omniture

Biosafe Raikan Kit SEPAX ke Sejuta untuk Pemprosesan Darah Tali Pusat

Biosafe Group
2013-03-11 15:00 234

EYSINS, Switzerland, 11 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Biosafe dengan bangganya mengumumkan bahawa ia meraikan satu pencapaian, dengan pembuatan kebuk pengasingan proprietari SEPAX untuk kit pemprosesan darah tali pusat yang kesejuta. Pencapaian ini membuktikan bahawa SEPAX telah menjadi piawaian industri dalam penyimpanan darah tali pusat, di mana ia telah digunakan dalam hampir separuh daripada prosedur pemprosesan global untuk inventori darah tali pusat.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121119/574143 )

Mengulas tentang pencapaian satu juta kit, Pengasas dan Pengerusi Lembaga Claude Fell berkata: "Menurut Rangkaian Dunia untuk Pemindahan Darah dan Sum Sum, lebih satu juta pemindahan sel induk telah dilakukan dan kami berbangga menjadi sebahagian dari rantaian yang membolehkan rawatan terapi sel melalui aplikasi pemprosesan sel yang inovatif. Pencapaian kebuk pengasingan ke sejuta oleh Biosafe merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen pekerja kami untuk memberikan kualiti dan kebolehharapan yang terbaik dalam rekaan dan pengilangan kit pengasingan sel kami."

SEPAX juga menawarkan aplikasi yang meluas dalam bidang perubatan regeneratif yang sedang pesat membangun. Ia digunakan dalam persekitaran pusat penjagaan seperti kardiovaskular dan ortopedik, sementara dalam proses bioteknologi dan farmaseutikal ia memberikan platform pemprosesan sel yang versatil. Aplikasi merangkumi pengasingan sel induk darah periferal hinggalah ke gradien ketumpatan sum sum tulang, selain pembasuhan sel.

Mengenai Kumpulan Biosafe

Diasaskan pada 1997, Kumpulan Biosafe bergerak aktif dalam rekaan, pembuatan dan pemasaran sistem pemprosesan sel berautomasi. Beribu pejabat di Switzerland dan dimiliki secara swasta, Kumpulan Biosafe beroperasi melalui anak syarikat serantau (Geneva, Houston, Hong-Kong dan Shanghai) dan berada di lebih 45 negara, sama ada secara terus ataupun melalui pengedar

Untuk maklumat lanjut:

Christopher Bolton
CFO
Biosafe Group
+41-21-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch
http://www.biosafe.ch/

Source: Biosafe Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital