omniture

HGC dan Arkardin Akan Tawarkan Penyelesaian Persidangan Generasi Baru di Asia Pasifik

Hutchison Global Communications Limited
2013-03-07 22:05 188

HONG KONG dan SINGAPURA, 8 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Hutchison Global Communications Limited  (HGC), divisyen talian tetap Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited (HKex stock code: 215), dan Arkadin, salah satu daripada penyedia perkhidmatan kolaborasi yang terbesar dan paling cepat membangun di dunia, hari ini mengumumkan persetujuan untuk menyampaikan penyelesaian persidangan terkini yang berjenama "Hutch-Conferencing" untuk membolehkan persidangan video dan audio tanpa bilik persidangan kepada syarikat-syarikat di Asia Pasifik.

Di Hong Kong, langkah ini akan mempertingkatkan portfolio pengantar telekomunikasi keseluruhan dan korporat bagi HGC dengan penyelesaian kolaborasi bertaraf dunia daripada Arkadin untuk persidangan audio dan web, sementara Arkadin yang berpangkalan di Perancis akan menggunakan capaian rangkaian global HGC dan status Hong Kong sebagai hab telekomunikasi serantau untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Asia Pasifik.

Persidangan Audio dan Video HD semasa merantau

Hutch-Conferencing - dikuasakan oleh Arkadin - akan menawarkan penyelesaian persidangan audio, video dan acara yang membolehkan syarikat-syarikat memulakan dan menyertai sebarang persidangan maya dengan mana-mana pihak, di mana jua, daripada sebarang komputer meja mahupun peranti mudah alih.

Penyelesaian berasaskan aplikasi dan web ini boleh didapati atas permintaan dan memberikan fleksibiliti yang tidak tehingga untuk syarikat yang memerlukan komunikasi atas talian atau wajah-ke-wajah secara maya untuk pekerja yang sedang bergerak. Secara khususnya, penyelesaian ini akan memenuhi keperluan aturan mesyuarat saat akhir dan kerap dengan fungsi mesra pengguna dan dapat berkongsi idea dan maklumat melalui Internet untuk meningkatkan kecekapan sesuatu mesyuarat.

Penyelesaian persidangan bantu syarikat bergerak maju ke hadapan

Andrew Kwok, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Pengantar HGC, berkata: "Kolaborasi dengan Arkadin ini menunjukkan usaha HGC yang berterusan dalam mengenalpasti penyelesaian syarikat yang termaju di pasaran, kemudian menyesuaikannya untuk mempertingkatkan portfolio perkhidmatan HGC untuk pelanggan korporat di Hong Kong dan di luar negara. Rangkaian Gentian-ke-Bangunan kami yang termaju di Hong Kong, kapasiti global yang boleh diskala dan rangkaian global yang mempunyai capaian jauh memberikan satu asas yang kukuh bagi penyelesaian persidangan kelas pertama yang akan membantu syarikat-syarikat bergerak maju dalam bidang perniagaan yang berdaya saing."

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Arkadin, Olivier de Puymorin, menganggap perkongsian dengan HGC sebagai sesuatu yang strategik dalam meneruskan misi utama Arkadin. Beliau berkata: "Demi menunaikan janji kami untuk memberikan yang terbaik dan yang termaju dalam perkhidmatan kolaborasi di pasaran, kami cuba bergerak seiring dengan syarikat telekomunikasi, sambil berkongsi komitmen yang sama terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan khidmat pelanggan."

Beliau menambah: "Kami gembira dapat menjadi rakan kongsi kepada syarikat pengendali telekomunikasi yang begitu inovatif dan berwawasan seperti HGC, dan berharap dapat bekerjasama dalam memberikan perkhidmatan dan penyelesaian terbaik di seluruh rantau Asia Pasifik."

Mengenai Hutchison Global Communications Limited

Hutchison Global Communications Limited (HGC) memiliki salah satu daripada rangkaian gentian-ke-bangunan terbesar di Hong Kong. Sejak penubuhan pada 1995, ia komited sepenuhnya terhadap membina infrastruktur rangkaian gentian optik 100% miliknya dan memperkenalkan kemudahan yang paling maju. Ditambah dengan empat laluan menyeberangi sempadannya diintegrasikan dengan ketiga-tiga pengendali tahap satu Tanah Besar China dan rangkaian antarabangsa bertaraf dunia, HGC menyediakan rangkaian telekomunikasi talian tetap yang komprehensif tempatan dan luar negara. HGC merupakan anak syarikat Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited (HTHKH, Kod Saham: 215). HTHKH merupakan pengendali perkhidmatan telekomunikasi berintegrasi terulung, yang menawarkan perkhidmatan talian tetap dan mudah alih kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut tentang HGC, sila layari  www.hgc.com.hk.

Untuk maklumat lanjut tentang HTHKH, sila layari www.hthkh.com.

Mengenai Arkadin

Ditubuhkan pada 2001, Arkadin merupakan salah satu penyedia perkhidmatan kolaborasi terbesar yang paling cepat membangun di dunia. Dengan wawasan yang berasaskan kepercayaan bahawa kemajuan bermula daripada keinginan orang untuk berkongsi, Arkadin menawarkan rangkaian lengkap persidangan audio, web, dan video jarak jauh, dan penyelesaian United Communications. Perkhidmatan ini diedarkan dalam model SaaS untuk pelaksanaan yang cepat dan boleh diskalakan dengan pulangan pelaburan yang tinggi. Rangkaian global Arkadin yang merangkumi 51 pusat pengendalian di 30 negara mempunyai pasukan sokongan bahasa-tempatan yang berdedikasi untuk memberi perkhidmatan kepada 26,000 pelanggannya di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Arkadin, sila layari www.arkadin.com.

SUMBER Hutchison Global Communications Limited

Source: Hutchison Global Communications Limited
Related Stocks:
HongKong:0215 OTC:HTHKY
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services