MUMBAI, India, 11 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Vserv.mobi, sebuah Rangkaian Pengiklanan Mudah Alih Global untuk pembangun aplikasi, penerbit, pengiklan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah mengadakan usahasama dengan peneraju ICT dan pasaran aplikasi tempatan terulung di Vietnam, FPT Mobile Applications (FMA) bagi membolehkan aplikasi menjana keuntungan kepada komuniti pembangun di Vietnam. Usahasama ini akan membolehkan FPT menggunakan AppWrapper daripada Vserv.mobi untuk membolehkan transaksi dalam aplikasi seperti 'Cuba & Beli' untuk pembangun di pasaran aplikasi mereka. Sepanjang tahun lalu, Vserv telah mencatatkan pertumbuhan besar di serata Asia Tenggara dan telah menubuhkan pejabat di Vietnam, Singapura dan Indonesia, dan sedang dalam perancangan untuk mengembangkan kehadirannya ke Malaysia, Filipina & Thailand sepanjang 2013.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )
Mengulas mengenai usahasama itu, David Yin, Pengurus Besar – Persekutuan Pembangun, Asia Tenggara, Vserv.mobi berkata, "Kami selalu menghadapi cabaran penjanaan keuntungan melalui aplikasi dengan perspektif yang sangat komprehensif. Usahasama ini akan membantu FPT memanfaatkan kebolehan unik AppWrapper untuk mengadakan transaksi dalam aplikasi merentasi platform yang berbeza dengan model penentuan harga pelanggan yang fleksibel seperti Cuba & Beli, Bayar per Guna dan Langganan. Model penentuan harga ini amat sesuai bagi ekonomi aplikasi dalam pasaran membangun dan akan membantu FPT memaksimakan perolehan untuk pembangun mereka dengan usaha yang minima."
Vietnam mempunyai pasaran mudah alih yang pesat membangun dengan kadar penembusan melebihi 183% & pengunaan internet mudah alih melebihi 60%. FPT Mobile Applications, divisyen aplikasi mudah alih FPT Corp, merupakan pemilik pasaran aplikasi terkemuka di Vietnam dan versi pelanggan F-storenya dipramuatkan dalam setiap telefon FPT yang memberikan capaian yang luas.
Nguyen Sy Trung, Pengarah Teknikal – FPT Mobile Applications menambah, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Vserv kerana mereka mempunyai pemahaman yang kukuh tentang penjanaan keuntungan dalam pasaran membangun. Dengan pengguna hari ini begitu bergantung kepada aplikasi mudah alih, usahasama dengan Vserv ini akan membantu kami memberikan laluan penjanaan keuntungan yang baik kepada pembangun Vietnam yang berada dalam pasaran aplikasi kami, sambil membawakan kandungan premium kepada pengguna mudah alih dan terus memperkukuhkan kehadiran kami dalam pasaran."
Ditubuhkan pada 2010, Vserv.mobi merupakan sebuah Rangkaian Pengiklanan Mudah Alih yang memenangi anugerah, dinamakan sebagai "Syarikat Media Terbaik Tahunan" di MMA Smarties 2012 dan disenaraikan dalam Anugerah 100 Terbaik Red Herring. Syarikat ini mengetengahkan penawaran nilai yang menarik untuk pengiklan jenama, penerbit premium, pembangun aplikasi dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dengan dua platform revolusionarinya, AppWrapper dan AudiencePro.
Hubungi: Binay Tiwari | +91-22-29275128 | press@vserv.mobi