuk mempertingkatkan ketersediaan perkhidmatan Awan Perusahaan SAP HANA ke seluruh rantau berkenaan.

Menerusi perjanjian ini, Cloud4C menjadi salah satu daripada rakan global yang terpilih untuk menyediakan infrastruktur awan buat Awan Perusahaan SAP HANA.

Cloud4C menawarkan ciri-ciri yang beraneka dan berlainan seperti pembekalan secara automatik sepenuhnya dengan tahap keselamatan, pemantauan, ketersediaan yang tinggi, pemulihan bencana, sandaran, keberterusan melalui beberapa lokasi, keanjalan/penskalaan automatik, portal pembekalan kendiri dengan seni bina 4-salinan kalis-gagal. Seni bina 4-salinan Cloud4C menjamin keberterusan, pematuhan, kawalan, dan penyesuaian bagi memberikan keupayaan untuk menyediakan persekitaran yang matang bagi mengurus persekitaran bermisi kritikal.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan SAP," kata Sridhar Pinnapureddy, Pengasas dan CEO, Cloud4C. "Kami percaya kerjasama ini adalah amat sesuai untuk pelanggan yang sedang mencari penyelesaian yang komprehensif, kukuh dan selamat untuk mengguna pakai SAP HANA.  Sebagai peneraju utama dunia dalam segmen perisian perusahaan, SAP sememangnya rakan yang tepat untuk membantu mengubah cara perniagaan mengguna pakai SAP HEC dan memanfaatkan potensinya untuk perniagaan mereka."

Menurut Peter Harkin, Ketua SAP bagi Awan Perusahaan HANA dan Jualan Perkhidmatan Terurus untuk Asia Pasifik dan Jepun, "Keupayaan SAP HANA, digandingkan dengan kebolehan untuk menjalankan aplikasi perniagaan bermisi kritikal dalam persekitaran awan, membolehkan pelanggan kami di seluruh rantau ini bertransformasi secara digital dan beroperasi dalam masa nyata. Kerjasama kami dengan Cloud4C bermula hampir 3 tahun lalu di India. Sejak itu, kami berganding bahu untuk menyediakan Perkhidmatan Awan Perusahaan HANA kepada 13 pelanggan – 11 daripadanya menggunakan secara produktif sehingga ke hari ini. Promosi Cloud4C kepada status Rakan Premium HEC adalah bagi mengiktiraf segala usaha yang telah kami lakukan bersama-sama untuk membantu mengusahakan transformasi secara digital dalam kalangan pelanggan SAP."

Latar Belakang Cloud4C

Cloud4C ialah perkhidmatan awan awam Tahap 4 yang pertama di dunia yang memiliki 4 salinan dan fungsi Pemulihan Bencana (DR) terbina dalam. Ia dibangunkan secara khusus dengan tujuan untuk memenuhi keperluan perusahaan bersaiz besar dan juga syarikat baharu. Ia menyediakan tawaran awan 'Hasilkan di India' yang bersaing bagi menjadi penyedia perkhidmatan terbaik di seluruh dunia. Syarikat ini telah melebarkan sayapnya ke peringkat global di India, Timur Tengah, Asia Tenggara dan juga AS.

Tawaran Cloud4C terdiri daripada perkhidmatan awan (peribadi, hibrid, awam), perkhidmatan terurus, infrastruktur sebagai sebuah Perkhidmatan, DR sebagai sebuah Perkhidmatan, pengehosan CDN, RIM, dan SAP HANA, Pusat Operasi Keselamatan serta Penyumberan Luar Infrastruktur secara Menyeluruh.

https://www.cloud4c.com/

Maklumat Perhubungan Media
B S Rao
Naib Presiden
bsrao@cloud4c.com
+91-4042030700

Sumber: Cloud4C

Source: Cloud4C
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Contracts