omniture

Anaplan peroleh kadar purata hasil melebihi $100 juta pada separuh pertama tahun 2016 dan mencapai pulangan modal aliran tunai

Anaplan
2016-08-24 21:00 615

Pertumbuhan hasil tahunan melebihi 80% manakala kadar pengekalan melebihi 95%

SAN FRANCISCO, 24 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Anaplan, platform perancangan dan pengurusan prestasi yang terkemuka, hari ini mengumumkan ia telah melepasi kadar purata hasil sebanyak $100 juta dan mencapai pulangan modal aliran tunai buat pertama kalinya dalam sejarah syarikat sejak memasuki pasaran empat tahun lalu. Hasil meningkat lebih 80% berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh kejayaan menarik pelangan baharu di lebih 20 buah negara, yang meningkatkan jumlah kumpulan pengguna global Anaplan menjadi 100,000. Syarikat turut mencapai pulangan modal aliran tunai setahun lebih awal dari yang dijadualkan, walaupun ia telah menambah tenaga kerja globalnya sebanyak 35% berbanding tahun sebelumnya menjadi 600, selain membuka pejabat baharu di London dan juga Hong Kong.

"Separuh pertama tahun 2016 memperlihatkan hasil jualan terbaik yang menunjukkan asas perniagaan Anaplan yang mengagumkan, berserta peningkatan permintaan global terhadap platform perancangan dan pengurusan prestasi kami," kata James Budge, Ketua Pegawai Kewangan dan Presiden Bersama, Anaplan. "Selain menarik minat pelanggan Global 2000 baharu, kami turut mencapai kadar pengekalan yang tinggi dalam industri."

Daripada pengimbangan bekalan dan permintaan kepada perancangan kewangan serta pemodelan sumber manusia, platform Anaplan digunakan oleh semakin banyak syarikat Global 2000, termasuk: Coty, Inc., Del Monte, Gatwick Airport, Lamoda Group, Louis Vuitton, dan Morgan Stanley.

"Perancangan dan analisis kewangan sentiasa menjadi keutamaan, khususnya bagi organisasi-organisasi bersaiz besar seperti kami," kata Luke Beben, Ketua Pegawai Kewangan Lamoda Group. "Industri fesyen adalah sangat dinamik, oleh itu kami mencari platform yang boleh mengikuti perkembangan kami dan membolehkan perniagaan kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap proses perancangan. Kami memilih Anaplan disebabkan oleh keupayaannya dalam menyediakan persekitaran tunggal waktu nyata yang berasaskan awan untuk perancangan dan mampu mengoptimumkan prestasi perniagaan yang diharapkan."

Peristiwa penting 2016 yang lain termasuk:                                         

  • Persidangan Hub16 San Francisco Anaplan menarik minat lebih 1,300 penginovasi teknologi, penganalisis, eksekutif perniagaan dan rakan kongsi Anaplan daripada Deloitte, Kellogg Company, P&G, Tyco International dan United Airlines.
  • Mary Meeker memilih Anaplan sebagai perintis "Analitik Seluruh Organisasi", salah satu trend perusahaan utama 2016 yang diketengahkan dalam Laporan Trend Internet tahunan beliau.
  • Gartner memilih Anaplan sebagai Berwawasan bagi Pengurusan Prestasi Korporat yang Strategik Magic Quadrant1 dan Pencabar dalam Pengurusan Prestasi Jualan Magic Quadrant.2
  • Forrester memilih Anaplan sebagai Vendor Popular dalam aplikasi perniagaan SaaS.3
  • CIO Singapura mencalonkan Anaplan sebagai platform perancangan perniagaan bersepadu terbaik dalam kategori.
  • Morgan Stanley menganugerahkan Anaplan dengan Anugerah Inovasi Teknologi 2016.

"Pasaran perisian SaaS perusahaan terus berkembang dengan amat pesat bagi penyelesaian perisian yang mudah digunakan dan meningkat maju dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka. Dalam pasaran perancangan dan prestasi perusahaan, pelanggan inginkan penyelesaian yang mudah digunakan serta andal demi menyediakan model perancangan yang tepat untuk seluruh aspek organisasi mereka. Keupayaan ini adalah teras bagi setiap fungsi perniagaan, dan bukan untuk kewangan sahaja," ulas R "Ray" Wang, penganalisis utama dan CEO Constellation Research. 

Latar Belakang Anaplan

Anaplan ialah platform perancangan dan pengurusan prestasi terkemuka untuk perniagaan pintar. Anaplan menyediakan enjin perancangan dan pemodelan yang tiada tandingan, analitik ramalan, kerjasama dalam awan dan antara muka ringkas untuk pengguna perniagaan. Anaplan ialah syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di San Francisco, CA, dan memiliki cawangan di 15 buah negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati anaplan.com. Ikuti kami di: TwitterLinkedIn, YouTube, dan Facebook.

Maklumat Perhubungan Akhbar
Anaplan – Consort Partners (Amerika Utara)
(210) 382-2165
press@anaplan.com

____________________________________
1
Gartner "Magic Quadrant for Strategic Corporate Performance Management" oleh Chris Iervolino dan John Van Decker, 31 Mei 2016.
2 Gartner "Magic Quadrant for Sales Performance Management" oleh Tad Travis, 6 Januari 2015.
3 Forrester "Breakout Vendors: SaaS Business Applications" oleh Paul Hamerman, 10 Mei 2016.

Source: Anaplan
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards