omniture

Bond No 9. Soho

Bond No. 9 New York
2016-08-22 21:17 445

Kejiranan di New York yang paling unik dan luar biasa akhirnya memiliki bauannya yang tahan lama dan tersendiri: Memperkenalkan Bond No. 9 Soho.

NEW YORK, 22 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Rantau Soho di New York mengandungi pelbagai jenis budaya: tanah lading kolonial … enklaf perumahan bergaya … teater yang hiruk-pikuk, dan bar hiburan … zone industry ringan yang sarat dengan seni bina dan penting itu dipanggil Cast Iron District … kawasan penggiat seni. Dan hari ini? Rantau itu berevolusi sekali lagi – menjadi lokasi beli-belah mewah, dengan pelbagai jenis jenama utama berhimpun di kawasan yang penuh seni bina besi tuang itu. Menjelang malam, ia terus bertransformasi, menjadi kejiranan yang sunyi dan sesuai untuk bersiar-siar. Namun, walau apapun identitinya, Soho telah membangunkan satu identiti unik yang utuh, unik berbanding daerah Downtown hip dan hebat yang lain. Soho memiliki bauannya yang tersendiri iaitu apa yang dipanggil pembuat wangian sebagai sillage, gabungan gaya ranggi dan canggih.

Terokai Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7873051-bond-no-9-soho/  

Oleh sebab itulah Bond No. 9 yang bertemakan New York ini adalah wangian yang bebas jantina, mempunyai keunikan tersendiri, sillage yang kaya dengan bauan Soho. Haruman terasnya adalah sesuatu yang baharu dalam koleksi kami. Terdapat bau bunga jingga yang menaikkan semangat dan savory, diselit pula dengan not atas tiga serangkai yang mengujakan: oren yang manis, petitgrain yang berwarna hijau, dan sari blackcurrant. Not tengahnya pula, melur dan orris, kohort not teras Bunga oren, menambahkan keghairahan. Kemudian, tibalah ia ke not dasar: ambar, kasturi, kayu cedar, dan – yang paling menarik – lumut oak sehalus baldu, padanan paling sesuai dengan bunga jingga.

Botol Soho yang menyerlah, dengan corak berpusar hitam dan putih yang memukau, membayangkan kandungan baunya yang mengagumkan dan mengujakan, tetapi dengan kejutan tambahan, topi bujur serasi yang boleh ditanggalkan, lengkap dengan simpulan, yang bertenggek rapi di atas topi itu.

Bond No. 9 soho akan mula dijual di A.S. pada 15 September, dan 1 Oktober di seluruh dunia.

Harga: 100ml, $335; 50ml, $260

www.bondno9.com

Source: Bond No. 9 New York
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Broadcast feed announcements New products/services