- Setelah melakukan pecah tanah pada tahun 2014, Ladang Northern Lights Young Living di Fort Nelson, British Columbia dibuka dengan rasminya kepada orang awam -
LEHI, Utah, 25 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Young Living Essential Oils, peneraju dunia bagi minyak pati, mengumumkan majlis pelancaran besar-besaran Ladang Northern Lights di Fort Nelson, British Columbia. Sempena konvensyen Kanadanya, Young Living mengadakan Hari Ladang pertamanya di Northern Lights, mengalu-alukan kehadiran ahli daripada Young Living serta masyarakat setempat untuk menghadiri majlis tersebut dan mengunjungi ladang.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160118/323110LOGO
"Saya dengan bangganya merasmikan pembukaan ladang ini dan mengundang para pengunjung untuk melihat sendiri proses Seed to Seal® kami di ladang Northern Lights," kata D. Gary Young, Pengasas dan Pengerusi Lembaga Young Living. "Sebagai salah satu minat dan pencapaian saya yang paling tinggi, saya berbesar hati untuk berkongsi ladang Northern Lights kami bersama ahli-ahli kami dan juga masyarakat setempat, yang telah menyokong usaha ini sejak hari pertama lagi."
Lokasi Fort Nelson yang indah mempunyai tanah yang subur dan sumber air yang banyak, selain kaya dengan pokok-pokok spruce berwarna hitam, yang merupakan sumber bagi menghasilkan minyak pati Northern Lights Black Spruce yang harum, iaitu bahan utama bagi beberapa campuran minyak pati Young Living yang terkenal seperti Valor II™, Peace & Calming II™, dan Shutran™.
Hari ini, Young Living mengadakan majlis pembukaan besar-besaran secara rasmi ladang tersebut dan mengalu-alukan kehadiran para pengunjung, setelah dua tahun menggembleng tenaga untuk membangunkan ladang dan kilang penyulingan tersebut. Selain kilang penyulingan yang canggih, ladang tersebut juga mengandungi pusat persidangan serta pendidikan, dan pada masa depan bakal membangunkan pusat untuk pengunjung, spa, dan juga tempat penginapan. Tahun lalu, ladang tersebut menghasilkan 6,300 liter minyak pati Northern Lights Black Spruce.
"Ini merupakan saat yang mengujakan buat Gary untuk berkongsi wawasan beliau terhadap Fort Nelson dengan kesemua pengunjung yang menghadirkan diri pada Majlis Pembukaan Besar-besaran ini," kata Mary Young, Ketua Pegawai Eksekutif Young Living. "Setiap ahli menyaksikan proses Seed to Seal dengan penuh kagum di Pergunungan Rocky Kanada yang begitu indah."
Sebarang maklumat lanjut tentang Ladang Northern Lights atau mana-mana ladang Young Living di seluruh dunia, layari www.seedtoseal.com.
Latar Belakang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, merupakan peneraju dunia bagi minyak pati yang melalui proses Seed to Seal® yang ketat bagi menghasilkan produk minyak pati tulen untuk setiap individu, keluarga, dan gaya hidup. Proses ini memastikan semua produk adalah tulen, bebas daripada bahan kimia sintetik dan asli. Komitmen ini bermula daripada usaha pengurusan syarikat itu terhadap bumi serta para penduduknya selama 20 tahun. Untuk maklumat lanjut, lawati YoungLiving.com.
Maklumat Perhubungan Media:
Jamie Kaneko
Pengurus Kanan Bahagian Perhubungan Awam
801.221.7128
jkaneko@youngliving.com