omniture

DJI bakal Buka Gedung Utama di Hong Kong

Lokasi Baharu Bertujuan untuk Menggalakkan Pengguna Belajar, Berkongsi dan Membuat Penemuan Baharu
DJI
2016-08-30 16:45 612

HONG KONG, 30 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- DJI, peneraju dunia bagi teknologi pesawat udara tanpa pemandu, berkata pada hari Isnin bahawa ia bakal membuka gedung utamanya tidak lama lagi di Hong Kong yang menyediakan sangkar penerbangan, zon menikmati teknologi, galeri foto udara, pusat sokongan teknikal dan rangkaian lengkap produk untuk pengguna serta golongan profesional daripada DJI.

Terletak di tengah-tengah kawasan membeli belah paling sibuk di Hong Kong iaitu di Causeway Bay, gedung setinggi tiga tingkat dan berkeluasan lebih 10,000 kaki persegi ini akan dibuka pada akhir September 2016. Agar sesuai dengan latar langit Hong Kong, bangunan ini akan memaparkan logo animasi DJI serta bebayang dron bagi menambahkan latar belakang Pelabuhan Victoria pada sebelah malam.

Bukan sekadar sebuah outlet membeli belah, gedung utama Hong Kong ini akan menyediakan tempat bagi membolehkan masyarakat di seluruh dunia berhubung bagi berkongsi pengalaman mereka tentang penerbangan selain melihat produk UAV dan kamera udara terbaharu. Tingkat bawah akan memaparkan rangkaian lengkap produk udara dan produk pegang tangan DJI, manakala SkyPixel Gallery di tingkat satu akan mempamerkan contoh gambar-gambar dari udara yang mengagumkan dari seluruh dunia. Tingkat dua akan menyediakan pusat sokongan teknikal serta ruang khusus bagi mengadakan bengkel, seminar dan juga acara istimewa.

"Memandangkan minat terhadap teknologi udara kami terus meningkat, pengembangan perniagaan gedung kami akan menyediakan ruang bagi membolehkan orang ramai melihat, memegang dan mempelajari secara terus tentang produk kami," kata Frank Wang, Pengasas dan CEO DJI. "Penemuan sendiri ialah langkah penting dalam proses pembelajaran dan setelah mereka fahami betapa mudahnya menggunakan teknologi tersebut, mereka akan mendapati banyak cara yang boleh dilakukan untuk digunakan dalam kehidupan mereka mahupun untuk perniagaan mereka."

Gedung utama Hong Kong ini merupakan kemasukan ketiga DJI dalam bidang peruncitan setelah pembukaan gedung utama yang pertama pada Disember 2015 di Shenzhen, China, diikuti dengan gedungnya di Seoul, Korea pada Mac 2016.

"Hong Kong ialah pasaran penting untuk DJI di Asia dan kekal sebagi tumpuan pelancongan utama buat orang ramai dari serata dunia," kata Pengurus Serantau DJI Hong Kong, Sarah Chuang. "Gedung tersebut akan memberi peluang kepada kami untuk menjalin hubungan dengan pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat, bermula daripada jurugambar kepada peminat pemandangan udara di seluruh Asia, kepada pelancong yang mengunjungi Hong Kong bagi mendapatkan teknologi paling canggih dan terkini. Kami ingin memberikan pengalaman DJI yang benar-benar unik buat sesiapa sahaja yang mengunjungi gedung kami."

Turut dipamerkan dan untuk dijual ialah produk pengguna DJI, seperti siri dron Phantom dan kamera pegang tangan 4K stabil Osmo, selain produk profesional, termasuk siri Inspire 1 dan Matrice, kamera Zenmuse Z3, X5R, dan XT, serta produk gimbal kamera tiga paksi pegang tangan Ronin.

Gedung Utama Hong Kong ini beralamat di TOWER 535, Shop G07, 535 Jaffe Road, Causeway Bay, Hong Kong. Maklumat lanjut akan diumumkan sebelum hari pembukaan secara besar-besaran pada akhir September ini.

Untuk memuat turun gambar: http://bit.ly/2bB5MHw

Latar Belakang DJI

DJI ialah peneraju global dalam membangunkan dan mencipta teknologi dron serta kamera yang inovatif untuk kegunaan komersial dan juga rekreasi. DJI ditubuhkan dan dikendalikan oleh individu yang amat berminat dengan helikopter kawalan jauh serta pakar dalam bidang teknologi kawalan penerbangan dan juga kestabilan kamera. Syarikat ini dikhususkan untuk menjadikan fotografi udara dan peralatan serta platform pembikinan filem lebih mudah diakses, andal dan lebih mudah untuk digunakan oleh pencipta serta penginovasi di seluruh dunia. Operasi global DJI kini mencakupi benua Amerika, Eropah dan Asia, manakala produk dan penyelesaiannya yang revolusioner menjadi pilihan pelanggan yang berada di lebih 100 buah negara untuk digunakan dalam industri pembikinan filem, pembinaan, tindak balas kecemasan, pertanian, pemuliharaan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang kami: www.dji.com  
Ikuti kami melalui Facebook: www.facebook.com/DJI
Ikuti kami melalui Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal  
Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI

Source: DJI
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Corporate Expansion