omniture

Pemegang Rekod Olimpik Paling Lama Cabar Pecahkan Rekod Lompat Jauh Untuk Menerima Ganjaran…Bir

AB-InBev
2016-08-08 08:00 4371

Atlet Lompat Jauh, Bob Beamon, Cabar Atlet Atasi "Lompatan Sempurna" Beliau dengan Ganjaran Bir, Pilihan Utama Juara

NEW YORK, 8 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Pemegang salah satu rekod olahraga paling lama di dunia, Bob Beamon, mencabar kesemua atlet lompat jauh untuk memecahkan rekod beliau bulan ini. Beliau akan terus menunggu… dan sekiranya rekod tersebut berjaya diatasi, Bob akan menghadiahkan bir yang bertenaga dan menyegarkan: minuman paling sempurna untuk meraikan kejayaan hebat yang dicapai dalam hidup, selain merupakan sebahagian daripada gaya hidup yang sihat serta seimbang, jika diambil secara sederhana. Hadiah taruhan itu juga adalah amat bertepatan memandangkan tanggal 5 Ogos 2016 merupakan hari upacara pembukaan Sukan Olimpik, yang kebetulan jatuh pada Hari Bir Antarabangsa. 

Video - https://youtu.be/ajO_n47KZX0

Mengapa hadiahkan bir kepada atlet yang memecahkan rekod tersebut? Bir dan sukan memiliki perkaitan yang lebih kuat daripada apa yang diketahui. Bukan sahaja ia penting untuk meraikan kemenangan di seluruh dunia, bahkan minuman tersebut boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup yang seimbang jika diambil dalam kuantiti sederhana. Diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi, bir adalah hasil proses penapaian semula jadi dan merupakan sebahagian daripada tabiat Pemakanan Mediterranean, salah satu pemakanan paling sihat di dunia.

"Selepas menjalani sesi latihan yang intensif, saya tidak sabar-sabar untuk menikmati bir sebagai ganjarannya," kata Beamon. "Bir yang dinikmati bersama rakan-rakan sentiasa menjadi salah satu keseronokan sebenar dalam kehidupan."

Hampir 50 tahun lalu, Bob Beamon memecahkan rekod lompat jauh, dengan catatan 8.9 meter pada tahun 1968. "Lompatan Sempurna" ("The Perfect Jump"), seperti yang disebut-sebutkan itu, mendapat pujian daripada komuniti sukan dan dipilih sebagai salah satu daripada lima detik sukan paling hebat pada abad ke-20. Pada ketika itu, tiada alat optik yang sesuai untuk mengukur lompatan pada jarak yang dibuat, dan ini menyebabkan para pegawai terpaksa mengukur lompatan tersebut secara manual.

Sejak itu, para atlet cuba memecahkan rekod beliau setiap empat tahun sekali, namun tiada seorang pun yang berjaya. Kini, Beamon yang semakin bosan dengan gelaran pemegang rekod itu mengemukakan satu cabaran menerusi video, menggalakkan para atlet lompat jauh untuk memecahkan rekod beliau dan mendapatkan ganjarannya: bir yang dinikmati bersama atlet hebat sepanjang hayat.

Beamon turut mendekati rakan-rakan atlet bagi mencari juara yang dapat mengatasi catatan rekod beliau agar beliau akhirnya dapat berehat daripada dunia sukan. Pemenang akan turut serta bersama sejumlah besar barisan atlet dan warga penduduk yang turut meraikan kejayaan hebat masing-masing dengan bersantai bersama bir, selain kejayaan mengatasi rekod "Lompatan Sempurna" itu. Untuk menonton video bersama Bob, klik di sini.

Latar Belakang Kempen "We Love Beer"
Kempen "We Love Beer" ("Kami Gemar Bir") merupakan satu usaha tanpa jenama untuk menyebarkan kisah dan rasa ingin tahu terhadap bir, selain menyatukan orang ramai dan menggalakkan gaya hidup yang seimbang. Disokong oleh AB-InBev, inisiatif ini bertujuan untuk menunjukkan sejauh mana bir dapat menjadi sebahagian daripada gaya hidup yang seimbang. Kempen "We Love Beer" ini turut mengingatkan orang ramai bahawa bir adalah minuman untuk golongan dewasa, dan perlu dinikmati serta diminum secara berhemah.

 

 

Source: AB-InBev
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Retail Sports