omniture

Rakan Sekutu Mozido, PayEase jalin kerjasama dengan KG Inicis Korea Selatan bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian di China dan Korea Selatan

Mozido
2016-08-08 18:00 588

AUSTIN, Texas, Aug. 8, 2016 /PRNewswire/ -- Rakan Sekutu Mozido, PayEase, gerbang pembayaran terkemuka di China, mengumumkan jalinan kerjasamanya dengan KG Inicis, penyedia pembayaran yang terkemuka di Korea Selatan, bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran elektronik untuk perniagaan serta pengguna yang berada di sekitar China dan juga Korea Selatan.

"Kerjasama strategik bersama KG Inicis ini dapat menyediakan perkhidmatan pembayaran yang lebih mudah dan selamat untuk kebanyakan perniagaan serta pengguna yang berada di dalam China dan juga Korea Selatan," kata Michael Liberty, Pengasas dan Pengerusi Inisiatif Global Strategik di Mozido. "PayEase berbesar hati dapat bekerjasama dengan KG Inicis bagi menembusi pasaran asing, memperluas perkhidmatan pembayaran dalam talian dan luar talian, selain menyediakan lebih banyak pilihan dan juga perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan yang berada di China dan juga Korea Selatan."

Seorang wakil KG Inicis berkata, "Jalinan kerjasama dengan PayEase ialah satu pencapaian penting untuk KG Inicis. KG Inicis dapat membantu PayEase mengembangkan bahagian pasaran di Korea Selatan, manakala PayEase akan dapat membantu KG Inicis memperoleh lebih banyak bahagian pasaran di China. Seterusnya, rangkaian penempatan perkhidmatan pembayaran e-dagang yang luas serta rentas sempadan dapat dihasilkan menerusi kerjasama penting ini."

Kerjasama ini juga membolehkan PayEase membantu peniaga antarabangsa menembusi pasaran Korea Selatan manakala KG Inicis pula dapat menyediakan perkhidmatan pembayaran yang mudah buat pengguna di China. Sinergi yang terhasil ini dapat menyediakan penyelesaian pembayaran yang pantas dan selamat, di samping dapat membantu syarikat-syarikat menembusi pasaran Korea Selatan, menyelesaikan masalah berkaitan penjelasan dan pelunasan rentas sempadan, selain mewujudkan sistem yang lebih mudah buat pengguna Korea Selatan.

Latar Belakang PayEase 

Beribu pejabat di Beijing, PayEase, Rakan Sekutu Mozido, kini memberi tumpuan terhadap platform perkhidmatan pembayaran yang merangkumi telefon bimbit, dalam talian, pusat panggilan, serta terminal Titik Jualan (POS). Platform pembayaran yang komprehensif ini menjalin hubungan langsung dengan 23 buah bank di China dan merupakan salah satu ahli China Union Pay. PayEase dapat memproses kesemua kad debit dan kredit termasuk China Union Pay selain 4 kad kredit antarabangsa yang diterima di seluruh dunia: kad MasterCard, VISA, American Express dan JCB. Pelanggan utama PayEase terdiri daripada Kerajaan Beijing, Bank, Universiti dan syarikat-syarikat Fortune 500 seperti Apple, Amazon, Nike, Korean Air, HP, Burberry, D&G, Bally, Armani, TravelZoo, peerTransfer, Loro Piana, Nespresso, H&M, Yoox, China Telecom, China Mobile, serta China Unicom dsb. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di http://www.beijing.com.cn dan http://www.payeasenet.com.

Latar Belakang KG Inicis
KG Inicis, ditubuhkan pada tahun 1998, merupakan penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian pertama di Korea, yang menyediakan fungsi perakaunan untuk 33 buah bank dan 3 kad kredit antarabangsa, bersama lebih 100,000 institusi perusahaan bersaiz sederhana, agensi kerajaan, dan kumpulan komuniti yang turut terangkum dalam kumpulan pelanggan kami yang luas. Pada tahun 2002, syarikat ini berjaya tersenarai dalam Pasaran Saham Korea (KOSDAQ 035600), dan memperoleh lebih 45% daripada bahagian pasaran. Syarikat ini turut berjaya menerima pensijilan keselamatan PCI DSS. Pada tahun 2010, syarikat meraih "Anugerah Syarikat Dipercayai Korea" dan "Anugerah Kredibiliti Korea" manakala pada November 2012, syarikat berjaya menerima penghormatan tertinggi bagi industri Korea iaitu "Anugerah Presiden Chosun Ilbo."

Latar Belakang Mozido
Mozido menyediakan penyelesaian pembayaran dan perdagangan digital yang dipercayai ke seluruh dunia menerusi penyelesaian berasaskan awan yang menjimatkan yang dijenamakan untuk pelanggan. Dengan ciri saling kendali yang amat tinggi, penyelesaian Mozido dapat berfungsi dengan hampir mana-mana penyedia perkhidmatan tanpa wayar dan peranti mudah alih, selain mudah disepadukan dengan iklan, tawaran dan produk lain yang disediakan oleh pihak ketiga. Pengaruh Mozido di seluruh dunia dan tawaran global yang disediakan melibatkan operasi-operasi di AS, China, India, Afrika, Timur Tengah, Sri Lanka, Eropah dan juga Amerika Latin yang membantu orang ramai mengurus wang, pembayaran dan perkhidmatan lain menggunakan telefon bimbit mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di mozido.com. Ikuti kami melalui Twitter: @Mozido

HUBUNGI: Van Leigh, 1-512-518-2200, van.leigh@mozido.com

Source: Mozido
Related Stocks:
Korea:035600
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Telecommunications Contracts New products/services