omniture

EyeLock Melancarkan Satu-satunya Teknologi Pengecaman Iris yang Berfungsi dari jarak 60 cm, menggunakan Kaca Mata, Kanta Lekap dan Cahaya Siang

EyeLock LLC
2016-08-08 23:01 616

Kejayaan teknologi memberi peluang untuk digunakan secara meluas pada peranti mudah alih, automotif dan peranti pinggir rangkaian.

NEW YORK, 8 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- EyeLock LLC, peneraju pasaran bagi penyelesaian pengesahan identiti berdasarkan iris, hari ni mengumumkan teknologi baharu yang dapat mengesahkan identiti pada jarak 60 cm, menggunakan kaca mata, kanta lekap dan cahaya siang. Teknologi ini dibina untuk digunakan pada telefon pintar dan peranti mudah alih, serta penggunaan automotif, penjagaan kesihatan dan pinggir rangkaian lain. Teknologi EyeLock memperlihatkan pencapaian penting dalam perisian, sekuriti, algoritma dan optik yang proprietari, dan memberikan keupayaan yang paling selamat, andal dan mesra pengguna yang tersedia dalam pasaran masa kini – mengatasi penyelesaian pengecaman iris yang disediakan oleh Samsung, Fujitsu dan Microsoft Lumia.

Menerusi perkembangan pesat kaedah biometrik pada peranti IoT, teknologi baharu EyeLock ini menekankan peningkatan permintaan terhadap protokol keselamatan yang dipertingkat untuk peranti dan penggunaan use case yang terus menggalakkan kemajuan dunia masa kini. Teknologi ini memberi manfaat kepada pemegang lesen OEM dan pasaran secara umumnya, termasuk perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, automotif, syarikat perusahaan dan sektor kerajaan, dengan memberikan penyelesaian yang dapat mengurangkan ancaman keselamatan di samping menyediakan pengguna dengan cara yang lebih mudah untuk berurus niaga.

"Teknologi baharu EyeLock merupakan pencapaian saintifik yang terkini bagi pengecaman iris dan akan dimanfaatkan sebagai utiliti untuk peranti pinggir rangkaian," ulas Jim Demitrieus, Ketua Pegawai Eksekutif EyeLock. "Teknologi baharu kami kini mengatasi semua penyelesaian pengecaman iris yang lain dan mampu menyelesaikan isu kebolehgunaan serta halangan keselamatan yang selama ini menjadi penghalang untuk digunakan dalam pasaran secara meluas. EyeLock menawarkan satu-satunya teknologi pengecaman iris masa kini yang dapat berfungsi pada jarak 60 cm, menggunakan kaca mata, kanta lekap dan cahaya siang, semuanya tanpa menjejaskan keselamatan atau kemudahan penggunaannya," kata beliau.

EyeLock merupakan satu-satunya syarikat biometrik di dunia yang memiliki dan mengawal seluruh perisian dan tindanan algoritma, menyediakan pengesahan dua mata, seni bina keselamatan dan teknologi antiperdayaan yang tiada tandingan.

Latar Belakang EyeLock

EyeLock LLC, sebuah anak syarikat milik majoriti Voxx International Corporation (VOXX: NASDAQ), merupakan peneraju yang diperakui dalam pengesahan iris yang canggih untuk Internet Semua Benda (IoT), memberikan keselamatan tahap tertinggi menerusi teknologi EyeLock ID™. Pengesahan melalui iris adalah amat selamat kerana tiada dua iris yang serupa dan iris adalah pengecam manusia yang paling tepat, selain DNA. Portfolio IP penting syarikat, termasuk lebih 75 paten dan paten yang sedang diproses, selain teknologi proprietari membolehkan pengesahan individu dibuat dengan mudah dan selamat pada persekitaran fizikal serta logikal. Penyelesaian EyeLock telah disepadukan dan dibenamkan pada produk dan platform pengguna serta perusahaan, tanpa memerlukan PIN dan juga kata laluan. Syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 mengiktiraf tahap keselamatan yang disediakan oleh EyeLock disebabkan oleh kadar penerimaan palsunya yang amat rendah, penggunaan yang mudah serta faktor kebolehskalaan. Sebagai salah satu penaja FIDO (Fast IDentity Online) Alliance, sebuah organisasi bukan untung khus untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan lebih terjamin untuk pengguna, EyeLock komited untuk memajukan tahap privasi digital serta keselamatan untuk generasi akan datang.

Maklumat Perhubungan Media EyeLock:

Anthony Antolino
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan
P: +1-914-619-5548
E: sales@eyelock.com

Source: EyeLock LLC
Related Stocks:
NASDAQ:VOXX
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital High Tech Security New products/services