omniture

Wynn Palace akan Dibuka pada 22 Ogos 2016

Karya Agung Baharu Menandakan Detik Mengujakan untuk Macau
Wynn Resorts
2016-08-17 20:00 836

MACAU, 17 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Setelah enam tahun proses pembinaan, Wynn Resorts bakal memperkenalkan Wynn Palace, resort agung terkini daripada Steve Wynn, jam 8 malam, tanggal 22 Ogos 2016. Mewakili kemuncak lebih 45 tahun pengalamannya dalam bidang hospitaliti, destinasi baharu yang menakjubkan ini akan memberikan makna baharu terhadap kemewahan sebagai sebahagian daripada pembangunan mengujakan Macau terhadap pusat pelancongan dan percutian dunia.

Untuk melihat siaran multimedia lengkap, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/wynnpalace_201608.shtml  

 

 

Wynn Palace it is the culmination of Steve Wynn’s more than 45 years in hospitality, setting a new standard for luxury and elegance.
Wynn Palace it is the culmination of Steve Wynn’s more than 45 years in hospitality, setting a new standard for luxury and elegance.

 

Wynn Palace_Garden Villa Living Room_Roger Davies The 743 square meter (8,000 square feet), three-bedroom Garden Villa is simply the ultimate in luxury, a personal pied-à-terre.
Wynn Palace_Garden Villa Living Room_Roger Davies The 743 square meter (8,000 square feet), three-bedroom Garden Villa is simply the ultimate in luxury, a personal pied-à-terre.

 

Wing Lei Palace is the epitome of Wynn Palace’s fascination with Chinoiserie.
Wing Lei Palace is the epitome of Wynn Palace’s fascination with Chinoiserie.

 

Bearing the initials of Steve Wynn himself, the resort’s steakhouse, SW, has a suitably masculine, understated atmosphere.
Bearing the initials of Steve Wynn himself, the resort’s steakhouse, SW, has a suitably masculine, understated atmosphere.

 

Reminiscent of childhood, this beautiful carousel is made with more than 83,000 flowers as varied as roses, peonies and others.
Reminiscent of childhood, this beautiful carousel is made with more than 83,000 flowers as varied as roses, peonies and others.

 

Steve Wynn hosted a press conference ahead of the opening of his new resort, Wynn Palace, in Cotai, Macau on August 22, 2016.
Steve Wynn hosted a press conference ahead of the opening of his new resort, Wynn Palace, in Cotai, Macau on August 22, 2016.

Wynn Palace bertemakan flora ini akan membawa tetamu ke dunia penuh keindahan, keseronokan dan hiburan, bermula dengan perjalanan yang mempesonakan dalam SkyCabs yang berhawa dingin merentasi Performance Lake yang mengagumkan seluas 8 ekar, seterusnya ke tengah-tengah kawasan resort. Menggabungkan kepuasan dengan keanggunan, ia menawarkan pengembara yang arif dengan pengalaman yang tidak dapat dialami di tempat lain di Asia. Antara tarikan utamanya ialah 1,706 bilik, suite dan vila indah yang dilengkapi perabot yang cantik, pameran bunga yang mengagumkan dan amat luas, koleksi seni unik yang pelbagai, kemudahan mesyuarat serba guna, Spa mewah di Wynn Palace, ruang seluas 18,580 meter persegi yang menempatkan jenama-jenama paling terkenal dalam sektor perniagaan mewah serta pelbagai pilihan tempat makan gourmet yang lazat.

Selain daripada tawaran baharu yang menarik ini, tetamu akan dapat menikmati tahap perkhidmatan istimewa dan perhatian yang terperinci oleh Wynn, memastikan pelawat Wynn Palace akan merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang akan membuatkan mereka untuk kembali semula.

Tempahan bilik boleh dibuat dengan menghubungi (853) 8889 3888 (Bebas Tol Hong Kong: 800 961 198), e-melkan kepada roomreservations@wynnpalace.com atau secara dalam talian melalui wynnpalace.com.

Untuk melihat foto selanjutnya, sila lawati Wynn Palace Press Room dengan butiran log masuk berikut:

URL: http://pressroom.wynnpalace.com/
Nama pengguna: media_user
Kata laluan: wp2016opening

LATAR BELAKANG WYNN RESORTS
Wynn Resorts, Limited (Nasdaq: WYNN) didagangkan melalui Nasdaq Global Select Market bawah simbol saham WYNN dan adalah sebahagian daripada S&P 500 dan NASDAQ-100 Indexes. Wynn Resorts memiliki dan mengendalikan Wynn and Encore Las Vegas (www.wynnlasvegas.com) serta Wynn and Encore Macau (www.wynnmacau.com).

Wynn and Encore Las Vegas mempunyai dua menara hotel mewah dengan sejumlah 4,748 bilik hotel, suite dan vila yang luas, kira-kira 186,000 kaki persegi ruang kasino, 34 outlet makanan dan minuman dengan cef terkenal, dua spa yang memenangi anugerah, padang golf yang mempunyai 18 lubang di padang, ruang mesyuarat, kira-kira 99,000 kaki persegi ruang niaga selain dua bilik pameran; tiga kelab malam, termasuk Intrigue yang dibuka pada April 2016 serta kelab pantai.

Wynn and Encore Macau ialah destinasi kasino yang terletak di Rantau Pentadbiran Khas Macau bagi Rantau Republik Rakyat China dengan dua menara hotel mewah dilengkapi dengan sejumlah 1,008 bilik dan suite yang luas, kira-kira 280,000 kaki persegi ruang kasino, ruang makan santai dan juga mewah dalam lapan buah restoran, kira-kira 57,000 kaki persegi ruang niaga, kemudahan rekreasi dan santai, termasuk dua kelab kesihatan, dua spa serta kolam renang.

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201608/wynn/video.mp4  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160816/8521605156-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160816/8521605156-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160816/8521605156-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160816/8521605156-d
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160816/8521605156-e
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160817/8521605156-f

Source: Wynn Resorts
Related Stocks:
NASDAQ:WYNN
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion New products/services