omniture

Andrej Malic daripada Celebrity Cruises Sedia untuk Bersaing dalam Pertandingan Pelayan Bar Terbaik Dunia

Diageo Global Travel
2016-08-19 12:26 670

MIAMI, 19 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Pertarungan untuk menjadi salah seorang pelayan bar terbaik dunia kini bermula. Semalam pada acara penuh glamour di Miami, Andrej Malic daripada kapal persiaran Celebrity Cruises menewaskan pesaing yang terdiri daripada ribuan pelayan bar kapal persiaran daripada tiga kapal persiaran terkemuka di dunia untuk dinobatkan sebagai salah seorang pelayan bar terbaik di lautan.

Andrej, 27, dari Bosnia dan Herzegovina, akan terus mara untuk mewakili kapal persiaran di salah satu pertandingan pelayan bar terulung dan paling disegani di dunia – Pertandingan Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS di Miami mulai 25 hingga 29 September 2016. Di sana, beliau akan bertarung menentang 59 pelayan bar terbaik dunia untuk merebut takhta 'Pelayan Bar Terbaik Tahunan Bertaraf Dunia'. Pemenang tahun lepas, Michito Kaneko dari Jepun telah melalui perjalanan yang mengubah kehidupannya dan kini sedang mengelilingi dunia untuk menjadi hakim bagi peringkat akhir pertandingan pelayan bar di beberapa lokasi menarik.

Semua pelayan bar kapal persiaran yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut telah mengharungi beberapa siri pusingan saringan yang merupakan tahun pertandingan terbesar setakat ini untuk WORLD CLASS, sebelum tiga finalis yang terpilih berjuang di Diageo 396 Bar mewah di Miami malam tadi. Penghakiman dibuat oleh panel pakar terulung dalam industri tersebut yang terdiri daripada Julio Cabrera, Pakar Pengadun, David Molina, Ketua Pengadun untuk Diageo BAR 396 dan Marcy Rudershausen, Pakar Kanan Wiski untuk Diageo.

Andrej terus kekal dalam pertandingan tersebut dengan gaya persembahan yang cukup hebat selain penciptaan dan teknik penghasilan koktel yang inovatif, terutama sekali pada hidangan terkenalnya 'Old Spice Fashion' yang mengandungi BULLEIT Bourbon.

Andrej Malic, pelayan bar terkenal di kapal pelayaran Celebrity Millennium milik Celebrity Cruises, berkata: "Peristiwa ini tidak syak lagi adalah yang terbaik dalam sejarah karier saya setakat ini. Saya sungguh gembira dan bersyukur kerana diperakukan dalam pertandingan WORLD CLASS ini, dan menang. Saya telah mengambil insipirasi dan dicabar oleh ramai pelayan bar yang berbakat beberapa minggu ini dan saya sangat berharap dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang telah dikumpul untuk mengharumkan nama Celebrity Cruises serta semua pelayan bar kapal persiaran di pusingan akhir Pertandingan Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS."

Sandra Vaucher, Pengarah Global Kapal Persiaran dan Penerbangan di Diageo berkata: "WORLD CLASS bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk minum dengan lebih baik, dan kami sangat gembira kerana mampu mewujudkan pengalaman ini di atas kapal persiaran rakan kongsi kami. Pertandingan ini membolehkan kami memperakui dan mencari juara dalam kalangan pelayan bar kapal persiaran kami yang memiliki kemahiran dan ketrampilan yang tinggi. Malam tadi adalah malam yang sangat menarik dan semua pesaing memperlihatkan kualiti kemahiran yang sangat tinggi. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis serta ucapan selamat maju jaya buat Andrej sempena Pertandingan Akhir Global WORLD CLASS pada September ini."

Cornelius Gallagher, Naib Presiden Bersekutu Operasi Makanan dan Minuman, Celebrity Cruises, berkata: "Kami sangat berbangga untuk memiliki Andrej sebagai pelayan bar utama untuk pasukan Celebrity Cruises dan sangat teruja dengan kemenangan beliau di pertandingan berprestij pada malam tadi. Kami telah menyaksikan persembahan pengadunan berkualiti yang paling menarik dalam beberapa minggu ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak WORLD CLASS kerana memberi peluang kepada kami menyertainya dan kerana melatih kepada pelayan bar kami dalam seni dan sains penghasilan minuman yang unik dan istimewa mengunakan minuman beralkohol yang memenangi anugerah daripada koleksi DIAGEO RESERVE. Kerjasama kami memastikan para tetamu kami dapat menikmati pengalaman minuman mewah yang paling hebat di atas kapal persiaran kami.

Nota untuk editor

Ikuti pertandingan itu di Facebook melalui halaman 'Global WORLD CLASS Finals: http://www.facebook.com/WorldClass

Celebrity Cruises: Minuman Terkenal Andrej: 'Old Spice Fashion'

Bahan-bahan:

1,5 auns BULLEIT® BOURBON
0,25 auns Allspice Dram Liqueur
0,75 auns Madu
2 titik Tiki bitters
1 sudu bar crème de Yvette
Sedikit Peychaud's bitter

Resepi:

Campur semua bahan dalam gelas, kacau hingga larut dan tapis ke dalam gelas klasik berganda yang mengandungi satu kiub ais besar. Hiaskan dengan hirisan kulit limau gedang.

Gelas:

Gelas Klasik Berganda

Hiasan:

Kulit Limau Gedang Besar dan hirisan limau gedang kering
Sila minum dengan berhemah, layari DRINKiQ.com
Perkataan BULLEIT® BOURBON dan logo-logo berkaitan adalah tanda dagangan.

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160818/399250 
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160818/399251

Source: Diageo Global Travel
Related Stocks:
LSE:DGE NYSE:DEO
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Travel