DUBLIN, 18 Ogos, 2016/PRNewswire/ --
Syarikat tenaga angin dan solar global, Mainstream Renewable Power hari ini dianugerahkan kontrak oleh Suruhanjaya Tenaga Kebangsaan Chile untuk membina dan mengendalikan tujuh loji tenaga angin berskala utiliti dengan gabungan kapasiti berjumlah 986MW. Projek itu, yang diberikan menerusi dua puluh tahun kontrak, akan dibangunkan di seluruh Chile serta dijadualkan untuk mula membekalkan tenaga bersih yang berkos rendah ke dalam grid pada Januari 2021.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130606/618541 )
Mainstream merupakan salah satu benefisiari utama bagi tender kuasa elektrik paling kompetitif dan terbesar dalam sejarah negara itu. Lapan puluh empat buah syarikat telah menyerahkan pembidaan masing-masing yang meliputi 85,000 gigawatt jam (GWh) berbanding hanya 12,000 GWh tenaga yang ditawarkan – hampir tujuh kali lebih bidaan kuasa berbanding bidaan yang dapat dianugerahkan. Pusingan ini juga menandakan penyertaan pertama Mainstream secara bebas dalam membida projek di Chile dan semua projek adalah 100% milik Mainstream.
Sejak menembusi pasaran Chile pada tahun 2009, Mainstream telah mewujudkan satu portfolio projek tenaga angin dan solar yang paling komprehensif berbanding pesaing mereka dalam negara itu, meliputi lebih 2,000 megawatt tenaga di seluruh Chile. Melalui usaha sama mereka dengan Actis ("Aela Energia"), Mainstream kini memiliki tambahan 300 megawatt tenaga daripada projek loji angin (dimenangi mereka pada bidaan tahun 2015) yang dijangka mula dibina di Chile pada tahun ini untuk membekalkan tenaga menjelang tahun 2017, serta 33 megawatt ladang angin yang telah beroperasi sejak tahun 2014.
Mengulas tentang penganugerahan kontrak itu, Ketua Eksekutif Mainstream, Eddie O'Connor berkata: "Kejayaan hari ini mengukuhkan lagi posisi Mainstream sebagai syarikat tenaga boleh diperbaharui secara bebas yang utama dalam pasaran membangun yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi. Kami berharap dapat membangunkan projek-projek ini mengikut piawaian tertinggi bagi membekalkan tenaga pada harga yang kompetitif untuk sistem Chile bermula pada tahun 2021. Saya akan berunding dengan para CEO syarikat pengeluar turbin angin utama beberapa bulan akan datang untuk membincangkan tentang turbin generasi baharu yang diperlukan untuk projek-projek ini.
Beliau menambah: "Kami telah membangunkan dan memenangi kontrak bagi projek-projek di Laut Utara, Chile, Afrika Selatan, Mesir, Senegal, Ghana, dan juga AS. Kami terus mencari cara yang inovatif untuk membiayai projek-projek kami yang terus ditambah ke dalam senarai rancangan projek yang menarik untuk pasaran membangun - seperti mana pembiayaan ekuiti bernilai $117.5 juta yang diumumkan baru-baru ini untuk platform kami di Afrika, yang melibatkan pihak pelabur seperti IFC dan juga Rockefeller Brothers Fund."
Hubungi: Emmet Curley, +353-86-2411690
Sumber: Mainstream Renewable Power