omniture

Rohde & Schwarz Dianugerahkan Kontrak Pengimbas Keselamatan Utama oleh Kementerian Persekutuan Dalam Negeri Jerman

Rohde & Schwarz
2016-08-12 23:15 599

MUNICH, 12 Ogos 2016 /PRNewswire/ --

Pada Julai 2016, Pejabat Pemerolehan Kementerian Persekutuan Dalam Negeri Jerman menandatangani satu perjanjian rangka kerja dengan Rohde & Schwarz bagi mendapatkan 300 unit pengimbas keselamatan R&S QPS200. Peralatan baharu ini kini boleh digunakan di mana-mana lokasi pemeriksaan keselamatan yang dijalankan oleh Pasukan Polis Persekutuan Jerman.

Perjanjian rangka kerja selama tiga tahun itu meliputi 300 sistem serta aksesori dan juga perkhidmatan. Memandangkan pengimbas keselamatan yang dipilih untuk tujuan pemeriksaan keselamatan itu adalah berdasarkan teknologi gelombang dalam kategori milimeter, Polis Persekutuan Jerman akan menggunakan peralatan itu untuk mengimbas penumpang di lapangan terbang sekitar Jerman. Pengimbas itu juga boleh digunakan untuk kawalan akses keselamatan di tempat lain, seperti dalam bangunan kementerian.

Rohde & Schwarz telah berjaya memasuki satu lapangan perniagaan baharu menerusi R&S QPS. Teknologi gelombang milimeter yang digunakan adalah berdasarkan kepakaran syarikat selama bertahun-tahun dalam membangunkan peralatan T&M terbaik dunia. Pengimbas keselamatan itu dapat mengesan secara automatik logam berbahaya dan objek bukan logam, yang terlindung di sebalik pakaian atau badan. Objek yang dikesan akan dipaparkan dalam bentuk grafik simbolik bentuk badan manusia bagi melindungi kerahsiaan individu yang diimbas. Tiada sebarang risiko kesihatan dikaitkan dengan kuasa yang dipancarkan melalui R&S QPS kerana kuasanya adalah beratus-ratus kali malah beribu-ribu kali lebih rendah berbanding yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Keselesaan semasa mengimbas juga dipertingkat kerana individu yang diimbas hanya perlu berdiri di hadapan pengimbas dengan tangan sedikit mendepa.

Pengimbas keselamatan itu telah diperakukan oleh Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC) dan telah diuji sepenuhnya dari segi kesesuaian oleh Polis Persekutuan. Perjanjian rangka kerja ini merupakan tempahan pengimbas keselamatan paling besar pernah diterima Rohde & Schwarz setakat ini. Beberapa lagi tempahan tambahan daripada negara-negara lain di Eropah dan seluruh dunia telah diterima.

Hubungi: Christian Mokry, Tel.: +49-89-4129-0, E-mel: press@rohde-schwarz.com

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Contracts