omniture

Exchange4free Melancarkan 'Money Messenger': Sembang. Kirim. Jimat

Exchange4free
2016-08-30 16:00 491

LONDON, 30 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Bagaimana sekiranya pengiriman wang kepada orang tersayang yang berada di negara lain adalah semudah menghantar Mesej Sembang Segera?

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160816/398422LOGO )

Exchange4free, pembekal perkhidmatan pemindahan wang, pertukaran asing dan pembayaran yang terkemuka di dunia, melancarkan produk dan aplikasi sembang yang baharu, menarik serta yang pertama dalam industri ini, dikenali sebagai 'Money Messenger' - Sembang. Kirim. Jimat.

Aplikasi tersebut membolehkan pelanggan mengirim wang ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia melalui platform mesej segera, bermula serendah 0.4%, tanpa caj pemindahan atau komisen.

Mengulas tentang pengumuman tersebut, Pengarah Mark Lawson berkata, "Mesej pantas adalah antara muka mudah alih serta model interaksi digital yang paling digunakan secara meluas. Kami yakin tawaran perkhidmatan baharu kami kepada pelanggan adalah bersifat unik dan merupakan yang pertama dalam segmen FX dan pemindahan wang rentas sempadan."

Exchange4free menerajui usaha revolusi Teknologi Kewangan dalam industri pemindahan wang, membawa kemajuan untuk perkhidmatan kiriman wang antarabangsa dengan menyediakan cara paling mudah kepada pelanggan untuk mengirim wang ke seluruh dunia melalui teknologi paling pantas berkembang sepanjang masa.

"Melalui pelancaran platform Money Messenger kami, kami berhasrat untuk menawarkan tahap kepantasan, kemudahan dan keringkasan yang belum pernah disediakan dalam industri kiriman wang dan pembayaran antarabangsa. Pelanggan boleh mendaftar, melog masuk, berbual bersama khidmat sokongan pelanggan kami, meminta sebut harga secara dalam talian, selain mengirim wang dengan segera, kesemuanya melalui satu aplikasi Mesej Segera yang ringkas, mesra pengguna serta diiktiraf di seluruh dunia."

Exchange4free menerajui usaha inovasi peringkat global dalam industri kiriman wang dengan menawarkan pengalaman pengguna yang statik, dinamik serta interaktif buat pelanggan melalui aplikasi Mesej Segera. Pelanggan dapat mengirim wang ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia, termasuk deposit bank, pembayaran tunai di lebih 200,000 lokasi serta kredit dompet mudah alih.

"Ciri-ciri baharu dan menarik selain fungsi yang disediakan dalam Aplikasi Sembang akan diperkenalkan dalam tempoh 6 bulan akan datang dan ini memperlihatkan satu lagi langkah penting oleh Exchange4free untuk menawarkan himpunan produk berkaitan kiriman wang dan pertukaran asing yang paling inovatif serta menyeluruh, pada harga paling berpatutan dalam pasaran."

Mesej Segera merupakan satu trend teknologi pengguna yang terbesar, namun begitu pengiriman wang rentas sempadan masih lagi menyediakan proses yang tidak cekap, mengelirukan serta mahal. Aplikasi Money Messenger yang dilancarkan oleh Exchange4free menyediakan cara yang ringkas dan mudah kepada pelanggan untuk mengirim wang ke seluruh dunia.

Sembang, Kirim dan Berjimatlah melalui Exchange4free.

Latar Belakang Exchange4free 

Exchange4free ialah sebuah syarikat pemindahan wang dan pembayaran yang terkemuka di peringkat antarabangsa, diberi lesen oleh Lembaga Kelakuan Kewangan, menawarkan perkhidmatan pemindahan wang secara percuma ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

Hubungi: Mark Lawson: +44-207-858-1039

Source: Exchange4free
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology New products/services