omniture

Syarikat Pembayaran Perdagangan Mudah Alih Mozido Mengumumkan Penggunaan HCE dan Perkhidmatan Token untuk 14 Bank dalam Konsortium TWMP

Mozido
2016-08-12 15:11 521

AUSTIN, Texas, 12 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Mozido, pembekal global bagi penyelesaian perdagangan dan pembayaran digital yang dipercayai, hari ini mengumumkan 14 buah bank dalam konsortium Taiwan Mobile Payment Co (TWMP) telah mengguna pakai teknologi HCEnya yang serba baharu. Baki 12 buah bank lagi akan menggunakannya menjelang akhir tahun ini.

Penyelesaian HCE oleh Mozido menyediakan fungsi dompet mudah alih untuk TWMP yang dapat menyokong pengguna menggunakan telefon NFC berasaskan awan HCE. TWMP merupakan salah satu yang melaksanakan HCE yang sigifikan dan pertama di dunia, serta merupakan pelanggan pertama yang akan menembusi pasaran dengan HCE Mozido.

"Kami amat menghargai segala sokongan yang diberikan oleh Mozido dan mengharapkan kejayaan hebat menerusi pelancaran komersial ini," kata Wei-Jong Pan, Presiden Taiwan Mobile Payment Co. "Kelebihan yang diperlihatkan oleh Mozido menerusi platform dompet mudah alihnya, berserta keupayaannya menggabungkan teknologi pembayaran ke dalam aplikasi sedia ada, menjadikannya rakan kongsi terbaik buat kami dalam usaha kami menyediakan perkhidmatan pembayaran mudah alih yang lebih pantas serta lebih mudah kepada pengguna."

Menerusi gabungan 26 buah bank di Taiwan, TWMP ditubuhkan bagi mengusahakan inisiatif pembayaran mudah alih seluruh negara memandangkan Taiwan merancang untuk membantu masyarakat beralih menjadi masyarakat tanpa tunai. Mozido menyediakan TWMP dengan platform dompet mudah alih yang memberikan keupayaan NFC berasaskan awan HCE dalam satu penyelesaian yang lengkap. Mozido turut menyediakan perkhidmatan token dan nyahtoken bagi menjamin transaksi pembayaran mudah alih yang pantas dan juga selamat untuk pelanggan yang menggunakan aplikasi mudah alih yang disokong oleh TWMP.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan TWMP untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif ini kepada pengguna di Taiwan," kata Scott Moore, Pengurus Besar Mozido, Asia Pasifik. "Penggunaan penyelesaian Mozido yang canggih dan bercirikan semua dalam satu demi menyediakan fungsi dompet mudah alih HCE yang lengkap, menjamin kefleksibelan dan kemudahan kepada pengguna bank TWMP."

Latar Belakang Mozido
Mozido menyediakan penyelesaian pembayaran dan perdagangan digital yang dipercayai ke seluruh dunia menerusi penyelesaian berasaskan awan yang menjimatkan kos yang dijenamakan untuk pelanggan. Dengan ciri saling kendali yang amat tinggi, penyelesaian Mozido dapat berfungsi dengan hampir mana-mana penyedia perkhidmatan tanpa wayar dan peranti mudah alih, selain mudah disepadukan dengan iklan, tawaran dan produk lain yang disediakan oleh pihak ketiga. Pengaruh Mozido di seluruh dunia dan tawaran global yang disediakan melibatkan operasi-operasi di AS, China, India, Afrika, Sri Lanka, Timur Tengah, Eropah dan juga Amerika Latin yang membantu orang ramai mengurus wang, pembayaran dan perkhidmatan lain menggunakan telefon bimbit mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di mozido.com. Ikuti kami melalui Twitter: @Mozido. 

Maklumat Perhubungan Media:
Van Leigh
Naib Presiden Kanan Bahagian Pemasaran
Mozido
+1-512-518-2200

Source: Mozido
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services