omniture

Iberia Memilih Aplikasi ARMS(R) V2 untuk Pengurusan Operasi dan Anak Kapal

Sheorey Digital Systems Pvt. Ltd.
2016-08-10 13:18 772

MUMBAI, 10 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

Sheorey Digital Systems (SDS) Berbesar Hati Mengumumkan Jalinan Kerjasama Dengan Syarikat Penerbangan Sepanyol Utama, Iberia untuk ERP Penerbangannya - ARMS® V2

Iberia, salah satu anggota International Airlines Group (IAG), memutuskan untuk memilih Perisian Pengurusan Operasi dan Anak Kapal ARMS® V2 (Aviation Resource Management System) dengan tujuan untuk menggantikan aplikasi perisian legasinya dengan rangkaian aplikasi canggih yang bersepadu sepenuhnya, yang dapat mengurangkan kira-kira sepuluh aplikasi utama yang digunakan masa kini, kepada hanya dua aplikasi teras.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160809/396653 )
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160809/396652LOGO )

ARMS® V2 - Subsistem Operasi Penerbangan (FOSS) dan Subsistem Pengurusan Anak Kapal (CMSS), berserta tiga Pengoptimum canggih yang dipilih, akan dipasang bagi tujuan memenuhi keperluan Iberia dalam mengatur platform bersepadu, selain manfaat yang disediakan menerusi pemasangan sistem ini dalam pangkalan data yang seragam.  

Mengulas tentang hasilnya, Pengarah Urusan dan CEO SDS, Vivek (Vicky) Sheorey berkata, "Kami berasa amat teruja apabila syarikat penerbangan Eropah yang terunggul seperti Iberia memilih ARMS®. Setelah melalui proses penilaian yang amat teliti, kami amat berbesar hati dengan keyakinan yang diberikan oleh Iberia terhadap keupayaan sistem ini. Memandangkan Iberia berjaya melangkah setapak lagi menerusi 'Plan de Futuro' (Rancangan untuk Masa Depan), kami amat yakin sistem bersepadu seperti ARMS®, menerusi premis asas bagi tujuan menyediakan kecekapan untuk seluruh organisasi tersebut dengan mengurus sebarang masalah dengan lebih baik, akan menyediakan dorongan yang penting terhadap rancangan ini."

Terus berkembang dan dinaik taraf, ARMS® V2 telah pun diiktiraf oleh lebih 50 pelanggan di serata dunia atas keupayaannya yang inovatif dan sebagai satu-satunya ERP Penerbangan yang bersepadu sepenuhnya yang disediakan dalam pasaran masa kini, selain dapat menyepadukan dengan lancar kesemua fungsi dan aspek operasi syarikat penerbangan/pengendali udara menerusi pangkalan data yang seragam.

Latar Belakang SDS:  

Sheorey Digital Systems (SDS) merupakan sebuah syarikat Teknologi Maklumat yang menerima pensijilan ISO 9001:2008 & 27001:2005 dan ditubuhkan di India yang mengkhusus dalam domain Pengurusan Penerbangan dan Maklumat. SDS berusaha menyediakan penyelesaian perisian yang amat berkesan dan menjimatkan kos untuk industri pengangkutan udara.

SDS telah mempelopori pembangunan penyelesaian perisian kelas perusahaan yang amat bersepadu, fleksibel dan boleh diskala, eksklusif untuk industri pengangkutan udara iaitu ARMS® (Aviation Resource Management System). Menawarkan rangkaian yang digabungkan secara lancar atau aplikasi mandiri yang modular, ARMS® dapat membantu syarikat-syarikat penerbangan dan pengendali udara di seluruh dunia mengatasi sebarang isu yang tidak pasti dan amat tidak menentu dengan jayanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan perniagaan /media:
Prashant Kavi
Naib Presiden - Pembangunan Perniagaan
Tel: +91-8025036000
prashant.kavi@sds.co.in

Sumber: Sheorey Digital Systems Pvt. Ltd.

Source: Sheorey Digital Systems Pvt. Ltd.
Keywords: Airlines/Aviation Internet Technology Transportation