SEOUL, Korea Selatan, 19 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --
Hari ini, SK Telecom (NYSE: SKM, www.sktelecom.com/en) melancarkan projektor terbaharu yang dikenali sebagai 'Laser Pemancar Pintar UO NX Edisi BIGBANG 10 ('Edisi BIGBANG 10') yang tercetus daripada satu projek kolaborasi antara SK Telecom dengan YG Entertainment, salah sebuah syarikat hiburan terbesar di Korea, bagi meraikan ulang tahun BIGBANG* yang ke-10.
Menerusi aplikasi sumber cahaya hibrid yang merangkumi laser dan LED, projektor Edisi BIGBANG 10 ini menawarkan tahap kecerahan 200 lumen dan resolusi natif 1280 X 720, seraya membolehkan pengguna beroleh pengalaman warna yang beraneka dan penuh warna warni, selain resolusi yang mengagumkan.
Selain itu, berbeza daripada projektor terdahulu yang hanya dapat dikawal menggunakan telefon pintar yang terhubung, projektor Edisi BIGBANG 10 ini dapat bertindak sebagai peranti yang beroperasi sendiri memandangkan ia mempunyai slot kad SD mikro terbina dalam dan juga butang kawalan. Peranti ini juga dapat dikawal menggunakan aplikasi kawalan jauh.
Masih mengekalkan ciri-ciri asas dalam projektor terdahulu, projektor Edisi BIGBANG 10 diberikan logo istimewa bagi memperingati ulang tahun ke-10 BIGBANG, selain lima garis mendatar yang melambangkan lima anggota BIGBANG. Projektor ini tersedia dalam warna hitam-perang yang anggun serta berukuran 6 X 6 X 6 sentimeter.
Projektor Edisi BIGBANG 10 ini boleh dibeli melalui gedung beli belah dalam talian (http://www.accstore.kr/index.html). Dengan harga KRW 449,000 (USD 409, RMB 2,809), pembeli akan memperoleh sebuah projektor berserta pakej kandungan yang pelbagai, bernilai kira-kira KRW 100,000. Pakej kandungan itu menyediakan kad SD mikro 8GB yang mengandungi klip video BIGBANG, termasuk filem mereka, "BIGBANG Made" serta temu bual sempena ulang tahun ke-10nya, dan juga kad gambar.
Kim Sung-han, Naib Presiden dan Ketua Pejabat Perancangan Peranti berkata, "Projektor piko terkini daripada SK Telecom, Laser Pemancar Pintar UO NX mampu meningkatkan pengalaman pengguna dan menyediakan kelebihan melalui spesifikasi dan ciri-ciri yang ditambah baik. Kami amat berterima kasih khususnya hasil jalinan kerjasama dengan kumpulan penyanyi terkenal BIGBANG, dan kami meramalkan bahawa kami bakal menyaksikan tahap pengiktirafan yang lebih baik terhadap projektor piko kami yang inovatif, selain akan menyediakan pakej kandungan beraneka yang merangkumi klip video serta gambar-gambar BIGBANG bersama projektor tersebut bagi memberi kepuasan kepada para peminat BIGBANG di serata dunia."
* BIGBANG ialah sebuah kumpulan penyanyi Korea yang ditubuhkan oleh YG Entertainment. Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung, dan juga Seungri. Kumpulan ini pertama kali diperkenalkan secara rasmi pada 19 Ogos 2006, dan telah meraih populariti di seluruh dunia. Lagu-lagu hit daripada BIGBANG termasuk "Lies," "Bang Bang Bang," "Fantastic Baby," dan "Loser."
Lampiran 1: Spesifikasi Teknikal Laser Pemancar Pintar UO NX BIGBANG 10
Jenis |
Spesifikasi |
|
Teknologi |
Sumber Cahaya |
LED/LD Hibrid |
Panel Paparan |
DMD |
|
Prestasi Optik |
Kecerahan (ANSI Im) |
200 Lumen |
Resolusi |
720P (1280X720) |
|
CR |
≥1,500 |
|
Nisbah Lontaran |
1.53(100"@3.4m) |
|
Ofset |
100% |
|
OS H/W |
Pembesar Suaran |
1W (Mono) |
Penyesuai AC-DC |
3A / 12V, DC DALAM Bicu |
|
Hayat Bateri |
100 min. |
|
Lain-lain |
Saiz |
60 x 60 x 60(mm) |
Berat |
260g |
|
Suhu Operasi |
0 - 40 darjah Celsius |
|
Format Sokongan |
MPEG4, MPEG4 AVC/H.264 MP3/AAC |
|
Warna |
Perang Metalik |
|
Bahasa Sokongan |
Bahasa Korea/Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun/Bahasa Cina |
|
Bluetooth |
2.1 ver +EDR |
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160818/8521605245-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160818/8521605245-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160818/8521605245-c