omniture

Keek Lancar Aplikasi Video Sosial untuk BlackBerry

Keek
2013-03-11 09:30 178

-APLIKASI MUDAH ALIH POPULAR KINI BOLEH DIDAPATI UNTUK PLATFORM BLACKBERRY 10

TORONTO, 11 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Keek, rangkaian video sosial mudah alih yang terulung, mengumumkan pelancaran aplikasinya untuk BlackBerry. Aplikasi baru Keek boleh dimuat turun dari BlackBerry World dan menyokong telefon pintar yang menggunakan BlackBerry 10.

(Gambar:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130307/NY73422 )
(Logo:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130117/NY44000LOGO-b )

Keek sedang mengalami pertumbuhan yang pesat di seluruh dunia, dengan pertambahan 200,000 pengguna baru setiap hari dan tekal ditempatkan sebagai salah satu aplikasi perangkaian sosial paling utama untuk iPhone dan Android.

Aplikasi baru Keek itu memberi peluang kepada pengguna BlackBerry untuk turut serta dalam keseronokan. Mereka akan dapat membuat dan berkongsi video dengan segera, berinteraksi dengan pengikut mereka dan banyak lagi.

Keek merupakan komuniti video sosial yang paling banyak digunakan dengan lebih 140 juta pelawat melayari 2.5 bilion laman dan menonton lebih 500 juta video dalam tempoh 30 hari yang lalu.

"Sejak pelancaran BlackBerry 10 baru-baru ini, kami telah menerima  banyak permintaan untuk versi BlackBerry," kata Isaac Raichyk, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Keek. "Kami teruja kerana dapat membawakan pengalaman Keek kepada audiens baru."

Untuk maklumat lanjut mengenai Keek, sila lawati http://www.keek.com/about.

Mengenai Keek

Keek merupakan sebuah platform perangkaian sosial milik persendirian yang membolehkan pengguna membuat video sepanjang 36 saat ("keeks") menggunakan webcam, iPhone, peranti Android dan BlackBerry 10 dan berkongsi video-video tersebut  dengan pengguna-penguna lain di seluruh dunia. Pengguna boleh mengikuti, melanggan dan memberi maklumbalas kepada video sama ada dengan menggunakan teks ataupun balasan video ("keekbacks"). Keek mudah digunakan, sangat pantas dan 100% percuma. Aplikasi ini boleh didapati daripada App Store, Google Play dan BlackBerry World.

http://www.keek.com

Hubungan Media:
Miranda McCurlie
O: 1.416.782.0200 ext. 252
M: 1.416.566.8919
Email: press@keek.com

Source: Keek
Keywords: Social Media Telecommunications Wireless Communications New products/services