omniture

Menarini Asia-Pacific Ketengahkan Akibat Sosial Ejakulasi Pramatang di Kongres Andrologi Antarabangsa ke-10

Menarini Asia-Pacific
2013-03-08 11:04 299

Usaha pendidikan mampu menghapuskan stigma terhadap salah satu isu seksual lelaki yang paling banyak memberi kesan kepada pasangan

SINGAPURA, 8 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Menarini Asia-Pacific, sebahagian daripada syarikat biofarmaseutikal antarabangsa, Menarini Group, telah mengambil bahagian dalam Kongres Andrologi Antarabangsa (ICA) pada tahun ini di Melbourne, Australia, untuk meningkatkan kesedaran tentang salah satu disfungsi seksual lelaki yang paling biasa – Ejakulasi Pramatang (PE). Berdasarkan   hakikat bahawa PE dialami oleh 30 peratus lelaki di seluruh dunia [1] dan 31 peratus lelaki di Asia Pasifik [2], platform ini menjadi satu peluang untuk mendidik masyarakat tentang disfungsi tersebut dan impaknya terhadap kepuasan seksual pasangan.

Mengulas mengenai kehadirannya di kongres itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menarini Asia Pasifik, En. John A. Graham, berkata, "Walaupun hampir satu daripada tiga lelaki mengalami PE[2], ramai yang tidak menyedari bahawa ia merupakan keadaan yang boleh dirawat. PE mempunyai impak yang jelas terhadap kualiti hidup seorang lelaki dan kepuasan seksual sesuatu pasangan.[3] Menarini Asia Pasifik ingin  menghapuskan stigma terhadap PE agar kaum lelaki dan pasangan mereka mengetahui bahawa mereka tidak bersendirian."

Dia menambah, "Tema ICA tahun ini ialah Andrologi Global dan Kesihatan Lelaki: Cabaran Hari Ini untuk Generasi Akan Datang dan ia telah menyaksikan kehadiran ramai pakar dan penyelidik antarabangsa. Ini menjadikan ICA sebagai salah satu platfom paling relevan untuk Menarini Asia Pasifik untuk menunjukkan komitmen kepada misi ini dan menandakan satu permulaan  bagi kami  dalam bidang kesihatan lelaki."

Tekanan akibat ejakulasi pramatang ke atas lelaki dan pasangan mereka

Menurut kajian yang melibatkan hampir 5000 lelaki yang diterbitkan pada 2012 dalam 'Journal of Sexual Medicine', 31 peratus lelaki di Asia Pasifik mengalami satu jenis PE.[2] Mereka didiagnos menggunakan Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (PEDT), satu ukuran yang disahkan secara psikometrik dan mempunyai lima soalan.[4] Angka ini jelas jauhrbeza dengan lima peratus lelaki yang dilaporkan oleh Inventori Seksual Lelaki (SHIM)[2] yang menderita penyakit mati pucuk (ED), penyakit seksual lelaki yang berbeza di mana seorang lelaki menghadapi kesukaran mengekalkan ereksi semasa melakukan hubungan kelamin.

Kajian ini juga menunjukkan kualiti hidup dan kepuasan seksual bagi  lelaki yang mengalami PE dan pasangan mereka akan terjejas akibat PE . Secara keseluruhan, 32 peratus lelaki sangat risau bahawa PE menyebabkan pasangan mereka mengalami ketidakpuasan seks.[2] Lelaki dengan PE mengalami kekecewaan atas ketidakmampuan mereka mengawal ejakulasi, dengan 62 peratus berasa agak atau sangat tidak berpuas hati.[2]

Dr. Chris G. McMahon, Pakar Perubatan Seksual dan Felo Bahagian Perubatan Seksual, Royal Australian College of Physicians, yang berucap di ICA, berkata, "Impak ejakulasi pramatang terhadap lelaki dan pasangan mereka boleh menjadi sangat buruk pada tahap peribadi dan juga hubungan. Ia marangkumi isu keyakinan diri tetapi lebih kepada impak ke atas kepuasan seksual pasangan dan paling penting, kualiti kehidupan mereka. PE boleh dirawat. Walaubagaimanapun, pesakit perlu berasa selesa untuk bercakap dengan pakar perubatan mereka dan perlu sedar bahawa PE merupakan keadaan biasa yang  kurang disedari dan dikesan."

Dr. McMahon menyambung, "Adalah amat menggembirakan apabila melihat penyertaan Menarini di ICA untuk meningkatkan kesedaran terhadap keadaan yang kurang dikesan ini yangmenjejaskan begitu ramai lelaki."

Untuk menyokong kesedaran tentang ejakulasi pramatang dan isu kesihatan lelaki, Menarini Asia Pasifik akan terus menumpukan perhatian kepada pendidikan melalui doctor dan inisiatif kepada pengguna merentasi Asia Pasifik.

Tentang Menarini Asia Pasifik (Dahulunya Invida Group)

Menarini Asia Pasifik, ahli Menarini Group (Kumpulan Menarini) yang berpangkalan di Itali, merupakan syarikat  biofarmaseutikal yang bertumpu ke arah menyampaikan jenama-jenama penjagaan kesihatan pengguna dan etikal yang dikhususkan di seluruh rantau ini. Dengan lebih 3,300 profesional di 13 pasaran utama, Menarini Asia Pasifik beroperasi di seluruh rantaian nilai komersial, dari kelulusan peraturan dan pelancaran produk ke pengurusan kitar hayat dan menawarkan pengalaman pelanggan yang tiada bandingan kepada rakan kongsi yang ingin memasuki pasaran Asia Pasifik yang pesat membangun.

Untuk maklumat lanjut sila lawati: www.menariniapac.com

[1] Pertubuhan Urologi Eropah. Garis panduan tentang disfungsi seksual lelaki: mati pucuk dan ejakulasi pramatang. 2012; boleh didapati di : http://www.uroweb.org/guidelines/online-guidelines/ Capaian terakhir 13 Disember, 2012.

[2] McMahon CG, Lee G, Park JK, Adaikan PG. Prevalens dan sikap terhadap ejakulasi pramatang dan mati pucuk di rantau Asia Pasifik.J Sex Med. 2012;9:424-65.

[3] Rosen RC, Althod S. Impak ejakulasi pramatang: Akibat psikologikal, kualiti hidup dan hubungan seks. Jsec Med. 2008;5:1296-1307.

[4] Symonds T, Perelman MA, Althof S, Giuliano F, Martin M, May K, et al. Pembangunan dan pengesahan alat pengesanan ejakulasi pramatang. Eur Urol. 2007;52(2):565-573.

Source: Menarini Asia-Pacific
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news