omniture

Pakar Ekonomi China Terulung Akan Berucap kepada Para Eksekutif Perniagaan Semasa Sidang Kemuncak CoreNet Global di Shanghai

CoreNet Global
2013-03-08 10:00 195

SHANGHAI, 8 Mac 2013 /PRNewswire/ -- CoreNet Global, persatuan ulung dunia bagi hartanah korporat (CRE) dan para profesional , penyedia perkhidmatan dan pembangun ekonomi, berbesar hati mengumumkan Dr. Fan Gang sebagai seorang penceramah untuk Sidang Kemuncak CoreNet Global di Shanghai, China dari 26-28 Mac.

Dr. Fan akan menyampaikan ucapannya, bertajuk, "Polisi Ekonomi China dan Implikasinya kepada Perniagaan Global," semasa Sesi Umum 1 di Persidangan itu. Penyampaian itu akan diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin.

Sebagai pakar dalam makroekonomi pembangunan jangka panjang, perdagangan antarabangsa dan matawang dan hubungan luar, Dr. Fan merupakan seorang ahli ekonomi yang terkenal di seluruh dunia dan merupakan seorang penceramah yang sangat dicari-cari dan juga merupakan penasihat kepada kerajaan China dan beberapa organisasi antarabangsa.

Berpangkalan di Beijing, beliau merupakan Pengarah Institut Kajian Ekonomi Negara (NERI), Professor Ekonomi di Universiti Beijing, dan Pengerusi Yayasan Pemulihan China, kumpulan pemikir ekonomi pertama di China. Terlatih di Akademi Sains Sosial China (CASS) dan Universiti Harvard, Dr. Fan telah menerbitkan hampir 100 kertas kajian dalam jurnal akademik domestik dan antarabangsa, menulis lapan buah buku dan memenangi banyak anugerah berprestij.

Majalah Foreign Policy dan Prospect selalu memasukkan Dr. Fan dalam senarai "Ahli Intelek Awam 100 Teratas Dunia" mereka. Beliau juga telah dipilih sebagai salah satu "Pemimpin Global Masa Hadapan." Penyampaiannya di CoreNet ditaja oleh Jones Lang LaSalle.

"Profesional dalam pengurusan fasiliti dan hartanah korporat mendapat permintaan yang meningkat di China kerana mereka akan memainkan peranan penting dalam rekaan dan perancangan pertumbuhan syarikat milik negara, menurut kajian baru yang diterbitkan CoreNet Global," ulas Richard Kadzis, Naib Presiden Komunikasi Strategik di CoreNet Global. "Kami berharap dapat menyelami lebih dalam melalui Dr. Fan tentang evolusi penting amalan perniagaan hartanah korporat di Tanah Besar China."

Mengenai Sidang Kemuncak Shanghai 2013

Diadakan di Shanghai, China, dari 26-28 Mac, Sidang Kemuncak CoreNet Global 2013 merupakan salah satu daripada empat sidang kemuncak yang diadakan oleh organisasi itu setiap tahun. Acara tiga hari itu akan mengetengahkan lebih 50 penceramah dan menawarkan peluang untuk membina rangkaian, pembelajaran interaktif, pendidikan berterusan dan sesi perbincangan untuk menangani cabaran utama para profesional CRE. Media berita China yang berminat untuk membuat liputan Sidang Kemuncak Asia CoreNet Global di Shanghai boleh menghubungi david@harrisoncommunications.net.

Mengenai CoreNet Global

CoreNet Global merupakan persatuan profesional ulung dunia bagi hartanah korporat (CRE) dan para eksekutif, penyedia perkhidmatan dan pembangun ekonomi. Ahli CoreNet Global seramai 7,800 orang, yang termasuk 70% daripada 100 Syarikat Teratas Amerika Syarikat dan separuh daripada senarai Global 2000, berjumpa secara tempatan, global dan maya untuk membina rangkaian, berkongsi pengetahuan, belajar dan membentuk kecemerlangan profesional. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.corenetglobal.org

HUBUNGI:
Richard Kadzis
CoreNet Global
rkadzis@corenetglobal.org
+1.404.589.3240

SUMBER: CoreNet Global

Source: CoreNet Global
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building