omniture

Kavalan Whisky Dipaparkan Pada Papan Iklan Times Square NYC

Pembuat wiski Taiwan 'tiba' di New York
Kavalan
2016-08-18 17:17 781

TAIPEI, Taiwan, 18 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Dalam tempoh lima bulan akan datang, beberapa pengunjung harian ke Times Square yang terdiri daripada seramai 330,000 pengunjung akan dapat menyaksikan wiski yang luar biasa dipancarkan kepada mereka, bukan daripada satu papan iklan, tetapi daripada 11 papan iklan elektronik yang bersaiz amat besar di dataran tersebut.

Wiski Kavalan di Times Square
Wiski Kavalan di Times Square

Pembuat wiski terunggul di Taiwan, Kavalan Distillery, turut serta bersama beribu-ribu jenama ikonik Amerika dan juga jenama bertaraf global yang telah memaparkan iklan sejak seabad lalu di "The Crossroads of the World" ("Persimpangan Jalan Dunia"), salah satu persimpangan komersial yang paling terkenal di dunia.

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menembusi pasaran AS, wiski Kavalan yang meraih anugerah kini dipancarkan ke Bangunan Thomson Reuters di No. 3 Times Square, di tengah-tengah bandar Manhattan.

Pengasas Kavalan En. YT Lee berkata beliau berharap agar pasaran AS akan menjadi pasaran utama untuk jenama tersebut. "Ini merupakan satu usaha untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Kavalan Whisky kini boleh didapati di AS. Kami berada di negara ini dan mula berurus niaga," kata En. Lee.

"Apa kata anda cuba merasa wiski luar biasa dari Taiwan yang pernah meraih anugerah tertinggi ini, termasuk 'Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia' dan 'Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia' pada tahun lalu dan tahun ini?"

World Whiskies Awards (WWA) yang berprestij memilih Kavalan Solist Vinho Barrique sebagai "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia" 2015 manakala Kekuatan Tong Tunggal Solist Amontillado Sherry merupakan "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" 2016.

Bagi memastikan warga New York berpeluang untuk menikmati sendiri wiski Kavalan ini, peniaga Kavalan akan menawarkan sesi merasa yang istimewa serta promosi dalam tempoh lima bulan akan datang. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pengimport Kavalan di AS, Anchor Distilling www.anchordistilling.com.

Latar Belakang Kavalan

Kavalan Distillery di Taiwan dikhususkan untuk pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006 dan merupakan penerima bagi lebih 190 anugerah emas. Di kilang penyulingannya, pasukan penyelidikan & pembangunan (R&D) bertaraf dunia, pakar pengadun yang mendapat latihan di UK serta perunding wiski antarabangsa memantau segala proses pengeluaran 5 juta botol setahun bagi wiski dengan rasa terbaik di dunia ini.

Dimatangkan dalam botol kayu oak dari Amerika dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, Kavalan juga memanfaatkan bayu laut dan gunung, serta mata air Gunung Salji, yang hasil gabungannya menciptakan rasa berkrim Kavalan Whisky yang terkenal. Nama Kavalan berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman, hasil usaha syarikat induknya, King Car Group. Kavalan boleh didapati di 40 buah negara. Layari www.kavalanwhisky.com/en/

Maklumat Perhubungan Media:

Yvonne Chou
+886-3922-9000#7162
yvonne@kavalandistillery.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160817/8521605215

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Corporate Expansion