Pemberi francais Komunikasi Penunjuk, Grafik dan Visual Utama bakal Mempamer di Ekspo Francais & Lesen di Jakarta, Indonesia pada 2-4 Sept.
CARROLLTON, Texas, 30 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- FASTSIGNS International, Inc., peneraju bagi komunikasi berkaitan penunjuk, grafik dan visual, hari ini mengumumkan ia berhasrat untuk melebarkan sayap globalnya dengan memberi tumpuan utama terhadap Singapura, Indonesia, Malaysia, Vietnam, antara negara-negara lain di Asia Tenggara. Bagi menggalakkan usaha pengembangan ini, jenama yang pesat berkembang ini akan mengadakan pameran di Ekspo Francais & Lesen bermula pada 2-4 September di Jakarta, Indonesia selain mencari penerima francais induk untuk rantau ini.
FASTSIGNS International, Inc. kini memiliki lebih 615 buah pusat di seluruh dunia yang berada di sembilan buah negara, namun ingin terus melebarkan sayapnya. Berikutan keperluan dunia yang berterusan terhadap komunikasi visual dan teknologi penunjuk digital, syarikat ini dijangka untuk membuka 45 hingga 50 pusat tambahan pada tahun 2016 dan menandatangani beberapa perjanjian bagi menembusi dua atau lebih negara. Syarikat ini mengundang calon-calon untuk mengunjungi pavilion World Franchise Associates (WFA) di Pusat Konvensyen Jakarta bagi mengetahui lebih lanjut tentang faedah menyertai jenama tersebut.
"Usaha pengembangan di peringkat global terus menjadi sebahagian daripada rancangan pembangunan francais kami dan peluang untuk menjalin hubungan dengan lebih 15,000 pengunjung di ekspo francais utama di Jakarta adalah saat yang paling tepat," kata Mark Jameson, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Sokongan dan Pembangunan Francais, FASTSIGNS International, Inc. "Memandangkan latihan dan sokongan kami yang berterusan adalah tiada tandingan, kami turut diiktiraf sebagai francais global terbaik oleh bahan penerbitan perniagaan yang terkemuka. Kami ingin mengajak para usahawan untuk mempelajari lebih lanjut tentang francais yang menerajui komunikasi perniagaan generasi akan datang, serta menawarkan syarikat-syarikat di seluruh dunia dengan kaedah inovatif untuk menjalin hubungan dengan pelanggan dalam pasaran yang sungguh berdaya saing."
FASTSIGNS akan bekerjasama dengan World Franchise Associates, sebuah syarikat perkhidmatan francais bertaraf global yang dapat membantu memudahkan urusan tawaran francais induk di Emiriah Arab Bersatu dan juga Afrika Utara. Troy Franklin, ketua pegawai operasi World Franchise Associates Asia Tenggara akan memimpin usaha mengenal pasti calon-calon yang layak bagi menyertai francais tersebut.
"Tidak dapat dinafikan lagi urusan perniagaan di seluruh Asia Tenggara adalah semakin baik dan membuahkan hasil," kata Troy Franklin, ketua pegawai operasi World Franchise Associates Asia Tenggara. "Pasaran yang berkembang pesat di Asia Tenggara menyediakan peluang yang amat besar untuk jenama-jenama daripada A.S. dan kami teruja untuk membantu FASTSIGNS International mengenal pasti calon-calon yang layak bagi menyertai francais yang terus berkembang maju dan meraih anugerah itu."
Ekspo Francais dan Lesen Indonesia Tahunan kali ke-14 menghimpunkan industri francais yang baru muncul serta jenama-jenama syarikat dalam sebuah acara yang padat dengan program perangkaian penting. Ekspo Francais dan Lesen Indonesia bermatlamat untuk memberi pemahaman yang lebih baik mengenai industri dan memaksimumkan penyertaan pempamer serta para pengunjung.
Sebarang maklumat lanjut tentang peluang francais FASTSIGNS, sila hubungi Mark Jameson (mark.jameson@fastsigns.com atau 214-346-5679) atau muat turun eBuku yang menjelaskan peluang francais FASTSIGNS melalui http://amzn.to/1FrnDJu.
Latar Belakang FASTSIGNS®
FASTSIGNS International, Inc. ialah pemberi francais komunikasi berkaitan penunjuk dan visual terbesar di Amerika Utara, dan merupakan pemberi francais seluruh dunia untuk lebih 615 pusat FASTSIGNS® yang dimiliki dan dikendalikan sendiri yang berada di sembilan buah negara termasuk AS, Kanada, England, Wales, Arab Saudi, UAE, Grand Cayman, Mexico dan juga Australia (pusat ini beroperasi sebagai SIGNWAVE®).
Pusat-pusat FASTSIGNS menyediakan penyelesaian grafik untuk penunjuk dan visual yang menyeluruh bagi tujuan membantu syarikat-syarikat daripada semua saiz serta seluruh industri menarik lebih perhatian, dapat menyampaikan mesej, menjual lebih banyak produk, membantu pengunjung mencari jalan yang ingin dituju dan memperluaskan jenama ke seluruh pusat khidmat pelanggan termasuk dekorasi, acara, peranti boleh pakai dan juga produk pemasaran. Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian grafik penunjuk dan visual atau kenal pasti lokasi melalui fastsigns.com. Ikuti jenama tersebut melalui Twitter @FASTSIGNS, Facebook di facebook.com/FASTSIGNS atau LinkedIn melalui linkedin.com/company/fastsigns.
Institut Penyelidikan Francais memilih FASTSIGNS sebagai francais penunjuk dan grafik terbaik dan menganugerahkan sijil kepada syarikat tersebut sebagai Francais Bertaraf Dunia 2015 selama empat tahun berturut-turut. FASTSIGNS turut menerima pengiktirafan daripada USA Today, Military Times magazine, G.I. Jobs magazine dan Franchise Business Review sebagai salah satu daripada francais terbaik untuk golongan veteran tentera. Terkini, syarikat tersebut terpilih sebagai salah satu daripada 15 penerima peringkat kebangsaan bagi Anugerah Kebebasan Sokongan Majikan Setiausaha Pertahanan, iaitu pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Jabatan Pertahanan kepada majikan atas sokongan yang boleh diteladani terhadap ahli-ahli National Guard and Reserve. Untuk maklumat lanjut tentang program francais FASTSIGNS, sila hubungi Mark Jameson (mark.jameson@fastsigns.com atau +1 214-346-5679) atau layari http://www.fastsigns.com/
HUBUNGI:
Sloane Fistel
Fish Consulting
+1 954-893-9150
sfistel@fish-consulting.com