Pelabur dari seluruh Asia bantu peneraju penyiaran realiti maya secara langsung memperoleh sumber berterusan daripada hiburan bertaraf dunia untuk khalayak global yang semakin bertambah
LAGUNA BEACH, California, 9 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- NextVR, peneraju bagi teknologi penyiaran realiti maya secara langsung, mengumumkan pencapaian pembiayaan pentingnya, yang berjaya mengumpul $80 juta menerusi pusingan Siri B bagi membantu syarikat melebarkan sayapnya ke peringkat dunia. Kebanyakan dana yang dikumpul daripada pusingan Siri B diperoleh daripada pelabur berprofil tinggi dari seluruh Asia menerusi pasaran hiburan, kandungan dan teknologi, selain pelabur-pelabur A.S. baharu termasuk kesemua pelabur A.S. yang terlibat dalam pusingan Siri A.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160808/396602
Pelaburan Siri B itu membolehkan NextVR mempercepatkan pembangunan platform realiti mayanya dan juga operasi antarabangsa bagi menyediakan lebih banyak hiburan secara langsung, bermula dengan konsert, sukan bertaraf dunia dan juga persembahan lain untuk para pengguna menerusi pihak berprofil tinggi, teknologi global, hiburan dan juga rakan pelabur yang terus bertambah.
"Melalui dana baharu ini, kami akan terus berusaha membangunkan platform realiti maya NextVR agar dapat memenuhi keperluan kumpulan peminat terbesar di dunia bagi sukan secara langsung dan juga bahan muzik," kata Brad Allen, Pengerusi Eksekutif NextVR. "Hasil sokongan penggiat industri terbesar di Asia dapat memberikan kami sumber penting untuk menghasilkan dan mengedarkan kandungan tempatan dan antarabangsa di China, Korea dan juga Jepun."
Rancangan NextVR terhadap kandungan yang eksklusif dan pengalaman realiti maya meningkat dengan ketara pada tahun 2016. Baru-baru ini, NextVR mengumumkan jalinan kerjasamanya dengan Live Nation, peneraju global bagi hiburan secara langsung, bagi menghidangkan beratus-ratus persembahan kategori 'A' secara realiti maya kepada para peminat di seluruh dunia. Ketika NextVR terus menyiarkan program sukan utama secara langsung dalam realiti maya, termasuk acara-acara terdahulu seperti Perlawanan Terbuka A.S. dan Kejohanan Masters, Kentucky Derby, DAYTONA 500, International Champions Cup (ICC) dan banyak lagi, dana baharu itu akan menyediakan rentak yang berterusan terhadap siaran realiti maya secara langsung dan mengikut permintaan.
Para pelabur yang terlibat dalam pusingan Siri B termasuk:
"Kami yakin dengan masa depan pengalaman VR secara langsung dan NextVR membuktikan ia sebuah syarikat yang akan menunaikan impian tersebut. Kami melabur dalam NextVR kerana kami percaya platform syarikat bertaraf global untuk VR secara langsung ini akan menambat hati dan minda para pengguna di mana-mana jua," kata Sun Lu, presiden CITIC Guoan.
Kesemua pelabur daripada pusingan Siri A yang mengumpul sebanyak $30.5 juta, seperti yang diumumkan pada November 2015, turut serta dalam pusingan Siri B. Para pelabur ini terdiri daripada Formation Group, Time Warner Investments, Comcast Ventures, Stephen Ross daripada RSE Ventures, CEO Mandalay Entertainment Peter Guber, The Madison Square Garden Co., serta dick clark productions.
"NextVR terus merevolusikan sejauh mana kandungan realiti maya akan dicipta dan disediakan," kata Scott Levine, Pengarah Urusan Time Warner Investments dan lembaga pemerhati NextVR. "Pengguna teruja dengan teknologi tersebut dan platform NextVR semestinya merupakan peneraju bagi segmen yang baru muncul ini."
Latar Belakang NextVR: NextVR membolehkan transmisi bagi kandungan realiti maya secara langsung dan dalam tempoh masa yang panjang dengan kualiti siaran – menerajui usaha VR secara langsung mengikut permintaan bagi menjadi pengalaman arus perdana untuk acara sukan, konsert, tayangan filem dan banyak lagi. Dilancarkan pada tahun 2009, NextVR memperoleh lebih 36 paten atau paten yang masih menunggu kelulusan terhadap rakaman, mampatan, transmisi dan paparan kandungan realiti maya. Platform NextVR membolehkan kandungan yang imersif sepenuhnya disiarkan dengan kualiti paling sempurna menerusi sambungan Internet di rumah dan secara mudah alih masa kini. NextVR diasaskan oleh para veteran dalam teknologi pengimejan stereoskopik, pembangunan perisian dan pembuat filem yang merangkul anugerah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nextvr.com.
Maklumat Perhubungan Media
Karena Bibbins, untuk NextVR
Burson-Marsteller
+1 (310) 309-6663
Karena.bibbins@bm.com