omniture

Air China Menambah Perkhidmatan Beijing-Moscow kepada Setiap Hari

Air China
2013-03-07 15:57 205

BEIJING, 7 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Air China akan menambahkan perkhidmatan CA909/10 Beijing-Moscow daripada dua penerbangan seminggu kepada penerbangan setiap hari bermula 31 Mac. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 13:45 waktu tempatan, sementara penerbangan pulang berlepas dari Moscow pada 19:45 waktu tempatan. Masa keseluruhan penerbangan ialah 11 jam dan 30 minit. Penerbangan itu akan dikendalikan menggunakan pesawat B777-200 yang baru diubahsuai.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Pesawat B777-200 mempunyai susunan dua kelas. Kabinnya memberikan satu perasaan kewujudan ruang yang luas, mengalakkan perjalanan udara yang menenangkan dan bebas tekanan. Kelas Bisnes menawarkan tempat duduk boleh dibaringkan dengan alas kaki, alas kepala dan sokongan belakang yang boleh laras. Mod praset membolehkan kerusi dilaraskan kepada sebarang sudut yang selesa. Kelas Bisnes juga menawarkan sistem hiburan peribadi dengan fon telinga penghapus bunyi bising, membolehkan penumpang menonton filem Hollywood, mendengar muzik dan bermain permainan. Sumber kuasa peribadi terdapat pada setiap kelas perkhidmatan dan amat berguna apabila penumpang ingin bekerja.

Mengenai Air China

Air China merupakan satu-satunya pengendali penerbangan kebangsaan China dan merupakan ahli Star Alliance. Selain operasi komersil, ia juga menyediakan khidmat penerbangan khas kepada pemimpin negara itu untuk lawatan rasmi ke negara lain.

Dengan rangkaian 432 pesawat Airbus dan Boeing, termasuk yang dikendalikan oleh syarikat di mana kami mempunyai hak pemilikan majoriti, kami mengendalikan lebih 280 laluan di 30 negara dan rantau. Hasil penyertaan kami ke dalam Star Alliance, rangkaian perjalanan kami dapat menempatkan 1356 destinasi di 193 negara dalam jangkauan perkhidmatan kami. PhoenixMiles, program kesetiaan pelanggan kami, kini mempunyai lebih 25 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami http://www.airchina.com/.

Source: Air China
Keywords: