SACRAMENTO, California, 29 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Greyrock hari ini mengumumkan teknologi Direct Fuel Production™ (DFP) milik syarikat telah diperakui oleh Perkongsian Pengurangan Pembakaran Gas Lebihan Global (GGFR) oleh Bank Dunia sebagai teknologi paling maju untuk menukarkan gas nyalaan api kepada bahan api pengangkutan yang premium.
Teknologi yang telah dipatenkan pihak Greyrock itu dapat menukarkan bahan boleh diperbaharui atau sisa bahan suapan kepada gas sintesis dan kemudiannya ditukarkan terus kepada bahan api pengangkutan yang premium. Tidak seperti teknologi tradisional "Fischer-Tropsch", DFP Greyrock tidak menghasilkan "lilin hidrokarbon" yang memerlukan proses penyulingan yang mahal dan rumit bagi menghasilkan bahan bakar. Teknologi DFP Greyrock ini membolehkan projek penukaran gas-kepada-cecair (GTL), biojisim-kepada-cecair (BTL) dan sisa-kepada-cecair (WTL) yang ringkas dijalankan, yang dapat mengurangkan modal serta kos pengendalian dengan amat banyak.
Selama lebih 5 tahun, GGFR oleh Bank Dunia itu telah meneroka dan menilai pembangunan teknologi penukaran gas-kepada-cecair (GTL) modular untuk menghapuskan serta mengambil keuntungan daripada gas nyalaan api di seluruh dunia.
Penilaian terkini terhadap keadaan pasaran GTL sudah pun diterbitkan baru-baru ini dan hasilnya juga telah dibentangkan kepada sekumpulan hadirin di forum Energy Frontiers International (EFI) yang berlangsung di Denver, Colorado. Semasa forum EFI itu, kedudukan bagi 19 penyedia teknologi telah dibentangkan dan Greyrock memperoleh kedudukan terbaik menerusi teknologi yang paling maju.
Dr. Dennis Schuetzle, Ketua Pegawai Teknologi Greyrock, berkata, "Greyrock berbesar hati kerana menduduki tempat teratas hasil penilaian teknologi oleh Bank Dunia. DFP Greyrock kini digunakan untuk menukarkan gas nyalaan api kepada bahan api yang bersih. Greyrock juga turut menggunakan teknologi DFP untuk projek-projek bahan api boleh diperbaharui yang lain termasuk projek penukaran biojisim kepada cecair (BTL) dan bahan buangan kepada cecair (WTL).
Latar Belakang Greyrock
Ditubuhkan pada 2006, Greyrock telah membangunkan teknologi Direct Fuel Production™ termaju, bagi membolehkan penghasilan bahan api cecair yang bersih daripada pelbagai sumber gas dan bahan pepejal boleh diperbaharui, termasuk gas nyalaan api, biogas, gas asli, cecair gas asli, biojisim dan bahan buangan. Sistem Greyrock dapat membantu pelanggan menyelesaikan cabaran utama berkaitan alam sekitar dan tenaga. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.greyrock.com.
HUBUNGI: 1-916-504-5222, info@greyrock.com